Pages

Followers

Monday, February 21, 2011

Mayat bayi dalam plastik

Mayat bayi dalam plastik
PETALING JAYA: Seorang pemancing yang mengambil dan membuka satu bungkusan beg plastik yang ditemui di tebing Sungai Kayu Ara, di sini untuk dijadikan bekas mengisi hasil tangkapannya terkejut apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat serta sudah berbau busuk, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, bayi lelaki cukup sifat ditemui dalam beg plastik berwarna putih yang disimpul rapi dan dipercayai dibuang di tebing sungai itu dalam tempoh 24 jam lalu.
Mohd Rizal Ramli yang sering memancing di sungai berhampiran Sri Pentas TV3, Bandar Utama itu tidak mengesyaki bungkusan berkenaan mengandungi mayat bayi walaupun ia berbau busuk dan dikerumuni lalat.
“Bayi berkenaan dibungkus dengan empat beg plastik. Tiga lapisan pertama beg plastik putih dan ketika membuka lapisan terakhir plastik berwarna hitam saya terperanjat melihat ada bayi didalamnya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed yang turut meninjau lokasi penemuan mayat bayi itu berkata, bayi terbabit dipercayai sudah mati agak lama kerana sudah berbau, namun dipercayai dibuang dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui.
Menurutnya, tiada kecederaan ditemui pada tubuh bayi malang yang berkulit agak cerah itu dan ia dilahirkan cukup sifat.
“Kita percaya bayi itu sudah mati terlebih dulu sebelum dimasukkan ke dalam plastik berkenaan dan dibuang ke tebing sungai. Mayat bayi itu akan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat,” katanya.
Arjunaidi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sementara itu dalam kejadian berasingan kelmarin, seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di hadapan rumah seorang penduduk di Kampung Labohan Dagang, Banting, awal pagi kelmarin.
Ketika ditemui kira-kira jam 6.45 pagi itu, bayi itu dipercayai baru dilahirkan.
Bayi itu dibawa pemilik rumah berkenaan ke Hospital Banting untuk rawatan.

2 comments:

mrs kayrul said...

kesiannyer tengok baby tue...klu pun bbay tue dah meninggal, kebumikanlah cara elok...menyiksakan mayat jer....huhuhuhu

vaithis said...

hi.. i dah follow u juga....kesian kat baby itu....kalau tak nak baby bagi la kat org yang lain ke atau hantar aje kat rumah anak yatim....sanggup si ibu itu buang baby macam sampah...orang macam ni kena bagi sebatan seminggu sekali di tempat yang sampai mati....