NEW YORK - Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg yang berusia 26 tahun semakin kaya ekoran pelaburan baru yang dibuat oleh dua pelabur baru lapor sebuah akhbar semalam
Ekoran pelaburan baru itu, nilai kekayaan Zuckerberg kini hampir AS$14 bilion (RM42.92 bilion).
Firma Goldman Sachs membuat pelaburan sebanyak AS$450 juta (RM1.37 bilion) dan syarikat Digital Sky Technologies membuat pelaburan AS$50 juta (RM153.30 juta).
Pelaburan dalam bentuk wang tunai itu membolehkan Facebook mengupah pekerja baru selain mengekalkan pekerja sedia ada.
Ia juga menyebabkan nilai Facebook meningkat kepada AS$50 bilion (RM153 bilion).
Zuckerberg yang memiliki suku saham dalam laman itu dan bilionair termuda di dunia akan meningkatkan kekayaannya kerana sebelum ini majalah Forbes membuat anggaran kekayaannya berjumlah AS$6.9 bilion (RM21.15 bilion) semasa Facebook bernilai AS23 bilion (RM70.51 bilion). - Agensi
Mark Zuckerberg
Pengasas Facebook makin kaya, tengok tu..muka dia ceria meria, berseri2,tersengih memanjang...
kita yang dok berfacebook hari2 ni..ape dapat???!!
kecualilah yang ber biz kot facebook ye..sejak ummi kenal dunia blog ni,
ummi dah kurang berfacebook sebab ummi tau berblog lebih menarik dan ade gak pendapatan sampingan dari Nuffnang..
No comments:
Post a Comment