Pages

Followers

Tuesday, January 25, 2011

Khasiat Daun Cemamar

Kalau Ummi balik kampung tak sah kalau Ummi tak kutip ulam ni banyak2, buat buahtangan untuk MIL dan untuk santapan sendiri..walaupun pahit sangat enak di makan sebagai ulam bersama sambal belacan dan nasi putih.. so, macam biasa Ummi cari khasiatnya:





Cemamar

Nama botani : Micromelum minutum(G. Forst.) Wight & Am.



Nama lain : Cemama, cerek-cerek



Sinonim : Micromelum pubescens Blume



Famili : Rutaceae




Habitat



Pokok cemamar hidup liar di kawasan berbukit terutama di kawasan selatan dan barat laut Semenanjung Malaysia.

Ciri morfologi

Cemamar sejenis pokok saka kecil. Ranting dan rakis daunnya berbulu halus. Daun 15-40 cm panjangnya, mempunyai 9-15 anak daun yang tersusun berselang. Anak daun berbentuk bujur dan berhujung tajam. Tepi daun beralun dan pangkal daun menyerong sedikit. Bunga keluar pada jambak.

Warnanya putih kehijauan. Buah cemamar jenis beri dan berbentuk bujur atau bujur panjang.

Kegunaan dan khasiat

Pucuk dan daun yang muda boleh di­buat ulam. Daun dibuat ubat penyakit angin dan untuk menyegarkan badan, terutama bagi wan ita yang baru melahirkan anak. Air rebusan daun digunakan untuk mandi­an wanita selepas bersalin bagi menyegarkan badan dan membuang angin.


Daun yang dilumatkan dibuat ubat pupuk untuk sakit kuIit. Lumatan daun di­campur dengan daun asam jawa serta sedikit garam, dan disapu pada kulit yang gatal akibat terkena ulat bulu. Daun yang ditum­buk bersama-sama se­dikit kapur makan, kapur tohor dan jus limau nipis dijadikan ubat sapu untuk meng­ubati panau.

sumber: SINI

2 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Ini 1st time ibu dgr dan tgk daun cemamar.. thank ummi kongsi maklumat..

Ummi AmnaAmzar said...

ibu, kat kampung ummi byk ni..ummi ade ambik anak pokok ni..try tanam kat rumah...nnt xyah la tgu balik kmpung baru dpt mkn..