Pages

Followers

Tuesday, January 4, 2011

CeRiTa CiNtA KAMI-Part 1

Hmmm..teringin sekali ummi nak coretkan kat sini detik2 perkenalan ummi dan incik hubby. Tiada siapa yang bertanya tapi sekadar mengimbas saat2 manis perkenalan kami. Sekurang2 nya anak2 Ummi dapat membacanya nanti.

Permulaannya, semasa abah ummi sakit lebih kurang bulan Mac 2004 sehinggalah Julai, 2004..Ummi hanya memberi perhatian pada abah selain mak dan adik beradik yang lain. Setiap hari berulang alik ke hospital..pagi2 bawa bekalan makanan dan baju untuk mak yang menjaga abah di hospital, then pegi opis, petang lebih kurang pukul 4 ptg minta izin bos balik awal balik rumah dan ambik adik beradik yang lain melawat abah di hospital, malam lebih kurang pukul 8, baru ummi balik dan mandi serta makan.then, begitulah rutin harian ummi. Masa tu rasa betapa cemburunya waktu pada ummi. Sangat singkat waktu untuk bersama abah. Mmg ummi tak memikirkan langsung soal berteman dan berkawin time tu..walaupun berkali2 orang merisik melalui mak, dan mak2 sedare ummi. Abah pun selalu mengharapkan ummi terima dan berkawin..senang katanya..tak perlu abah risaukan anak abh lagi..hmmm tapi jodoh pertemuan adalah dari Rabbul ‘Alamin kan…kalau belum jodoh hati memang belum terbuka untuk sesiapa.

ni adik beradik Ummi



Hari berganti hari, Minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan.. pada 17 Julai, 2004 Abah dijemput Ilahi.Kami meredhai pemergian Abah, sesungguhnya Allah lebih menyayangi Abah. Terima Kasih Allah, kesyukuran yang tak terhingga kerana meminjamkan kami seorang Abah yang sangat bertanggungjawab sehingga hujung nyawa. Tak termampu kami membalas nya. Hanya dengan doa2 dapat kami iringkan untuk Abah di sana.

Bermulalah episode kesunyian ummi. Kerana selama ini ummi hanya memikirkan pasal Abah semata-mata. Oh! Bila RINDU datang, airmata berjujuran mengalir. ..

Seiring doa, buatmu Abah

Kau pergi kau takkan kembali

Oh Abah mampukah ku hidup lagi

Tanpamu di dunia ini..

kenangan ummi dan abah di hari konvo KIM - Diploma Ummi



ini sebahagian dari lirik lagu nasyid, yang sering bermain2 difikiran ummi ketika itu. Tapi apa pun, hidup ini perlu diteruskan. Ummi perlu tabah, setabah hati emak.

EMAK ummi dengan 2 drpd 6 cucunya



Lebih kurang sebulan selepas pemergian Abah, ummi mula terasa nak berkawan, nak berteman seperti orang lain. Pada waktu tu juga kerja pun taklah banyak. Sebab ummi bekerja di sebuah firma guaman yang tak segah mana. So, masa yang terluang terlalu banyak. Ummi ambil kesempatan untuk menghilangkan boring dengan berinternet biasalah selalunya youtube, tengok lagu2 @ filem2.

Continue to the next entry...Ade ke sesape nak baca ek...???

9 comments:

iRa~" said...

hee..nak!:)

Ummi AmnaAmzar said...

ira: alaaa..ira dah tau citer kannn??

Citarasa Rinduan said...

wah..
ayu tak tau pun ummi update blog utk ceritakan ttg kisah citer u all..

tak sangka umur ummi 26tahun, still membujang
ayu 23 tahun dah bergelar isteri...

nak ke part 2

Ummi AmnaAmzar said...

ayu CR: ummi saje nak abadikan kat cni nnt anak2 ummi boleh baca.hehehe xsangka ayu sudi baca citer ummi ye..tqvm

Siti Safiyyah said...

heh baru bace yg part 1 punye..hehe,

sebut pasal ayah ummi tu sakit tu teringat masa abah saya sakit dulu..ari2 mak saya jaga dia kat hospital..saya?? saya pulak kene jaga adik kecik kat rumah..lepas tu abah sembuh dan macam2 miracle muncul..alhamdulillah :)

Ummi AmnaAmzar said...

siti bernasib baik la kan..ummi abah terus pergi lpas sakit..sedih

iRa~" said...

ira xtau la k.iza..
pnh tnye iqmal tp dia xcte ag..haha
:)

Ummi AmnaAmzar said...

ira: iqmal xtau pun..cuma tau kitorang kenal kot internet je..mlm td dia dtg rumah mak..dah lama xjumpe dia..dah gomok plak tgk

iRa~" said...

oohh ira lagi la xtau..heee..
yeke?dia mmg..asik mkn je keje..huu..
nt ira ckp kat dia..dia rs bdn dia kecik lg tu..