Pages

Followers

Thursday, February 10, 2011

Za'faran @ Saffron Tulen

Saffron @ Za’faran ialah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat dan terkenal kegunaannya dalam bidang perubatan. Ia juga digunakan sebagai bahan campuran semulajadi dalam pelbagai jenis makanan dan minuman serta di bidang kosmetik.
Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
"sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'Asal (madu) diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir"
Za’faran atau Safron adalah sejenis tumbuhan berbunga yang mana stigma bunga ini diambil dan dikeringkan.
Khasiat Za’faran & Saffron
Dalam kitab-kitab perubatan Islam, terlalu banyak memperkatakan tentang khasiat Za’faran begitu juga dari peubatan moden Barat. Ia kaya dengan vitamin B1 & B2 (Riboflavin & Tiamin).
Dapat membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah & kolestrol, mengurangkan risiko serangan sakit jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bias-bisa sendi, penenang & juga peransang tenaga batin.
Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperrti asma dan demam biasa.
Za'faran kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin dan tiamin).
Di antara khasiat za'faran adalah:
Bunga Zafaran Sebelum Proses

bunga saffron sebelum diproses

Membantu menyempurnakan proses penghadaman
Menguatkan ingatan
Merawat anemia
Mengawal tekanan darah dan kolestrol
Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
Melancarkan pengaliran darah
Merawat penyakit saraf
Mengurangkan keletihan
Mengurangkan sembelit, bisa-bisa sendi
Penenang diri
Perangsang tenaga batin & banyak lagi (di buat kajian oleh saintis barat)
Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa.

SUMBER: MAHADIZAN

2 comments:

Unknown said...

selamat malam as..
kat malaysia, kita gelor bunga apa??
bagusnya..banyak kelebihan yer, bunga nie

Ummi AmnaAmzar said...

kat msia mmg panggil nama ni jgk..za'faran tu arabnyer. selalu dengar chefwan sebut saffron jer