Pages

Followers

Saturday, December 18, 2010

KHASIAT KANGKUNG


Ummi nak masak bubur untuk anak2, then jenguk dalam peti hanya ade carrot ngan kangkung jer..huhu boleh ke anak2 ummi makan kangkung ni..hmmm...then ape lagi tanye incik google la about the khasiat.Alhamdulillah, ade gak khasiat nye...jom kita baca sama2:-

Jangan tahu makan sahaja… Begitu pesan orang tua-tua. Kalau di kampung penulis, kangkung boleh didapati percuma sahaja. Sesiapa yang mahu, boleh dikutip dipinggir sawah dan tali air. Memang sedap kalau dimasak sebagai sayur lebih-lebih lagi jika digoreng bersama belacan dan cili. Kangkung juga banyak dicampur bersama pelbagai jenis menu masakan, malah boleh dicelur dan dimakan bersama sos tiram atau pencicah.

Nama saintifiknya ialah Ipomoea Aquatica (nak sebut pun susah). Bahasa Inggerisnya ialah Water Spinach, tumbuh liar di negara-negara Asia Tenggara – Wikipedia.
Di kalangan orang tua-tua, kangkung masyhur sebagai tumbuhan penawar racun. Kangkung juga mempunyai pelbagai khasiat perubatan yang lain. Antaranya:
1.Penawar busung, lemah badan dan keputihan pada faraj.
Caranya, masukkan sayur kangkung kedalam masakan bubur, kemudian dimakan. Amalkan selalu, insya-Allah afiat.
2. Penawar batuk.
Rebus airnya kemudian diminum.
3. Penawar gelisah, tidur tidak lena serta sakit kepala .
Banyakkan memakan sayur kangkung untuk menenangkan perasaan gelisah.
4. Rawatan diabetes.
Terdapat juga kangkung yang berwarna ungu yang mempunyai khasiat sebagai ubat herba untuk merawat diabetes.
5. Merawat bisul, jangkitan kulit, terseliuh dan bengkak-bengkak.
Tumbuk halus atau kisarkan kemudian ditampalkan pada tempat yang sakit sebagai ubat luaran.
6. Rawatan buasir.
Rebus akarnya dan amalkan selalu, insya-Allah afiat.

No comments: