Pages

Followers

Saturday, February 26, 2011

Zizan Teruja Dipilih Menjadi Hos Melodi Bersama Dira




KUALA LUMPUR, 23 FEB 2011: Bagai bintang jatuh ke riba. Begitulah perumpamaannya bila pelawak dan pengacara popular, Zizan ditawarkan oleh pihak Media Prima untuk mengendalikan program hiburan paling sensasi di TV3 iaitu Melodi.
Pemilihannya dalam Melodi adalah bagi menggantikan tempat pengara asal lelaki rancangan tersebut iaitu Wahid Senario. Manakala tempat Fara Fauzana pula bakal digantikan dengan pelakon Dira Abu Zahar.
Teruja dengan pemilhannya, bintang kelahiran program realiti Raja Lawak musim pertama ini menganggap ianya sebagai peluang terbaik buat dirinya kerana program tersebut telah berjaya menaikkan beberapa nama besar dalam bidang pengacaraan tanah air sebelum ini.
"Pada awalnya saya terkejut dan tak percaya juga dengan tawaran yang diberikan. Mana tidaknya, seperti yang kita tahu, rancangan hiburan itu pun sebelum ini pernah dikendalikan oleh personaliti yang hebat-hebat seperti Aznil Hj Nawawi, Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Saiful Azmi(Apek).
"Apatah lagi, Melodi juga merupakan sebuah program hiburan yang sudah melewati hampir 20 tahun usianya, mempunyai reputasi yang cukup baik di kalangan peminat serta selebriti tempatan serta mampu bertahan sehingga kini," katanya kepada murai.com.my
Bakal menggalas tugasnya secara rasmi bersama Dira bermula pada 3 April 2011 ini, Zizan memberitahu pemilihannya sebagai pengacara berkemungkinan berdasarkan kriteria serta ciri-ciri yang ada padanya sebagai seorang pengacara.
"Terus-terang saya sendiri tidak tahu apakah kriteria terperinci yang ada pada diri saya yang membuatkan saya ini dipilih, tetapi saya diberitahu oleh mereka (pihak penerbit) bahawa saya memiliki kriteria sebagai pengacara yang mereka cari.
"Saya tak mahu pemilihan saya ini dilakukan tanpa bersebab. Tapi nyata, kesungguhan mereka untuk saya menerima tawaran ini telah membuatka saya rasa lebih berbesar hati untuk menerimanya," kata Zizan sewaktu ditemui di majlis sidang media Maharaja Lawak di Sungai Penchala, petang semalam.
Bagaimanapun, Zizan yang telah pun mengikat kontrak selama satu tahun bersama Melodi itu mengakui agak gementar untuk berdepan dengan reaksi penonton dalam program tersebut yang sememangnya diakui telah pun mempunyai pengikutnya yang tersendiri.
"Untuk mengambil alih sebuah program besar seperti ini bukabnlah satu tugas yang mudah. Sudah tentu saya rasa sedikit gementar. Malah, saya juga takut untuk berdepan dengan expectation yang cukup tinggi yang bakal diberikan oleh penonton nanti.
"Namun bagi mengatasinya saya perlu memperbanyakkan homework dan kajian serta mengambil tahu banyak benda tentang apa yang berlaku dalam dunai hiburan semasa kita. Jika masih ada pihak yang mahu membandingkan kebolehan saya dengan pengacara sebelum ini, saya anggap ianya dalah satu hal lumrah," ujar anak kelahiran Terengganu ini lagi.
Ditanya tentang gandingannya bersama Dira pula, Zizan memberitahu dia cuba akan mencari keserasian dengan pasangan pengacarannya itu dengan sebaik mungkin.
"Biarpun saya belum berpeluang untuk bekerjasama dengan Dira sebelum ini tapi saya percaya keserasian itu akan timbul jika masing-masing ikhlas serta mahu membantu antara satu sama lain dalam mengendalikan program ini," katanya yang pernah mengacarakan rancangan Idola Kecil pada 2008.
Sementara itu, Wahid dan Fara akan mengendalikan program Melodi buat kali yang terakhir di lokasi Karnival Jom Heboh Batu Kawan, Pulau Pinang pada 27 Mac ini, manakala Zizan dan Dira akan mula mengambil alih tempat mereka pada minggu berikutnya.
Kedua-dua mereka akan ditampilkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 yang akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 3 April 2011 nanti.

sumber: http://www.murai.com.my/

4 comments:

Mama Zharfan said...

me suka gak zizan ni kelakar & selamba :)

jom join Heartbeat!

Ummi AmnaAmzar said...

tq komen kat entry ummi...ummi pun suka lawak2 zizan n johan..heee

e.l.i.z.@ said...

kompom dh la..haitu dua2 xmo ngaku hehhe

Ummi AmnaAmzar said...

eliz: tq datang n komen kt entry ummi..terharuuu...