Semoga menjadi peringatan buat kita semua
Catatan hati seorang ibu di hari lahir seorang putera 30 Disember 2010.... genap usia Muhd Dinie Akmal B. Aminuddin 5 tahun ...
namun aper yg terjadi.. Sesungguhnya kuasa Allah mengatasi segalanya.... hanya dalam tempoh seketika diuji...
ibu tak sanggup dan belum benar bersedia untuk hadapi ujian sebegini.... sudah 2 hari Dinie demam...
namun semalam demam semakin pulih.. tepat jam 3.30 pagi Dinie kejutkan ibu untuk ke tandas... tapi...
Dinie menangis kerana tak dapat berdiri..... Masyaallah... katanya kaki Dinie sakit ibu.. Dinie tak boleh berdiri....
di keheningan pagi titis air mata semakin laju... walhal.. fikiran semakin bercelaru mencari punca kenapa putera ku tak dapat
berdiri sedangkan semalam lincah bermain.... saban sehingga subuh ibu setia di sisi memicit kaki
Dinie yang kembali tidur dengan linangan air mata dan penuh doa dan harapan agar pagi nnt Dinie dapat bangun seperti
sediakala untuk Majlis Suai Kenal Pra Sekolah........ jam 7.30 pagi... ibu kejutkan Dinie..
namun dia masih menagis kerana tak dapat berdiri.. hati ibu semakin gelisah....perasaan bercampur baur....
namun di kuatkan tekad untuk membawa Dinie ke sekolah terlebih dahulu sebelum berjumpa doktor... 8.20 pagi...
setiba di sekolah semua orang melihat Dinie yang didukung.... mungkin dalam fikiran mereka anak ini takut ke sekolah ?
atau anak ini menangis ? atau yang lebih sedih.... adakah anak ini OKU dan tidak dapat berjalan ?.........
Hanya mereka yang bergelar IBU hanya mampu merasa apa yang hati ibu ini lalui..... ..
Ya ALLAH hambaMu ini belum kuat untuk menerima ujian Mu yang hebat ini.... permudahkanlah segala urusanku.....
sihat sejahterakanlah anak ku.... .. rintih hati seorang ibu sepanjang berada di sekolah.....
Sehingga nama Dinie dipanggil untuk beratur ... Dinie masih belum mampu berdiri kerna menahan kesakitan....
hati mana yang tidak tersentuh dalam sekelip mata anak yang dikasihi berada di dalam situasi yang tidak dijangka.....
Ibu terus berdoa didalam hati..... 11.30 pagi sessi suai kenal tamat ibu dan abah bergegas membawa
Dinie untuk berjumpa pakar.... .. Alhamdulillah selepas diperiksa Dr Jimmy memberitahu ini adalah rentetan dari
demam yang belum pulih sepenuhnya dan menyerang otot kedua-dua belah kaki Dinie... dan bukannya... seperti apa yang
terlintas dihati ibu sejak awal pagi tadi....
BUKAN ibu mendoakan sesuatu yang tidak elok namun hati ibu tidak boleh menipu bahawa perasaan terlalu risau dan
takut itu mengaburi segalanya.... Lagipun kejadian ini pertama kali berlaku pada Dinie selama usianya 5 tahun...
Ibu terlalu bersyukur ke hadrat Allah swt kerana memakhbulkan doa ibu yang tidak putus untuk kesejahteraan Dinie..
setelah diberikan ubat.... jam 3.00 ptg tadi Dinie telah dapat BERJALAN seperti sediakala.... ALHAMDULILLAH....
lalu Dinie menjerit " Ibu ... i can move forward and back forward now..." dengan penuh syukur ibu memeluk Dinie...... walaupun langkahnya pada awal agak perlahan namun kembali normal setelah dia mula melangkah dan melangkah......
Ya ALLAH sesungguhnya Kau yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani hambamu yang Dhaif....
pesan ku buat semua yang bergelar ibu.... hanya mereka bergelar ibu mengandung, melahirkan, menyusu,
mendidik dll hanay merasai detik getir yang aku lalui.... moga kalian tidak acuh tidak acuh dalam menjaga
anak yang demam atau di timpa musibah lain.... permata dikurniakan Allah adalah tanggungjawab yg perlu disempurnakan.....
semoga kita semua mendapat tempat sebagai ibu selamanya di hati anak-anak hingga ke akhir hayat...
Insyaallah....... Muhd Dinie Akmal permata hati ibu......
sumber: Nurdalilah Saidin - kawan sekolej ummi dulu..tp xtau dia masih ingat ummi @ tak..
ni ummi dpt dari wall kawan yg lain..
No comments:
Post a Comment