Pages

Followers

Friday, February 18, 2011

Rendang Daging

Hmmm..hari ni ummi bercita2 nak masak rendang daging. Sebelum ni ummi 
dah penah masak rendang ayam. So, nak cuba rendang daging plak. 
Agak renyah masak daging ni sebab nak kena rebus dulu sampai aga2 empuk/lembut. 
Masakan ape pun nak kene rebus dulu daging ni kalau tak gigi palsu korang sure tertanggal punyer lahhhh...kekekkekekek. Sekarang Ummi tengah merebus daging, rasa2 dah 
sejam lebih daging direneh atas api tu. hmmm...maybe dalam sejam setengah lagi 
lembut la tu kot. so, petang nanti boleh la ummi masak rendang 
dinner untuk my beloved hubby!! harap2 menjadi dan sedap la yer....
Amin


Sumber: Sajian Kaseh

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

1kg daging- potong kecik-kecik
2 peket kecik rempah kurma
1/4 cawan kerisik
1 biji kelapa-ambik santannya
garam
gula melaka / gula
sedikit air asam jawa
Bahan-Bahan di kisar
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1-1/2cm halia
1-1/2cm lengkua
15-20 biji cili kering
Bahan-Bahan di mayang
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Cara membuatnya
Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.

Perhatian : Pastikan anda memasak dengan api perlahan

3 comments:

eT said...

hehe...sekali sekala layan rendang best jugak kan...
hantar sini skert.. :)

ada tag utk ummi
http://sukasukimain2.blogspot.com/2011/02/jemari-asmara-2nd-giveaway.html

Ummi AmnaAmzar said...

sekali sekala boleh la..kalau selalu bhy ni, makann berlemak.. :-) time kasih tag ummi...nnt ummi terjah!

Citarasa Rinduan said...

selamat malam ummi

wah...rendang...
walau ramai yang suka makan daging..ayu angkat tangan,,,ayu tak sesuai makan, asal makan..sure pening kepala..walhal tak ada darah tinggi