Pages

Followers

Friday, April 22, 2011

Entry di tengah malam jumaat

Bila baring jer mata ummi terkebil2 tak nak terlelap..padahal siang langsung tak de masa nak curi2 lelapkan mata.. penuh jadual setiap hari sekarang. ummi pun dah ade hobi dan keje baru. keje di rumah je la.. ummi sekarang mengambil tempahan menjahit felt T untuk baby n kids. Untuk orag dewasa pun ummi boleh buat tapi setakat ni masih belum menerima tempahan untuk org dewasa la.. hmmm.. penat tu memang penat tapi rasa seronok bila dapat hobi macam ni. At least takde la sesaje ummi ngadap facebook n internet ni kan.. dan memang ummi tak sangka hobi ummi ni menarik perhatian kawan2 ummi yang skrg semakin rancak berlumba2 meng'order' dari ummi. ALHAMDULILLAH...kat bawah ni contoh2 T shirt anak2 yang siap dan dalam proses.. cute tak? so, kalau sesape nak tempah boleh la add facebook Ummi..ARIZAWATI SAAD,dan mesej ummi di inbox ye..








Thursday, April 21, 2011

Entry meraih Vote lagiiii


Assalamualaikum semua!!!! setelah sekian lama bercuti blogging akhirnya ummi membuat comeback dengan entry meraih undi utk anak teruna ummi.. no 3 tu ye..Amzar Syakir bin Shahizan. 

*sebelum vote tu anda semua diminta utk menjadi follower bagi blog

*tinggalkan komen di entry contest tersebut dengan menyatakan anda mengundi No. 3.

* tag seberapa ramai kawan anda dan pastikan dia rajin untuk vote ye..

* then, lepas dah vote tinggalkan komen di entry ini yaaaa..
terima kasih utk semuaaa.. dan pastinya ada sesuatu untuk anda yang telah memvote.. 


Vote juga untuk Iqy si hensem boy anak kepada 
NAA MAMARIFQY no 35

tarikh tutup adalah pada 21/4/2011

Friday, April 15, 2011

Hadiah Lucky Draw utk yang tolong vote Amzar Syakir


Ni adalah contoh hadiah yang bakal di peroleh salah seorang yang bertuah setelah anda mengundi anak ummi seperti di sticky post yg tertera di SINI, So, kepada pemenang anda boleh request 1 nama anak utk di jahit di tshirt yg disediakan oleh Ummi juga. selamat mengundi anak ummi ye!!!

Tuesday, March 8, 2011

Jom menang World’s Sexiest Laptop Ultra Compact 11” MacBook Air Worth RM3299!

Jom ramai2 sertai Lucky Draw yang paling best nih!!!

Sape yang nak join klik kat Dealmates.com

Pastu ikut je arahan yang di beri sangaaaatt mudah!!!

[Image: Get the World’s Sexiest Laptop <br>for Free! RM0 for a Chance to Win the Ultra Compact 11” MacBook Air Worth RM3299!]

Ultra Compact 11” MacBook Air Worth RM3299!




Dealmates.com

Sunday, March 6, 2011

Kesabaran Ummi di uji

Bersambung Part 1

Dipendekkan cerita penyamar tu add incik hubby kat facebook then, sangat berani mengkomen kat pic yang hubby post semalam. Ummi jadi heran la..kenapa dia yang memula nak beli tudung dengan ummi , add hubby ummi dan komen kat gambar hubby dengan ayat cam ni... " jeles ke? hehe".. dia cakap camtu sebab ummi komen kat gambar hubby " tukar angin je tauuuu". biase la suami isteri manje2 annn... rsnya kalau org lain mmg xnak la join kan komen2 antara suami isteri ni. dia sangat la berani..  ummi yang pastinya kuat cemburu ni mula la naik nyampah. ummi "remove" kan dia dari friendlist ummi n hubby. senang cerita... 

bila malam menjelang.... ummi dapat mesej kat inbox: cuba baca ayat2 dia..sangat menyakitkan dan mencabar kesabaran ummi untuk mempublishkan perbuatan dia di sini:


sila klik untuk lebih clear...mcm ade org nak bc kisah ni...
* kuning tu : nama betol dia
* pink tu: nama samaran dia..
haha..ada yg terlepas pandang nak delete..lantak ko lah..peduli hape aku!!

Saturday, March 5, 2011

Kesabaran Ummi di uji

Weiiii.. lama dah aku geram kat hang tau! menyemak jer dalam list facebook aku..sungguh menyampah dengan ayat ayat auta hang tu..hang ingat aku tak tau ka? aku saja ja nak melayan hang sebab aku takdak keja...baru kenai sari dua hang dah dok tanya pasai laki aku.. WTH is that???!! opcoz la aku tau sapa hang sebenaqnya walaupun hang setakat menyamaq pakai nama lain add aku kat facebook tuh!!! kheekkkkk tuihhh!!! mmg gila babas tahap gaban nak mampos betol!!...

Bila syaitan berbisik di telingaku...ini yang terlintas..tapi di mulut memang tak tergamak untuk meluahkan ayat2 seperti ni.. mmg sangat geram dengan tindakan seorang wanita yang suka menyamar2 semata2 nak tau perkembangan tentang ummi dan husband. Ummi tau siapa dia, but ummi sengaja melayan dia sebab ummi pernah menyatakn yang ummi ingin berkawan dengan dia, but she refused. becoz of jeolus, maybe!! 
Mungkin kekawan dpt agak siapa yang bertindak mcm ni kan?  

mula2 menyamar nak beli tudung dengan ummi, ms tu ummi ada tlg kawan jual tudung kat facebook. its ok lah..then, lepas tanya pasal tudung 2-3 patah perkataan, dia mula bertanya pasal incik hubby.. keja ape, kat mana, berape lama.. bila dia mula bertanya begitu, ummi mula mengesyaki sesuatu..then, ummi semakin melayan lah..ummi suke jgk melayan kalau org menyamar ni..(nakal jgk kan?? hehe) 

Agak lama bersembang2 kot fb..dalam berbulan2 gak la.sembang2 gitu2 je la..
Ade gak sambil2 tu ummi serkap jarang tanya2 dia awak ni R******H kan? ala..ngaku jer la.. pastu dia ngaku.. but dia tak ngaku nama yg ummi sebutkan..dia gtau dia adalah kawan rapat kepada nama tersebut. sangkaan ummi hampir tepat..tapi ummi tetap berfirasat yang dia adalah orang yang bernama R******H. huh!

bersambung... ke part 2..sebab dah panjang sangat..nanti anda2 yang membaca boring plak...
letak gambar mak ummi dan adik2..bg sejuk sikit hati ni...

MARS NEEDS MOMS!!

Filem Animasi 3D yang bakal menggegarkan panggung 10 Mac, 2011
Moms. They start off with “Eat your vegetables! Clean your room! Bathe the cat!” when we’re young, and 16 years later it’s “Don’t go out so late! Don’t go out with that gang! Don’t drive so fast!” We bet all of you, at countless times in your lives, have silently screamed inside your heads: “OMG Mom enough with the nagging already!!”
Yes, our moms may drive us up the wall sometimes but we all know for a fact that it’s for our own good, and most of us just couldn’t make it without our moms :) You know who else knows how important moms are? The Martians!
Synopsis
Take out the trash, eat your broccoli—who needs moms, anyway? Nine-year-old Milo (Seth Green) finds out just how much he needs his mom (Joan Cusack) when she’s nabbed by Martians who plan to steal her mom-ness for their own young. Produced by the team behind “Disney’s A Christmas Carol” and “The Polar Express,” “Mars Needs Moms” showcases Milo’s quest to save his mom—a wild adventure in Disney Digital 3D™ and IMAX® 3D that involves stowing away on a spaceship, navigating an elaborate, multi-level planet and taking on the alien nation and their leader (Mindy Sterling). With the help of a tech-savvy, underground earthman named Gribble (Dan Fogler) and a rebel Martian girl called Ki (Elisabeth Harnois), Milo just might find his way back to his mom—in more ways than one.

Friday, March 4, 2011

Ummi menang contest cover buku!!!!





Alhamdulillah..seronok tak terkata.... 

Thursday, March 3, 2011

Jumpa Dato' Dr Haji Fadilah Kamsah


Ummi jumpa Dato' ni bukan sebab pegi ceramah ke, kaunseling ngn dia ke @ yg sewaktu dengannya..Ummi just terjumpa Dato' masa nak pegi breakfast kat Bangi Kopitiam hari selasa lepas. Masa tu baru selesai buat check up anak ummi si Amna yang demam tak kebah2 selama 4 hari. buat medical check up kat Klinik pakar kanak2 Annur Hasanah. Alhamdulillah Amna ok cuma panas jer badan dia kata doc. Bebas denggi.

berbalik kat jumpa Dato' tadi..dah selesai check up hubby ajak breakfast kat Bangi Kopitiam...then, tetibe hubby tanye nak tengok Fadilah Kamsah(nama mudah bhs harian)  tak? ummi tak jawab nak @ taknak..tapi terus keluar kat mana?! dengan penuh excited..ingatkan hubby kenakan ummi..rupanyaaa...eh eh..ye laaaaa.. hubby dah nmpk masa g parking kete tadi..1st time ummi nampak Dato' di dunia realiti..sangat bersih dan bercahaya wajahnya..dia tengah sembang2 ngn kawan maybe..kalau kat TV mesti dorang tepek2 bedak ckit kan..tapi ni mmg real lah. terenti sekejap kat depan kedai makan tu..betul2 berdepan Dato' tapi agak jauh la..maybe Dato' terperasan..hehe biar la bukan senang nak jumpa beliau kan..

Setakat ni saja kot

Hmmm..pengalaman yang ngeri.. sangat mengerikan..bukan mimpi hantu @ anything yang melibatkan hantu syaitan ye kawan2...
*
**
*
*
*
*
*
*
Cumaaaa.... ngeri bila tukar template blog nih...sangat teruk jadinya, 
nak tau ape jadi?? blog post jadi 2..widget kat sidebar bertindih2, sangat sedih bila blog dah jadi kelam kabut gitu.. ye lahhh..ummi ni kan tak berapa expert bab2 ni..jadiiii...rasanya setakat ini jer kot template ni bertukar wajah..xde dah lepas ni..cam ni lah wajah mu sampai bebila..kecuali kalau ada bantuan dari adik
 NADIA. @ sesape yang sudi nak mencurahkan idea di blog ni..di alu2 dan dipersilakannnn...
 kalau ler nak tolong haakak yang xreti nih kannn..hehe 

gambar hiasan blog agar lebih berseri..nak harap wajah ummi dorang..
hmmm tak komersial langsung!!!

Tuesday, March 1, 2011

Gaya Artis Hollywood Bersama Anak

Gaya Artis Hollywood Bersama Anak
Katty Holmes dan anaknya..Suri Cruise...

Gaya Artis Hollywood Bersama Anak
Heidi Klum kini benar-benar bahagia bersama suaminya Seal dan tiga orang anaknya yang bernama Helene atau Leni, Henry Gunther, dan Johan 

Gaya Artis Hollywood Bersama Anak
Walaupun baru sahaja bercerai dengan suaminya Jesse James baru-baru ini, Sandra Bullock tetap mengambil keputusan untuk terus menjaga anak angkatnya Louis Bardo Bullock yang kini baru sahaja berusia 8 bulan itu.



eh..ade gak??? ni bukan artis..menggeletis namanya..haha

Monday, February 28, 2011

Ce citer...ce citerr..


Hmm...ada filem baru...dah 2-3 minggu tayang kat panggung, tapi ummi tak pegi tengok lagi pun...ummi ni bukan kaki panggung, penah masuk panggung skali jer..tu pun dalam 10 minit, pastu ummi keluar..hehe anak buat perangai..ms tu tgk citer Narnia. ok lah tak mo citer panjang..jom baca ulasan filem ni yang ummi dapat dari MURAI

FILEM: Sini Ada Hantu
PENGARAH: James Lee
PELAKON: Alvin Wong, Baki Zainal, Ramasundran, Fasha Sandha,Qhaud AF, Eira Syazira, Sufian Mohamed, Beto Khushairi, Pete Teo, Chen Puie Heng, Chen Puie Kong, Taiyuddin Bakar, Chommat Samad
PENERBIT: Tayangan Unggul dan Double Vission
GENRE: Komedi Seram
Klasifikasi: PG13
Mula Tayangan: 10 FEBRUARI 2011
Sekali Imbas
Melihat sahaja pada tajuk filem ini kedengaran seperti sepenuhnya mengisahkan filem seram, tetapi apa yang berlaku dalam filem ini adalah sebaliknya. Biarpun unsur seram diterapkan, namun filem ini lebih menonjolkan unsur komedi serta menerapkan aksi-aksi kejutan yang ringan kepada penonton.
Ulasan Penuh
Filem bergenre komedi seram yang diarahkan oleh pengarah, James Lee telah menggabung tiga cerita hantu Malaysia dari kisah-kisah hantu yang biasa didengar dalam setiap kaum di Malaysia. Tiga cerita hantu itu adalah Hantu Pokok Pisang (Hantu Melayu), Hantu Nombor Ekor (Hantu Cina) dan Hantu Asrama (Hantu Tentera Jepun).
Selain menerapkan konsep 1 Malaysia dalam kisah-kisah hantunya, James juga menerapkan unsur perpaduan kaum menerusi barisan pelakon-pelakonnya. Pada permulaan babak filem seram kedua garapan pengarah, James ini sahaja sudah menunjukkan penyatuan kaum antara Melayu, Cina dan India apabila menampilkan tiga pelakon yang dibintangi oleh Baki Zainal, Alvin Wong dan Ramasundran yang bekerja dalam satu tempat.
Tidak banyak kejutan yang berlaku dalam filem komedi seram ini tetapi apa yang membuatkan ia seperti filem seram lain adalah teknik bunyi atau Dolby Sound yang digunakan. Sedikit sebanyak kesan sistem bunyi itu memberi impak seram kepada penonton.
Biarpun impak seramnya tidak mendalam namun pengarah cuba juga menonjolkan kesan seram itu dalam filem ini menerusi jalan ceritanya yang suspen ditambah dengan teknik CGI (computer generated imagery) menerusi ketiga-tiga kisah siri hantu berkenaan supaya ia nampak lebih menggerunkan. Namun, bagi penulis tahap seram yang ditonjolkan dalam filem ini agak terlalu ringan dan ia mungkin kurang memberikan kepuasan kepada mereka yang benar-benar meminati filem berbentuk horror.
Malah, penonton lebih banyak ketawa daripada menjerit oleh gelagat dan aksi lucu yang ditampilkan ketiga-tiga pelakon utamanya iaitu Alvin, Baki, dan Ramasundran. Wajah Alvin yang selamber itu mudah buat penonton ketawa, begitu juga dengan Baki yang lebih menonjolkan idea yang fresh untuk melawak dengan cara yang berbeza dengan pelawak lain yang sedia ada.
Biarpun filem ini banyak menampilkan pelakon-pelakon Melayu dan Cina yang tidak begitu popular dan tidak pernah beraksi di layar perak, namun bakat lakonan mereka nyata sama hebat dengan pelakon-pelakon filem yang sudah established. Malah mesej dan lawak yang hendak disampaikan juga mudah diterima penonton.
Apa yang pasti, penampilan istimewa pelakon penuh kontroversi, Fasha Sandha sebagai Hantu Pokok Pisang telah mencantikkan filem ini. Fasha yang hanya muncul dalam beberapa minit itu tampil dengan gaya yang sangat menggoda.
Namun mungkin penonton agak sedikit hampa kerana dia dibiarkan tanpa berbicara apa-apa dialog dalam filem ini. Malah kemunculannya hanya sebagai penyeri filem ini. Selain tampil cantik, Fasha juga akan berubah menjadi sangat hodoh dengan mekap dan teknik CGI yang ketara ketika dia menyerang mangsanya.
Selain itu, filem ini juga banyak menerapkan unsur pengajaran yang sangat jelas terutama dalam kisah Hantu Nombor Ekor. Kisah ini mengisahkan mengenai kaum Cina yang hidup susah dan bergantung pada nombor ekor untuk hidup senang. Namun ia menjadi pengajaran selepas mereka semua yang meminta pertolongan roh untuk mendapatkan nombor ekor itu telah mati seorang demi seorang.
Secara ringkas, filem kelima Astro Shaw Sdn Bhd yang dihasilkan dengan usahasama Double Vision Sdn Bhd ini mengisahkan tentang dua rakan sekerja yang dikehendaki menghantar sebuah keranda secara mengejut ke sebuah kampung.
Dalam perjalanan menghantar keranda tersebut, mereka bercerita dan membuat perbandingan tentang kepercayaan hantu masing-masing. Tanpa disedari cerita mereka telah didengari oleh makhluk halus sepanjang perjalanan tersebut.

sape penah tgk citer ni?? ape ulasan anda pulak?

Nak Tahu?? DEMYUH!!

Nak tahu? Masa aku pergi Tesco bersama suami dan anak, aku singgah masuk ke satu gerai manakala suami dan anak cuma tunggu di luar saja. Bila aku keluar dari gerai, terus aku paut pinggang suami. Mamat tu terkejut sakan. Sekali silap orang. Baju saja yang sama macam suami aku. Suami aku siap gelak besar pada aku yang malu ni. DEMYUH
Nak tahu? Hari tu aku main futsal dgn mber2 aku. Aku pjam sportshoes mbe aku. longgar seyy.. disebabkan nk main, aku pakai je. Sampai 1 time aku nk tunjukkan yg aku ni pro n nk sumbatkan gol, tetibe yang gol bkn bola, tp kasut 2 yg msuk gol. bola xgerak pun. DEMYUH
Nak tahu? Aku tgh jalan kaki dgn memember. Masa tu pakai sport shoes. Tiba2 tali kasut terbukak. Sebab tgh penat gila babeng, malas nk berhenti tunduk ikat balik. Tiba2 dgr bunyi BAM!!! kuat gila. Blur kejap. Aku angkat kepala, rupanya aku terhantuk papan tanda bongok. Kawan2 aku gelak sampai terduduk. DEMYUH

Nak tahu? Baru-baru ni aku pergi jumpa pengarah satu jabatan tu untuk minta kerja. Aku difahamkan pengarah ni sangat garang orangnya. Selepas aku duduk, dia pun mula la bertanya sesuatu. Aku yang kurang dengar apa dia cakap tu terus memberitahu tujuan aku datang. Dia terus tengok aku dengan pandangan yg pelik. Rupa-rupanya dia bercakap dengan interkom la tadi. DEMYUH
Nak tahu? Hubby aku pergi bayar di kaunter dan aku tunggu dalam kereta di stesen mimyak. Tak sampai 5 minit hubby aku masuk dan terus drive. PELIK! Dia kata nak isi full tank tadi. aku buat bodoh aja. Baru sampai kat trafik light depan, hubby aku maki-maki kata meter tank dah biol. Baru isi minyak dah klip merah lagi. Aku tanya dia, "sebenarnya you ade isi ke tak?" Dia tepuk dahi. Katanya dia bayar tapi lupa nak isi minyak. DEMYUH
Nak tahu? Masa saya dan rakan saya dalam lif, tiba-tiba saya terperasan yang zip seluar saya terbuka. Saya pun meminta tolong rakan saya untuk menutup zip saya kerana tangan saya sudah penuh dengan barang-barang kereta. Elok sahaja rakan saya sedang menutup zip seluar saya, pintu lif terbuka dan ada sekeluarga yang sedang menunggu lif memandang kami dengan penuh terkejut. DEMYUH

Saturday, February 26, 2011

Zizan Teruja Dipilih Menjadi Hos Melodi Bersama Dira




KUALA LUMPUR, 23 FEB 2011: Bagai bintang jatuh ke riba. Begitulah perumpamaannya bila pelawak dan pengacara popular, Zizan ditawarkan oleh pihak Media Prima untuk mengendalikan program hiburan paling sensasi di TV3 iaitu Melodi.
Pemilihannya dalam Melodi adalah bagi menggantikan tempat pengara asal lelaki rancangan tersebut iaitu Wahid Senario. Manakala tempat Fara Fauzana pula bakal digantikan dengan pelakon Dira Abu Zahar.
Teruja dengan pemilhannya, bintang kelahiran program realiti Raja Lawak musim pertama ini menganggap ianya sebagai peluang terbaik buat dirinya kerana program tersebut telah berjaya menaikkan beberapa nama besar dalam bidang pengacaraan tanah air sebelum ini.
"Pada awalnya saya terkejut dan tak percaya juga dengan tawaran yang diberikan. Mana tidaknya, seperti yang kita tahu, rancangan hiburan itu pun sebelum ini pernah dikendalikan oleh personaliti yang hebat-hebat seperti Aznil Hj Nawawi, Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Saiful Azmi(Apek).
"Apatah lagi, Melodi juga merupakan sebuah program hiburan yang sudah melewati hampir 20 tahun usianya, mempunyai reputasi yang cukup baik di kalangan peminat serta selebriti tempatan serta mampu bertahan sehingga kini," katanya kepada murai.com.my
Bakal menggalas tugasnya secara rasmi bersama Dira bermula pada 3 April 2011 ini, Zizan memberitahu pemilihannya sebagai pengacara berkemungkinan berdasarkan kriteria serta ciri-ciri yang ada padanya sebagai seorang pengacara.
"Terus-terang saya sendiri tidak tahu apakah kriteria terperinci yang ada pada diri saya yang membuatkan saya ini dipilih, tetapi saya diberitahu oleh mereka (pihak penerbit) bahawa saya memiliki kriteria sebagai pengacara yang mereka cari.
"Saya tak mahu pemilihan saya ini dilakukan tanpa bersebab. Tapi nyata, kesungguhan mereka untuk saya menerima tawaran ini telah membuatka saya rasa lebih berbesar hati untuk menerimanya," kata Zizan sewaktu ditemui di majlis sidang media Maharaja Lawak di Sungai Penchala, petang semalam.
Bagaimanapun, Zizan yang telah pun mengikat kontrak selama satu tahun bersama Melodi itu mengakui agak gementar untuk berdepan dengan reaksi penonton dalam program tersebut yang sememangnya diakui telah pun mempunyai pengikutnya yang tersendiri.
"Untuk mengambil alih sebuah program besar seperti ini bukabnlah satu tugas yang mudah. Sudah tentu saya rasa sedikit gementar. Malah, saya juga takut untuk berdepan dengan expectation yang cukup tinggi yang bakal diberikan oleh penonton nanti.
"Namun bagi mengatasinya saya perlu memperbanyakkan homework dan kajian serta mengambil tahu banyak benda tentang apa yang berlaku dalam dunai hiburan semasa kita. Jika masih ada pihak yang mahu membandingkan kebolehan saya dengan pengacara sebelum ini, saya anggap ianya dalah satu hal lumrah," ujar anak kelahiran Terengganu ini lagi.
Ditanya tentang gandingannya bersama Dira pula, Zizan memberitahu dia cuba akan mencari keserasian dengan pasangan pengacarannya itu dengan sebaik mungkin.
"Biarpun saya belum berpeluang untuk bekerjasama dengan Dira sebelum ini tapi saya percaya keserasian itu akan timbul jika masing-masing ikhlas serta mahu membantu antara satu sama lain dalam mengendalikan program ini," katanya yang pernah mengacarakan rancangan Idola Kecil pada 2008.
Sementara itu, Wahid dan Fara akan mengendalikan program Melodi buat kali yang terakhir di lokasi Karnival Jom Heboh Batu Kawan, Pulau Pinang pada 27 Mac ini, manakala Zizan dan Dira akan mula mengambil alih tempat mereka pada minggu berikutnya.
Kedua-dua mereka akan ditampilkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 yang akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 3 April 2011 nanti.

sumber: http://www.murai.com.my/

Friday, February 25, 2011

Rindu bertandang lagi...

Hmmm...hatiku sudah rindu sama kamu2..
setiap hari rindu makin mencengkam..mendalam..
tika hati diulit resah, gelisah, merajuk menjeruk, aku rindu pada kamu2 lagi..
tempat untukku meluah rasa, membangkit ceria, menghilang duka...
RINDU..
mengapa kau bertandang
kerana darah yang mengalir di tubuhku
adalah sama yang mengalir ditubuhmu..
tiada yang boleh menghalang kerinduan ini
kecuali Takdir Ilahi
bilakah kita kan bersua kembali
MAK, DIKZAN n AMI..
Kaklang RINDU kamu semua...


Pelakon Aliah Lee Reda Setelah Dua Kali Alami Keguguran



Alhamdulillah..Vee kembali bertudung..
KUALA LUMPUR 23 FEB 2011: Sama seperti pasangan yang lain, pelakon dan penerbit drama jelita Aliah Lee turut mendambakan cahaya mata menerusi perkahwinan keduanya, bersama ahli perniagaan yang bernama Mohamed Zekri Ibrahim.
Telah pun melayari bahtera kehidupan lebih setahun bersama, Aliah mengakui ingin memiliki zuriat bersama Zekri meskipun kedua-dua mereka sudah pun mempunyai cahaya mata sendiri menerusi perkahwinan yang lalu.
Namun setelah dua kali mengalami keguguran sekitar tahun lalu, Aliah atau lebih mesra dengan panggilan Vee memberitahu, mereka kini lebih reda untuk menerima keadaan itu dengan hati yang lebih terbuka.
Bahkan mereka tidak lagi bercadang untuk memiliki cahaya mata memandangkan usia kedua-duanya telah pun meningkat namun dalam waktu yang sama, mereka tidak menolak seandainya ianya dikurniakan Ilahi.
"Saya dan suami memang nak anak sangat tapi sayangnya tahun lalu, saya mengalami dua kali keguguran. Mungkin tak ada rezeki lagi kot. Jadi mahu tak mahu, kami terpaksa terima keadaan itu dengan seadanya. Lagipun, usia kami pun dan meningkat. Jadi, rasanya tak sesuai kot memiliki anak pada usia yang macam ni.
"Apapun, kami bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Tuhan terhadap kami sebelum ini. Saya ada lima anak hasil perkahwinan lalu dan suami juga ada dua orang anak. Jadi biarlah tumpuan kami kini hanya pada anak-anak yang sedang membesar ini," katanya membuka bicara mengenai mahligai yang baru dibinanya itu.
Bahagia dengan apa yang dimiliki hari ini, Aliah menganggap segala yang singgah dalam diari kehidupannya yang lalu merupakan satu ujian buatnya untuk terus cekal sebagai individu di muka bumi ini.
Mengulas mengenai imej dirinya yang kembali bertudung selepas bergelar isteri, kata wanita berusia 38 tahun ini, semuanya dilakukan bersebab.
"Saya memakai semula tudung tahun lalu selepas berkahwin. Bukannya disuruh oleh suami atau sesiapa tapi dengan kerelaan saya sendiri. Saya mengaku selepas bercerai dengan bekas suami pertama, saya memberontak.
"Jadi saya tak bertudung tapi akibatnya saya yang rugi malah saya tahu impaknya. Sekarang saya dah kembali tenang. Saya juga turut berbincang dengan suami tentang perkara itu dan akhirnya dengan rela hati saya memakai semula," katanya yang baru sahaja menerbitkan drama bersiri seram, Mantera Anjasmoro yang akan ditayangkan di slot Seram TV3 mulai Mac ini.


Sumber:http://www.murai.com.my/

Thursday, February 24, 2011

Raja Azura, Shiera & Zizan Raja Lawak Hos ABPBH2010

Bahang kehangatan Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2010 kian terasa dengan pengumuman pengacara, penyampai trofi dan barisan artis yang akan buat persembahan di malam kemuncak ABPBH 2010 nanti.
Yang pasti, hos untuk ABPBH 2010 adalah terdiri daripada pelawak komedi terkenal tanahair yang pernah mengacara anugerah berprestij ini.
Tahniah kepada Raja Azura, Shiera dan Zizan Raja Lawak yang telah dilantik untuk menjadi pengacara Anugerah Bintang Popular 2010. Semoga dengan lawak spontan dari mereka akan menghiburkan hadirin dan penonton sekaligus menjadikan anugerah ini lancar dan menghiburkan.
Raja Azura
Raja Azura
Zizan Raja Lawak
Zizan Raja Lawak
Shiera
Shiera
Raja Azura dan Shera pernah menjadi pengacara ABH tahun lepas. Cuma pada tahun ini, Zizan diserap masuk untuk menjadikan ABP lebih ceria. Lagi pun, dari kajian yang dibuat oleh ABP, majlis nampak suram kalau takde hos lelaki dan kurang ‘remaja’. Jadi dengan adanya Zizan, ABP lebih gempak dan happening. Lawak Zizan kan power.

Anugerah Bintang Popular 2010 akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highland pada 3 April 2011. Anugerah tahunan ini bertemakan Moden Klasik, tema yang akan memperagakan fesyen yang moden dan klasik dengan fabrik anggun dibawa oleh Euro Moda Gulati’s dan 5 pereka muda iaitu Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Zery Zamry, Hazwani Osman dan Nik Erwan Roseli.

Pertunjukan fesyen ini diiringi persembahan nyanyian oleh juara BIBH2008, Nazatul, Naib Juara, Syazwani selain dua bakat baru, Wana dan Nashrin.

Pengumuman hos, penyampai anugerah dan barisan artis yang buat persembahan telah berlangsung pada jam 3 petang hari ini di Holiday Villa, Hotel & Suite yang turut dihadiri oleh Encik Mahfar Ali, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian merangkap penasihat 1 ABPBH2010, Hanizam Abdullah, Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABHBH2010, Zainuri Misfar, Pengarang HIburan Berita Harian merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH2010, rakan penaja, media dan artis yang bakal buat persembahan pada malam anugerah itu nanti.

Pada majlis itu juga penyerahan tajaan daripada Naza Bike dan SimplySiti sebagai rakan penaja dan penyertaan Celcom Axiata Berhad sebagai penaja utama yang akan bersama menjayakan ABPBH tahun ini turut diadakan.

Penyerahan tajaan dilakukan oleh wakil penaja kepada Encik Mahfar Ali, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian merangkap Penasihat 1 ABPBH2010.

Teguran Membina dari Eyriqazz..

Semua ni di copy paste dari Eyriqazz.com...kata beliau:


Segmen tegur menegur kembali. Seperti dijanjikan di entry Last Day Give Away RM300+ Haven Restaurant Voucher|Siapa Mahu Ditegur? dan cabutan dibuat di random.org, inilah dia yang berjaya ditegur oleh eyriqazz :


Teguran :

1) Header cantik, tapi rasanya template blog perlu ditukar. Nampak agak murang templatenya.
2) Widget Follower rasanya kurang sesuai berada di bawah header. Cadangan, alihkannya di ruang Sidebar.
3) 3 Column, ruangan main entry nampak sempit dan kurang menarik .
4) Font. Agak besar ,warna putih, membuatkan kurang selesa bila membaca. First impression is important especially buat new readers like me.eyriqazz.com

Alhamdulillah..ummi sangat nantikan komen dari blogger berpengalaman seperti beliau. tak disangka ummi bertuah mendapat teguran ini...InsyaAllah ummi akan buat correction tentang apa yang disuarakan...terima kasih Eyriqazz.

Gathering di Bangku Kosong


Gathering di Bangku Kosong

end 26 Feb,2011

Hadiah dari penaja dah sampai...




Alhamdulillah...penantian yang dah berakhir dan sangat2 berbaloi...Hadiah Contest baby raya baby bergaya dah sampai...cantik sangat baju ni...terima kasih banyak kepada penaja Maisyz Collection dan penganjur contest Ibu Batrisya..