Pages

Followers

Monday, February 28, 2011

Ce citer...ce citerr..


Hmm...ada filem baru...dah 2-3 minggu tayang kat panggung, tapi ummi tak pegi tengok lagi pun...ummi ni bukan kaki panggung, penah masuk panggung skali jer..tu pun dalam 10 minit, pastu ummi keluar..hehe anak buat perangai..ms tu tgk citer Narnia. ok lah tak mo citer panjang..jom baca ulasan filem ni yang ummi dapat dari MURAI

FILEM: Sini Ada Hantu
PENGARAH: James Lee
PELAKON: Alvin Wong, Baki Zainal, Ramasundran, Fasha Sandha,Qhaud AF, Eira Syazira, Sufian Mohamed, Beto Khushairi, Pete Teo, Chen Puie Heng, Chen Puie Kong, Taiyuddin Bakar, Chommat Samad
PENERBIT: Tayangan Unggul dan Double Vission
GENRE: Komedi Seram
Klasifikasi: PG13
Mula Tayangan: 10 FEBRUARI 2011
Sekali Imbas
Melihat sahaja pada tajuk filem ini kedengaran seperti sepenuhnya mengisahkan filem seram, tetapi apa yang berlaku dalam filem ini adalah sebaliknya. Biarpun unsur seram diterapkan, namun filem ini lebih menonjolkan unsur komedi serta menerapkan aksi-aksi kejutan yang ringan kepada penonton.
Ulasan Penuh
Filem bergenre komedi seram yang diarahkan oleh pengarah, James Lee telah menggabung tiga cerita hantu Malaysia dari kisah-kisah hantu yang biasa didengar dalam setiap kaum di Malaysia. Tiga cerita hantu itu adalah Hantu Pokok Pisang (Hantu Melayu), Hantu Nombor Ekor (Hantu Cina) dan Hantu Asrama (Hantu Tentera Jepun).
Selain menerapkan konsep 1 Malaysia dalam kisah-kisah hantunya, James juga menerapkan unsur perpaduan kaum menerusi barisan pelakon-pelakonnya. Pada permulaan babak filem seram kedua garapan pengarah, James ini sahaja sudah menunjukkan penyatuan kaum antara Melayu, Cina dan India apabila menampilkan tiga pelakon yang dibintangi oleh Baki Zainal, Alvin Wong dan Ramasundran yang bekerja dalam satu tempat.
Tidak banyak kejutan yang berlaku dalam filem komedi seram ini tetapi apa yang membuatkan ia seperti filem seram lain adalah teknik bunyi atau Dolby Sound yang digunakan. Sedikit sebanyak kesan sistem bunyi itu memberi impak seram kepada penonton.
Biarpun impak seramnya tidak mendalam namun pengarah cuba juga menonjolkan kesan seram itu dalam filem ini menerusi jalan ceritanya yang suspen ditambah dengan teknik CGI (computer generated imagery) menerusi ketiga-tiga kisah siri hantu berkenaan supaya ia nampak lebih menggerunkan. Namun, bagi penulis tahap seram yang ditonjolkan dalam filem ini agak terlalu ringan dan ia mungkin kurang memberikan kepuasan kepada mereka yang benar-benar meminati filem berbentuk horror.
Malah, penonton lebih banyak ketawa daripada menjerit oleh gelagat dan aksi lucu yang ditampilkan ketiga-tiga pelakon utamanya iaitu Alvin, Baki, dan Ramasundran. Wajah Alvin yang selamber itu mudah buat penonton ketawa, begitu juga dengan Baki yang lebih menonjolkan idea yang fresh untuk melawak dengan cara yang berbeza dengan pelawak lain yang sedia ada.
Biarpun filem ini banyak menampilkan pelakon-pelakon Melayu dan Cina yang tidak begitu popular dan tidak pernah beraksi di layar perak, namun bakat lakonan mereka nyata sama hebat dengan pelakon-pelakon filem yang sudah established. Malah mesej dan lawak yang hendak disampaikan juga mudah diterima penonton.
Apa yang pasti, penampilan istimewa pelakon penuh kontroversi, Fasha Sandha sebagai Hantu Pokok Pisang telah mencantikkan filem ini. Fasha yang hanya muncul dalam beberapa minit itu tampil dengan gaya yang sangat menggoda.
Namun mungkin penonton agak sedikit hampa kerana dia dibiarkan tanpa berbicara apa-apa dialog dalam filem ini. Malah kemunculannya hanya sebagai penyeri filem ini. Selain tampil cantik, Fasha juga akan berubah menjadi sangat hodoh dengan mekap dan teknik CGI yang ketara ketika dia menyerang mangsanya.
Selain itu, filem ini juga banyak menerapkan unsur pengajaran yang sangat jelas terutama dalam kisah Hantu Nombor Ekor. Kisah ini mengisahkan mengenai kaum Cina yang hidup susah dan bergantung pada nombor ekor untuk hidup senang. Namun ia menjadi pengajaran selepas mereka semua yang meminta pertolongan roh untuk mendapatkan nombor ekor itu telah mati seorang demi seorang.
Secara ringkas, filem kelima Astro Shaw Sdn Bhd yang dihasilkan dengan usahasama Double Vision Sdn Bhd ini mengisahkan tentang dua rakan sekerja yang dikehendaki menghantar sebuah keranda secara mengejut ke sebuah kampung.
Dalam perjalanan menghantar keranda tersebut, mereka bercerita dan membuat perbandingan tentang kepercayaan hantu masing-masing. Tanpa disedari cerita mereka telah didengari oleh makhluk halus sepanjang perjalanan tersebut.

sape penah tgk citer ni?? ape ulasan anda pulak?

3 comments:

Unknown said...

ayu penakut...
tgk hantu kak limah pun dlm astro....

Ummi AmnaAmzar said...

ayu: hantu kak limah ok lg sbb citer klaka..kalau khurafat dll mmg xberani nk tgk

ibu qaleesya said...

dah lama tak g panggung.
kelantan mana ada semua tu