Pages

Followers

Thursday, February 24, 2011

Raja Azura, Shiera & Zizan Raja Lawak Hos ABPBH2010

Bahang kehangatan Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2010 kian terasa dengan pengumuman pengacara, penyampai trofi dan barisan artis yang akan buat persembahan di malam kemuncak ABPBH 2010 nanti.
Yang pasti, hos untuk ABPBH 2010 adalah terdiri daripada pelawak komedi terkenal tanahair yang pernah mengacara anugerah berprestij ini.
Tahniah kepada Raja Azura, Shiera dan Zizan Raja Lawak yang telah dilantik untuk menjadi pengacara Anugerah Bintang Popular 2010. Semoga dengan lawak spontan dari mereka akan menghiburkan hadirin dan penonton sekaligus menjadikan anugerah ini lancar dan menghiburkan.
Raja Azura
Raja Azura
Zizan Raja Lawak
Zizan Raja Lawak
Shiera
Shiera
Raja Azura dan Shera pernah menjadi pengacara ABH tahun lepas. Cuma pada tahun ini, Zizan diserap masuk untuk menjadikan ABP lebih ceria. Lagi pun, dari kajian yang dibuat oleh ABP, majlis nampak suram kalau takde hos lelaki dan kurang ‘remaja’. Jadi dengan adanya Zizan, ABP lebih gempak dan happening. Lawak Zizan kan power.

Anugerah Bintang Popular 2010 akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highland pada 3 April 2011. Anugerah tahunan ini bertemakan Moden Klasik, tema yang akan memperagakan fesyen yang moden dan klasik dengan fabrik anggun dibawa oleh Euro Moda Gulati’s dan 5 pereka muda iaitu Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Zery Zamry, Hazwani Osman dan Nik Erwan Roseli.

Pertunjukan fesyen ini diiringi persembahan nyanyian oleh juara BIBH2008, Nazatul, Naib Juara, Syazwani selain dua bakat baru, Wana dan Nashrin.

Pengumuman hos, penyampai anugerah dan barisan artis yang buat persembahan telah berlangsung pada jam 3 petang hari ini di Holiday Villa, Hotel & Suite yang turut dihadiri oleh Encik Mahfar Ali, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian merangkap penasihat 1 ABPBH2010, Hanizam Abdullah, Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABHBH2010, Zainuri Misfar, Pengarang HIburan Berita Harian merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH2010, rakan penaja, media dan artis yang bakal buat persembahan pada malam anugerah itu nanti.

Pada majlis itu juga penyerahan tajaan daripada Naza Bike dan SimplySiti sebagai rakan penaja dan penyertaan Celcom Axiata Berhad sebagai penaja utama yang akan bersama menjayakan ABPBH tahun ini turut diadakan.

Penyerahan tajaan dilakukan oleh wakil penaja kepada Encik Mahfar Ali, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian merangkap Penasihat 1 ABPBH2010.

No comments: