Pages

Followers

Sunday, August 5, 2012

Iftar hari ke 16

Salam ramadhan..entry pertama sejak kita berpuasa..dah 16 hari pun hari ni... Ishhh sibuk ngalahkan org berjawatan tinggi layaknya..hahaa..
Ni lah juadah ummi iftar hari ke 16..

Seperti biasa, iftar ummi di rumah mertua.. Aktiviti setiap kali ramadhan setiap tahun.. Kat rumah ummi bersahur je.. Tu pun kdg2 je masak, kdg2 beli lauk @ tapau dr rumah mak mertua ummi.. Kalau masak pun yg simple2 je goreng telur, ikan bilis, masak sayur je.. Hehhhe

Hmm..sekarang ummi sdg menunggu waktu berbuka.. Hari ni mak mertua masak : ayam msk lemak cili api, sayur dan kuih cara manis.. Yg lain pak mertua beli.. :-)



Monday, June 25, 2012

Ku rindu bau nya

Kenapa lah sejak akhir2 ni semakin menjadi2 kerinduan pada bau baby new born ek.. Adakah kerana ummi asyik terlihat kawan2 yg baru bersalin post2 gmbr anak2 dorang di wall?? Mungkin jg salah 1 sebabnya..

Keinginan utk pregnant lg semakin membuak2.. Semoga Allah memberi lagi rezqi anak kepada Ummi.. Doakan Ummi ye..

Gerammm sgt tengok gmbr2 baby nih.. Ni anak ummi yg kedua..yg kini dah pun berusia 2 tahun 5 bulan..dah layakkan jadi abang?? :-)




Tuesday, June 19, 2012

Achaner Tu Johan!! [Episod 1 & 2]


Episod 1


Episod 2

Sunday, June 17, 2012

BERIADAH

Salam semua.. Hari ni hari penat sedunia.. Semalam bergumbira.. Hari ni di mulakan dgn memutar kain menggunakan mesin basuh automatik Samsung.. Siap 2 kali putar..siap sidai dgn jayanya.. Then, ummi relax without doing nothing( Oh My English!!!).. Ngadap pesebuk sajork!! Wakaka.. Then, ummi santap lebihan laksa semalam..mmm yummy!!. 

Tetibe, tingin nak memvacum master bedroom.. Dgn tangkas terus bergegas vacum.. Tetibe lg rasa nak ubah kedudukan almari dan katil.. Dengan kuasa badang mkn muntah hantu, ummi menolak dan menarik almari yg sgt berat seberat lori pikap rsnya..waahaaha..

Bila incik hubby balik, beliau segera dtg menolong tanpa berkata apa2.. Mesti beliau terpikir..wahhh kuat sungguh isteriku yg comel ini. Wakakaa.. Apekahh???

Setelah selesai urusan itu, incik hubbu mengajak ummi dan anak2 makan.. Makan di kedai tau, hari ni dapur mmg cuti.. Yahuuu!! Erkk..Alhamdulillah..

Lepas makan, bwk anak2 trim rambut.. Then, balik rmh sekejap solat asar, tukar baju dan keluar lagi.. Pi taman tasik Cyberjaya.. Layan anak2 main dan mengusha ikan2 dalam tasik makan roti Gardenia<–---bukan kitorang bg tapi org lain..kitorang tumpang tengok jer..

Sampai rumah sharp pukul 8 mlm.. Solat maghrib then terus bergegas ke dapur masak utk dinner.. Ayam msk kicap je..

Lpas makan terus bersantai depan tv sambil berpesebuk again n again.. Hmmm anak2 sudah selamat tidor seawal pukul 10 mlm.. Sblm2 ni selagi tak pukul 12 mlm dorang xkan tido.. Skrg, masa utk ummi melabuhkan badan ke katil dgn posisi katil yg baru.. Alhamdulillah.. :-)

LEPAK SANTAI IBU| Makan Laksa


Alhamdulillah selesai sudah LEPAK SANTAI IBU| Makan Laksa.. 
Nampaknya kawan2 puas hati makan laksa buatan Ummi.. Hehe

Seronok jumpa kawan2.. 
Maklumlah Ummi surirumah kannn.. 
Mana ada kawan2 nak menyembang bersua muka hari2.. 
Jadi dengan wujudnya Lepak Santai Ibu ni dapat la ummi 
bersembang2 ngn kawan2 (walaupun hanya di alam maya@ facebook).. 
Dan sekali sekala kami bersua muka dan bergebang2.. 
Wahh bahagia sungguh.. Thanks Za, kak Azma dan Cath..
sbb sudi datang memeriah dan menceriakan rumah iza.. (thanks jgk sbb Za: tlg potong2.. kak Azma: tlg basuh pinggan.. Cath: tlg beli gula n kemas2..) Hehe

Anak2 dengan dunia diorang,anak Ummi 2 org, anak Za 2 org, anak Cath 2 org 
dan kak Azma 4 org.. Haaaaa.. Ambik ko..
bila dah 10 org berkumpul..mmg gamat rumah Ummi semalam.. 
Tapi masa ibuk2 n bapak2 makan anak2 boleh dok dendiam dalam bilik sbb dapat main game kat pc.. Masing2 sangat behave, xde plak isu gaduh2.. 
Alhamdulillah..

Jom nenok gambar2 kami2 ini..

ibuk2


bapak2..makan durian, laksa sambil nyembang...xtau tajuk ape..hehe


Ummi.. sedang panaskan kuah laksa...si Cath..kemain menenggek ye..haha



kak Azma melayan anaknya Ammir


sempat berskype dgn sorang kawan LSI yg merantau ke Bangkok..kak Lin

ALHAMDULILLAH..sangat meriah walaupun tak ramai yang datang... 

Saturday, June 16, 2012

Jam 1.30 pg

Dah pukul 1.30pg.. Ummi bgn semula panaskan kuah laksa.. Ummi buat utk kekawan yg nak dtg esok.. Harap dorang puas hati lah kan..
     Actually, sesambil tunggu adik ummi balik keje.. Kalau ikutkan mata ni mmg dah ngantuks sgt dah..tp kang kalau dah tertido, tak terbangun pulak kalau adik ummi balik.. Tido lah dia dalam kete tu sampai subuh nanti..
     Hmm.. Ape lagi nak citer ni.. Owhh.. Kite letak gmbr kuah laksa dlm periuk yg agak besar tu ye..hehhehe


Thursday, June 14, 2012

SELAMAT HARI BAPA CONTEST!!



Jom!!! Sape nak join sila klik saja kat link yg ummi letak tu ye...
Hadiah yang menarik bakal menanti anda!!!!

Tuesday, June 12, 2012

Thanks NESTLE!!

Hmm.. Semalam..tetibe jer ummi terima bungkusan dr poslaju.. Ingatkan incik hubby beli barang..rupanya ummi punya la.. Pelik gak kebelakangan ni xde plak beli barang online sbb dah xde mood..upsss.. Xde duit..huhu..

Bila buka baca surat lampiran baru tau rupanya ummi salah sorang dr 500 penyertaan terawal Mom & Me Contest.. Alhamdulillah..dapat susu sekotak.. Dah bancuh pun semalam..sedapp (maybe sbb free kan..) ummi ni bukan penggemar susu..ape2 susu kecuali susu pekat  bancuh teh tarik @ coffee.. :-)


Thursday, May 31, 2012

Terima Kasih Nuff!!!!!!


Alhamdulillah..masih diingati oleh Nuffnang.. Rezeki berblogging walaupon hangat2 taik ayam.. 
Terharu sangat.. cash out???? oh masih jauh destinasi itu.. 

TERIMA KASIH MY NUFF!!!!! 

Tuesday, May 29, 2012

18SX: Alamak..

Mereka tidak minta dilahirkan begini, namun takdir menentukan ketiga-tiga beradik lelaki dari Dominica ini dikesan mempunyai ketidakstabilan hormon dalam tubuh badan mereka atau lebih dikenali dengan Gynecomastia.
Kesannya, kesemua mereka mempunyai payudara seperti seorang wanita.
Dek kerana fizikal mereka yang dikatakan aneh dan ganjil dari lelaki-lelaki lain, mereka sering dipukul, diganggu dan diejek oleh masyarakat sekeliling.
Namun, kini semuanya berubah apabila ‘payudara’ mereka telah pun dibuang melalui proses pembedahan di salah sebuah hospital di sana.
Gynecomastia atau Gynaecomastia adalah perkembangan tidak normal di mana kelenjar susu di bahagian payudara kaum lelaki membesar dan menyebabkan mereka mempunyai bentuk fizikal seperti wanita.
Keganjilan mempunyai payudara atau mempunyai hormon ini adalah mungkin disebabkan oleh keturunan atau pun memiliki hormon wanita yang diwarisi dari si ibu.
Golongan lelaki yang terdedah untuk mempunyai hormon tidak stabil ini adalah remaja dan golongan tua apabila mereka mengalami gangguan metabolisma.
Bagaimanapun, nisbah untuk mengalami ketidakstabilan hormon ini bukanlah disebabkan proses kegemukan atau obesiti bagi sesetengah individu.
Tetapi, pakar-pakar kajian masih lagi melakukan kajian mengenai proses hormon yang ganjil ini.
Pakar-pakar telah pun mengeluarkan kajian mereka dan mengatakan punca gynecomastia masih lagi tidak dapat disahihkan kepada satu-satu sebab walaupun ia disebabkan oleh kadar hormon sex hormone-binding globulin (SHBG) yang tinggi dalam tubuh badan kaum lelaki.
Oleh NAIMAH SHAARI
sumber :MYNEWSHUB

Saturday, May 26, 2012

Lisa Surihani Sudah Berisi

Panas!! Panas!!... 

Eh ape yg panas..??
Owh..berita pasal Lisa Surihani niii.. betol ke dah berisi ?????

Jeng..jeng..jeng...jom terjah 


Lisa Surihani Sudah Berisi

KANAK-KANAK 6 TAHUN INI MAKAN 14 KG BERAS SEMINGGU


Anak 6 Tahun Ini Makan 14kg Nasi Perminggu!
Di usianya yang ke enam, kanak-kanak perempuan ini beratnya mencapai 91.2 kilo.
Namanya Suman Khatun, gadis cilik yang digelar kanak-kanak tergemuk di dunia. 
Kanak-kanak asal India ini dijangka akan meninggal kerana serangan jantung kerana kebiasaan makan dan berat tubuhnya yang sudah jauh melebihi had oleh, 
kata doktor yang merawat SumanSubodh Bandyopadhyay,Untuk sarapan, 
kanak-kanak ini menghabiskan 20 keping biskut dan12 buah pisang.
 Tak hanya sekali, tapi dua setengah jam kemudian dia sarapan lagi dengan menu 2 pinggan nasi dan biji telur. Jika ditotal, dalam satu hari Suman makan 6 pinggan besar nasi, 50 keping biskut, 32 buah pisang, 7 butir telur, mangkuk kari ikan dan kentang.Ayah 
Suman, Jalal,  seorang petani hanya berpendapatan satu minggu kira-kira Rp. 150.000. Hampir seluruh pendapatannya digunakan untuk memberi makan Suman.Keadaan 
Suman berbeza dengan adik-beradiknya yang selalu kelaparan.Dalam satu minggu, Suman menghabiskan 14 kilo beras hanya untuk makannya sendiri. Ibunya, Beli Bibi, sudah kehabisan idea dalam menyiasat nafsu makan Suman yang selalu rasa lapar setiap saat. Jika bahagian makannya dikurangkan, Suman akan marah sambil menangis berguling-guling di lantai, dan akan memakan lumpur.

Artikel : detikfood.com







Sumber Gambar : www.onlineweblibrary.com

weyyyy.. Ummi n family makan 5kg beras sebulan..huhuhuhu

Monday, May 14, 2012

Makin ku ikut makin mengarut!!



Hmm.. Sape peminat Novel Bicara Hati??
mesti ramai kan peminat2 dan kaki2 novel yg penah baca
cerita yang pada pandangan Ummi agak indah dan tersusun bila kita membacanya..

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....................

Kenapa lahhhh bila di dramakan ia menjadi sebegitu rupa..
sangat mengarut dan dah macam tarik tali plak citer ni.. bende yang diulang2
yg sepatutnya dah boleh tamat citernyer...tau la dorang nak genapkan
beberapa episod yang ditetapkan tapi boleh ape buat scene2/plot2
yang orang tak jemu untuk ditonton..

hmmmm... ape pun ni pandangan peribadi Ummi jer ye..
sape yang tak suke jgn la marah tau.. tp for sure pada penggemar
Novel Bicara Hati mesti kecewa dengan hasil perjalanan drama ni kot kann..



Saturday, May 12, 2012

Selamat PEngantin Baru |entry peram

Selamat Pengantin baru buat adik Ummi (xbrape baru dah kot sebulan lebih dah..haha)

Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat..cpt2 dapat baby ye.. Dah rindu bau baby nih..


Monday, May 7, 2012

TRUDY & TEDDY


entry khas untuk Trudy & Teddy sempena BE yg sedang bermain2 di blog Ummi ...cuma Ummi xpasti blog yg mana 1...boleh gitu???
takpe nnt kite investigate ye.hehe

Tuesday, March 6, 2012

Mengidam Lagi | SE Xperia Arc S


Hari tu g jenjalan ngn incik hubby kat Mines.. adoiiii tertengok plak gadget nih.. terus jatuh CINTA PANDANG PERTAMA.. 
kawan2 ade tak yang pakai henpon ni?? boleh bg review ckit tak? 

Monday, March 5, 2012

Apa Celop!!!


Korang2 ade nengok tak drama nih?
Episod pertama mmg Ummi tinggal terus tak rasa nak tengok.. but bile sembang2 ngn 
adik ipar Ummi, katanya boleh layan la, kelakar ceritanya.. so episod 2 Ummi pun 
tunggu la Apa Celop!! nih..
Betol la..menarikkkk...
sesiapa yang belum tonton boleh la layan di TV3
ditayangkan pada setiap hari isnin pukul 9.00 malam
episod yg ketinggalan tengok la kat Tonton.com.my

Jom baca sinopsis nya:

Mengisahkan tentang Aman (Kamal Adli) dan Sawi (Taiyuddin Bakar) bercadang untuk berlumba kali terakhir supaya memenangi duit dengan harapan mengadakan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama kekasih mereka, Julia (Amanda Misbun) dan Munirah (Ika Nabella). Namun, niat baik mereka sering terhalang dek pelbagai masalah yang timbul selepas itu. 
Aman telah berlumba dengan Mako (Azad Jasmin), seorang Raja Rempit yang juga ketua samseng dimana seorang gadis kampung, Marsha (Wan Sharmila) dijadikan habuan kepada pemenang. Bagi menyelamatkan Marsha daripada menjadi habuan, Aman bertekad untuk menang perlumbaan tersebut. Kemenangan Aman telah mencalar maruah Mako yang tidak pernah kalah.
Aman dan Sawi terpaksa berbohong kepada Julia dan Munirah bagi menyembunyikan Marsha. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Marsha telah hilang ingatan selepas kemalangan jalanraya yang turut melibatkan Aman. Mako juga berang dengan Aman kerana gagal menyerahkan kembali Marsha dan mengugut akan mengambil Julia sebagai pengganti. 
Kebaikan Marsha telah menyebabkan Aman menganggapnya sebagai adik angkat. Sebenarnya, Marsha sangat berdendam dengan Aman yang menjadi punca kematian tunangnya di dalam satu perlumbaan haram yang lepas dan telah berpakat dengan Mako untuk memusnahkan hidup Aman. Pada waktu yang sama, Mako mempunyai perasaan terhadap adik perempuan Aman, Sofia (Shenthy Feliziana).
Hubungan Aman dan Julia serta Sawi dan Munirah dilanda konflik selepas mengetahui kehadiran Marsha. Julia mula rapat dengan seorang ahli perniagaan, Zahid (Zed Zaidi) untuk menyakitkan hati Aman. Zahid yang dibebani hutang sanggup menjual Julia. Bagi menyelamatkan Julia, akhirnya Aman bersetuju untuk berlumba dengan Mako. Satu perlumbaan yang akan menentukan nasib Aman dan Julia terletak dalam genggaman tangan Mako. Apakah yang akan berlaku seterusnya? 
Ni antara pelakon2 drama tersebut
Nampak menarik ceritanya kan.. drama Apa Celop ni  merupakan kesinambungan/adaptasi dari filem Hantu Bonceng..ade ubah ckit2 jalan ceritanya..

dan yang paling menarik lokasi penggambarannya ada di sekitar kawasan perumahan Ummi tinggal ni je.. hehehe

Entry Tertangguh | Hepi Befday AMs


Majlis Hari Lahir anak2 Ummi Amna & Amzar
Pada : 15 January, 2012
(Amna Bday: 7/12 , Amzar Bday : 13/1)
Tempat : Baiti Jannati

Bacaan Doa Selamat 


Upacara potong kek

Kek Amna paling mendapat perhatian sbb mermaid cekci..hehe

Kek Amzar Angry Bird








antara tetamu dengan hidangan jamuan... Laksa utara, mihun goreng kuih muih dan buah2an.. 

Thursday, March 1, 2012

ANAK MAWI + EKIN


Subhanallah.. tu je yang terkeluar dari mulut Ummi... cute sangattttt kannn???
CAHAYA MALAIKA BINTI ASMAWI

Wednesday, February 29, 2012

Penampilan Baru Ummi

Actually dah lebih 2 bulan Ummi berpenampilan baru cuma tak terbuat entry baru je...
 tak mo pnjang lebaq cheghita lah.. bagi la gambaq bercheghita kat hangpa ye.. 
cuma doakan Ummi istiqamah dengan penampilan sekarang.. 
Doa untuk diri sendiri ingin menjadi Muslimah Sejati dan Ikhlas.. 
AMINNNN


xde la berjubah berpurdah..sekadar melabuhkan yang dulu singkat dan 
menampakkan yang tidak patut ditunjuk..