Kalau Ummi balik kampung tak sah kalau Ummi tak kutip ulam ni banyak2, buat buahtangan untuk MIL dan untuk santapan sendiri..walaupun pahit sangat enak di makan sebagai ulam bersama sambal belacan dan nasi putih.. so, macam biasa Ummi cari khasiatnya:
Cemamar
Nama botani : Micromelum minutum(G. Forst.) Wight & Am.
Nama lain : Cemama, cerek-cerek
Sinonim : Micromelum pubescens Blume
Famili : Rutaceae
Habitat
Pokok cemamar hidup liar di kawasan berbukit terutama di kawasan selatan dan barat laut Semenanjung Malaysia.
Ciri morfologi
Cemamar sejenis pokok saka kecil. Ranting dan rakis daunnya berbulu halus. Daun 15-40 cm panjangnya, mempunyai 9-15 anak daun yang tersusun berselang. Anak daun berbentuk bujur dan berhujung tajam. Tepi daun beralun dan pangkal daun menyerong sedikit. Bunga keluar pada jambak.
Warnanya putih kehijauan. Buah cemamar jenis beri dan berbentuk bujur atau bujur panjang.
Kegunaan dan khasiat
Pucuk dan daun yang muda boleh dibuat ulam. Daun dibuat ubat penyakit angin dan untuk menyegarkan badan, terutama bagi wan ita yang baru melahirkan anak. Air rebusan daun digunakan untuk mandian wanita selepas bersalin bagi menyegarkan badan dan membuang angin.
Daun yang dilumatkan dibuat ubat pupuk untuk sakit kuIit. Lumatan daun dicampur dengan daun asam jawa serta sedikit garam, dan disapu pada kulit yang gatal akibat terkena ulat bulu. Daun yang ditumbuk bersama-sama sedikit kapur makan, kapur tohor dan jus limau nipis dijadikan ubat sapu untuk mengubati panau.
sumber: SINI
2 comments:
Ini 1st time ibu dgr dan tgk daun cemamar.. thank ummi kongsi maklumat..
ibu, kat kampung ummi byk ni..ummi ade ambik anak pokok ni..try tanam kat rumah...nnt xyah la tgu balik kmpung baru dpt mkn..
Post a Comment