Pages

Followers

Tuesday, February 15, 2011

Contest Holiday Ummi 2011

*sticky post until 15 Feb, 2011*

sape nak join jom pegi blog CONTEST ye!!!
atau klik banner bawah:

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan rasa sukacita Ummi melancarkan Contest pertama Ummi iaitu
Contest Holiday Ummi 2011 sempena percutian Ummi dan family ke sebuah tempat percutian yang menarik di dalam Semenanjung Malaysia.

Syarat-syarat contest:

* 1. wajib jadi follower blog INI dan Citra Cinta Ummi & Ayah ..yang dah jadi follower proceed to syarat ke 2.

*2. Letak banner simple ummi atas tu kat entry dan sidebar dan link balik ke entry ni.


*3. Buat satu entry tentang contest dengan tajuk "Contest Holiday Ummi 2011"

*4. dalam entry tu, sila:
* teka tempat percutian Ummi nanti (cuti Chinese New Year 3 Feb-5 Feb)
* letakkan gambar percutian anda yang paling menarik, tak kira la kat mana2 dalam @ luar Malaysia.

*5. dah siap, submit link entry kat ruangan komen entry Contest ini sahaja...

boleh tag kawan2 seramai yang mungkin..
Tarikh Tutup penyertaan :

15 Feb, 2011 (11.59 tgh malam)

Hadiah yang menanti anda:

1. Misteri
(akan di beritahu setelah balik dari holiday)
2. Misteri
( untuk 3 orang pemenang-akan di beritahu lepas balik holiday jgk!!)

Cantik la nombor2 ni...

Tengok! tengok!..cantik kan nombor kat atas tu...ade kesinambungan...follower di 2-2 blog Ummi...cewahhhh...ini sekadar untuk di abadikan dalam blog bukan untuk niat lain..

Peninggalan Rasulullah


jubah Baginda Rasulullah SAW


The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek.
Yaa Allah … betapa sederhananya baju seorang pemimpin dunia yang suci nan agung ..!!)
Beberapa helai rambut Rasulullah SAW


The Blessed Seal of Rasulullah SAW (Cap surat Nabi SAW)


Mangkuk tempat minum Rasulullah SAW


Tapak Kaki Rasulullah SAW


Sandal atau selipar (terompah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta …


Serban-serban yang pernah dimiliki Rasulullah SAW


Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya yang digunakan untuk menegakkan ajaran tauhid, ketika orang-orang kafir memerangi Nabi dan dakwahnya sehingga harus mengangkat pedang.


Busur Panah Nabi SAW


Surat Nabi SAW kepada Raja Najjashi, Raja Habsyah


Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan
Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7



Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius


Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW


PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW


“Semua yang ditunjukan telah disimpan dalam Muzium dan kita tidak boleh memilikinya. Tetapi selain diatas ada lagi benda yang Rasulullah saw tinggalkan dan ianya amat penting untuk kita gunakan setiap hari, iaitu Al-Quran dan Sunnahnya. Semoga Allah pertemukan kita dengan Rasulullah kelak


sumber: TAWAU

Salam Maulidurrasul


13 wasiat Rasulullah kepada Ali

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan
umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan
bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.

Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu
menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin
dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang
beriman.

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,
Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai
kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain
separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau
¡memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya
itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya
tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku,
sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan
Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka
dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan
muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu
berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang
berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di
pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali
dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah
tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah
mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan
sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu
menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat
kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak
dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau
dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah
diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri
engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri
saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri
saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau
dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli
rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan,
nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
InsyaAllah

Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

Monday, February 14, 2011

Black Melon Seeds


Apesal la tetibe ummi nak citer pasal Kuaci Hitam ni. Nak tau pekisah nye??
Ini lah kudapan Ummi dan family sebelah hubby di kala kami ada masa terluang. sambil2 sembang2 @ beramai2 di rumah MIL, ni lah kudapannya. Kadang2 kami mengalami keputusan bekalan Kuaci. Jadi agak tak keruan masa tu..hehe acah aje..tapi sekali dapat bekalan mcm tak ingat dunia, keje pun boleh tertangguh kalau asyik dok mengopek dan mencicip kuaci ni..hahaha

Tak tau kenape kitorang boleh jadi peminat fanatik pada kuaci ni...rasanya sejak Ummi mengandungkan Amna, lebih kurang 5 tahun yang lalu. terbawak2 hingga sekarang. Hmm.. setakat ni kesannya pada SIL n MIL ialah batuk2 lepas makan kuaci. Ummi pulak just pedih2 lidah n bibir..tak kisah janji kitorang dapat makan kuaci..kitorang bertiga ni lah rasanya yang fanatik sangat dengan Black Melon Seed nih..Pantang je pegi Giant kat Mines, mesti cari kuaci...Ade ke sape2 antara kawan2 yang suka makan kuaci ni ye??!!

Sunday, February 13, 2011

Merahnyer makngah...Ally dan tunangnyerrr

gambar pertunangan ally iskandar aishah zainal

Gambar pertunangan Ally Iskandar semasa majlis pertunangannya dengan Naib Juara GAdis Melayu Musim Pertama. Meriah, merah gituuu... dah sah!! Aishah buka tudung balik..huhu sangat sedih! Apepun
Semoga Bahagia untuk Ally dan Aishah...

Saturday, February 12, 2011

ALLY ISKANDAR tunang AISHAH ZAINAL

ally iskandar bertunang




Ally ISkandar dah sah menjadi tunangan kepada Naib Juara Gadis Melayu 1 Aishah Zainal. Sape yang ikut GM 1 dulu mesti kenal dia kan? ala...yang pandai cakap Mandarin tu..dan lagi 1 yang nangis2 sebab tak pakai tudung masa sessi dengan Dato' UStazah Norbahyah Mahmud tuuuu...

Ummi regret sikit la pasal Aishah ni sebab hari tu masa Aida Juara GM 1 kawin ngn pembaca berita Saifol Nizam tu Ummi nampak dia dah tak bertudung..tak tau lah kenapa..adakah masa tu jer dia tak bertudung? hari tu dah cantik dia bertudung litup kan..tak pe lah harap2 lepas bertunang ni dia kembali bertudung seperti biasa...comel dan cantik la kalau Aishah bertudung tau!!!!
Apepun, TAHNIAH pada mereka berdua...Dua2 ummi minat...sangat sepadan..semoga selamat ke jinjang pelamin dan bahagia selamanya...amin



aishah zainal tunang ally iskandar

Resepi Lepat Liat

Ehsan incik google

Sebungkus tepung pulut
Sekilo santan
gula merah secukup rasa
kelapa parut untuk inti gaulkan sedikit garam
daun pisang untuk membalut

cara membuatnya:

*masakkan santan hingga mendidih, jangan berhenti mengacaunya ye
*bancuh air gula merah dengan air panas mendidih supaya terasing pasir/batu dalam gula tersebut, kemudian tapiskan
*bancuh kesemua santan, air gula merah dan tepung sedikit demi sedikit hingga sebati
*bila sebati tepekkan adunan ke daun pisang kemudian letakkan sesudu kelapa parut tadi, tutupkan semula dan balutkan daun pisang tersebut.
* kukus 15-20 minit.

Tadaaaaa..ini dia

Kalau nak tau jawapan bagi haritu ...


ini lah dia...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Rock Candy..Gula2 batu...boleh makan cenggitu @ bancuh ngn Teh O. Rasanya macam gula biasa jer..tapi tak manis sangat la..ade safron lagi tau..Mesti agak mahal rasanya ni..kan safron tu mahal.



Friday, February 11, 2011

Our Michelin



Comel kan katun tayar Michelin ni..Ummi sangat suke tgk gambar nyer yang sangat cute...family ummi kat sini pun ade baby michelin gak..comel sangat..hehe jom kite tengok pics dia

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v





ni paling sebijik macam michelin..hahaha
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

hai !! nama saye Muhammad Affan Yusuf...
anak buah ummi ni

KEREPEK NGAKU


hmmm..menjadi jugak kerepek NGAKU sambal ikan bilis Ummi. sedap hingga menjilat jari. Bukan Ummi saje yang NGAKU itu, semua rakyat family sebelah hubby NGAKU kesedapan kerepek NGAKU tersebut..uiiiiihhh banyaknyer perkataan NGAKU. Bukan ape memang meNGAKUi kesedapan kerepek itu. ada yang request lagi dan tak lupa yang suruh buat biz.. Ummi akan fikirkan nanti.Idea yang baik.

NGAKU je laaa...

Tajuk tu macam suruh orang ngaku salah je kan..sebenarnye ni haaa..
nama dia NGAKU

ehsan incik google

semalam pegi Mines ngn hubby n MIL. tujuan sebenar nak gi ambik cermin mata MIL yang dah siap. tempahan sebelum raya cina hari tu. Then, kebetulan minyak masak kat rumah dah habis, terus je menyusup ke Giant. masuk2 je terus ternampak Buah Ngaku aka Arrow Head. Sebelum tu ade baca kat blog Juelee aka Masyimalo's Heart tentang buah ni..katanya sedap.

bila dah ternampak apa lagi...terus zuppp ambik plastik dan bawak timbang. Lupa sekejap pasal minyak masak. Lepas tu ambik epal 3 biji(sedap epal ni dah biasa beli), kuaci then baru p ambik minyak masak.

balik2 jer terus ummi kupas dan hiris nipis2 pakai penyagat. goreng dan rasa..memang sedap. manis2 lemak, ummi lumur garam sikit..anak2 pun suka dan paling best hubby pun makan. masih ada lagi dalam peti ais. hari ni ummi nak buat semua dan nak bagi MIL rasa. hoyeahhhh!!!!

Pernikahan Diraja- Prince William dan Kate Middleton


Putera William dan Kate Middleton bakal menamatkan zaman bujang dan dara (masihkah??? heee) pada 29 April, 2011 nanti di Westminster Abbey. Cerita lanjut baca sendiri lah kat bawah ni..hehe:

April 29 falls on a Friday and the Government has designated it as a bank holiday. David Cameron welcomed the announcement of the wedding date, which he said would be a "happy and momentous occasion".

The Prime Minister added: "We want to mark the day as one of national celebration - a public holiday will ensure the most people possible will have a chance to celebrate on the day."

The timing of the wedding will mean there will be two four-day public holidays, two weekends in succession. The Monday after the wedding, May 2, is already a designated bank holiday; and the previous weekend is Easter, which also has two bank holidays on the Friday and Monday.

The couple, who revealed their engagement to the world last week, were described as "over the moon" about their forthcoming wedding.

Jamie Lowther-Pinkerton, the prince's private secretary, said: "They’re on cloud nine like any other newly engaged couple and they’re now getting stuck into organising their wedding.


Semoga dorang berdua bahagia lah nanti hendaknya. yang pasti Kate Middleton tu tak cantik la macam Princess Diana.(statement tak hengat dari Ummi,kene saman baru tau!!..ikhlas dari hati ni..huhu)

Thursday, February 10, 2011

Za'faran @ Saffron Tulen

Saffron @ Za’faran ialah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat dan terkenal kegunaannya dalam bidang perubatan. Ia juga digunakan sebagai bahan campuran semulajadi dalam pelbagai jenis makanan dan minuman serta di bidang kosmetik.
Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
"sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'Asal (madu) diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir"
Za’faran atau Safron adalah sejenis tumbuhan berbunga yang mana stigma bunga ini diambil dan dikeringkan.
Khasiat Za’faran & Saffron
Dalam kitab-kitab perubatan Islam, terlalu banyak memperkatakan tentang khasiat Za’faran begitu juga dari peubatan moden Barat. Ia kaya dengan vitamin B1 & B2 (Riboflavin & Tiamin).
Dapat membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah & kolestrol, mengurangkan risiko serangan sakit jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bias-bisa sendi, penenang & juga peransang tenaga batin.
Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperrti asma dan demam biasa.
Za'faran kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin dan tiamin).
Di antara khasiat za'faran adalah:
Bunga Zafaran Sebelum Proses

bunga saffron sebelum diproses

Membantu menyempurnakan proses penghadaman
Menguatkan ingatan
Merawat anemia
Mengawal tekanan darah dan kolestrol
Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
Melancarkan pengaliran darah
Merawat penyakit saraf
Mengurangkan keletihan
Mengurangkan sembelit, bisa-bisa sendi
Penenang diri
Perangsang tenaga batin & banyak lagi (di buat kajian oleh saintis barat)
Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa.

SUMBER: MAHADIZAN

Tau tak ape bende nih?



semalam hubby balik keje bawak balik bende nih..1 kotak..ummi pun pelik tengok..sebab 1st time kan. ni hadiah dari customer hubby yang datang dari Iran. ade gak dia bagi pistachio 1 beg besar...dah seminggu makan tak habis2...kesukaan anak beranak la tuuu...kat sini harganya mahal kan pistachio tu aka kacang 'cerdik'..nama kacang cerdik ni panggilan di kampung. sape yang tinggal belah utara tau kot kacang cerdik kan? hmmm..so sesape yang tau ape bende dalam gambar di atas sila buat tekaan ye...hmmm ade hadiah ke?

MODEL BARU EX5



Hmmm..sape yang minat motosikal..jom tengok model terbaru di pasaran...
ye ke baru??
ke Ummi yang tertinggal ketapi..hehehe..bila tengok jer ummi terus tertarik..
harganya RM380 kot..ditag kat Facebook tadi..
then terus rasa nak buat entry.




nampak real betol kan.....

Kemenangan "pabila photo mula.... ber...cerita"

Alhamdulillah..menang contest ini plak di blog Qaseh..nak share ngn kengkawan gambar dan dialog yang ummi buat..heheheheh

end 31 Jan,2011


Ummi: amboiii..besar nyer lubang idong abangg..
ishh..ishh
Hubby: jgn cakap sebarangannn...abang ni
berdaulat tau!!
kang jatuh buah kelapa tu..naya jerrr..abg cari lainn..
nak?
Ummi : hehe..jangan la..lobang idongmu tetap menjadi
pojaan hatiku!!

Wednesday, February 9, 2011

CINTA

Untuk tatapan diri sendiri, keluarga dan kawan2 semua....

CINTA monyet adalah asam garam yang pernah dilalui pada zaman remaja. Apabila sudah bercinta maka bermulalah episod saling merindui dan tanda seseorang itu sudah 'diserang' penyakit angau.

Untuk mendapat cinta, manusia berusaha apa saja cara tidak kira di mana dan masa asalkan sasaran cinta tercapai. Dalam mencari cinta sejati manusia, bukan hanya remaja, kadang-kadang tersasar dalam erti sebenar cinta.

Kita hanya bergelut mencari cinta manusia yang tidak bertahan lama dan hanya kadangkala bersifat lipstik. Lupa kepada cinta agung yang menjadi sumber segala cinta.

Cinta Allah adalah cinta hakiki. Kemuncak segala motivasi, samudera segala bekalan dan kesudahan segala keindahan.

Cinta yang membawa kepada segala kebaikan dan berkesudahan menikmati dua syurga iaitu syurga dunia dan akhirat.


Jika Allah adalah cinta segala cinta, dunia akan bertenggek di menaranya. Yang patut diusaha dengan sekuat tenaga, bagaimana hendak dapat cinta Allah.



Sebagai panduan, di sini dijelaskan beberapa faktor dan resipi bagaimana hendak mendapatkan cinta agung Allah.

1. Dengan membaca al-Quran serta merenung dan memahaminya. Berinteraksi dengan al-Quran sama seperti berinteraksi dengan Allah. Sebab kitab ini adalah penghubung di antara makhluk dengan pencipta-Nya.

Dalam hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarnya."

Kemudian dalam keterangan lain Rasulullah menjelaskan: "Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat (pertolongan) kepada siapa sahaja yang membacanya pada hari akhirat kelak."

Di rumah sahabat dulu, biasanya tergantung al-Quran dan pedang. Kenapa dua-dua ini digantung? Sebabnya pedang digunakan untuk pertahanan dan membuka negeri manakala al-Quran untuk membuka hati.

Sekiranya kita boleh baca akhbar dan majalah, malah menghabiskan duit untuk mengumpul gambar penyanyi takkanlah tidak ada masa sebentar untuk baca al-Quran.

Hati yang tidak dihuni dengan al-Quran akan dipenuhi kemunafikan, khayalan gangguan dan kemurungan. Maka isilah hati kita dengan ayat al-Quran.

Kisah seorang sahabat bernama Ubay yang pernah namanya disebut Allah kerana suka membaca al-Quran. Apabila Nabi beritahunya, Ubay terus menangis.

Nabi uji Ubay dengan soalan, apakah ayat al-Quran yang paling agung. Beliau menjawab: "Ayat kursi." Banyakkanlah membaca ayat ini.

Selain itu, jika hendak dapat cinta Allah seseorang itu perlu solat malam (Qiyamullail). Kita memang biasa bangun malam atau berjaga malam.

Tapi bukan untuk solat, tetapi untuk tengok bola, menonton filem, berborak serta melepak. Qiyamullail tidak semestinya bangun pada jam tiga atau empat pagi.

Cukup sekadar sembahyang dua rakaat sebelum masuk waktu Subuh sudah memadai. Ketika menonton siaran bola sepak pula, ketika perlawanan berhenti pada waktu rehat kita ambil wuduk dan bersolat sunat dua rakaat.

Antara cara yang boleh dilakukan ketika Qiyamullail ialah:
1. Berniat untuk bangun solat malam dan berdoa.
2. Jangan melakukan dosa pada siang hari sebab dosa pada waktu siang hari akan ikat rohani kita daripada bangun malam.
3. Tidurlah awal sedikit. Jika tidur jam satu atau dua pagi kemudian hendak bangun Qiyamullail memang tidak jadi.
4. Tidur sekejap waktu tengah hari.

Justeru, hendak dapat cinta Allah ialah dengan merenung ayat Allah. Merenung ayat Allah maknanya merenung kejadian yang Allah ciptakan seperti kejadian langit yang tiada bertiang tetapi boleh tertegak dengan kukuhnya.

Allah sembunyikan malam dan datangkan cerah dan siang. Bagaimana Allah jadikan kita? Besarkan kita? Kemudian usia kita menginjak remaja, akhirnya menjadi tua.

Kemudian bagaimana Allah jadikan tumbuhan nampak sama, tetapi tidak serupa? Buah rambutan nampak serupa, tetapi tidak sama.

Semua ini akan mendekatkan kita kepada Allah. Kita perlu merasa betapa lemah dan kerdilnya diri kita terhadap keagungan Allah.

Maka jika kita cinta kepada Allah maka Allah pasti akan membalas semula cinta kita.

Bahana Telan Bungkusan Dadah





KUALA LUMPUR: Tindakan seorang wanita warga Afrika berbogel dan berjoget di tepi jalan raya di Cheras di sini, kelmarin dipercayai bukan disebabkan gangguan mental secara semula jadi, sebaliknya ia kesan sampingan selepas satu daripada puluhan bungkusan kecil dadah ditelannya, pecah dalam perut.

Sumber polis berkata, perkara itu terbongkar selepas hospital membuat imbasan X-ray pada bahagian perut wanita terbabit yang kelihatan agak buncit.

Berikutan itu, polis percaya wanita terbabit ‘keldai dadah’ digunakan sindiket penyeludupan dadah ke negara ini dan dia menelan puluhan bungkusan sebesar ibu jari mengandungi dadah jenis heroin bertujuan menyoroknya daripada dikesan pihak berkuasa.

“Besar kemungkinan satu daripada bungkusan dadah berkenaan terpecah atau bocor di dalam perut wanita itu menyebabkan dia menjadi tidak siuman dan hilang kawalan diri,” katanya.

Menurutnya, sehingga semalam, wanita terbabit yang dirujuk ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) bagaimanapun masih dalam keadaan tidak siuman dan gagal memberi kerjasama ketika keterangannya hendak diambil.

“Setakat ini, hospital memberikan ubat khas bagi membolehkan suspek mengeluarkan bungkusan dadah itu daripada perutnya. Proses mengeluarkan dadah berkenaan masih dilakukan sehingga petang ini (semalam) dan jumlah sebenar dadah dalam perut wanita terbabit juga tidak diketahui,” katanya.

Difahamkan, sehingga petang semalam, lebih 10 bungkusan plastik kecil dadah dikeluarkan dan bakal dihantar ke Jabatan Kimia bagi menentukan jenis dadah berkenaan dan beratnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang yang dihubungi mengesahkan penemuan dadah berkenaan, namun enggan mengulas lanjut berikutan belum mendapat laporan penuh berhubung identiti wanita terbabit.

Menurutnya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada wanita Afrika berkenaan, namun polis meminta bantuan Jabatan Imigresen bagi mengenal pasti identitinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, wanita berusia 20-an itu mencetuskan kegemparan apabila muncul dalam keadaan telanjang bulat sebelum berjoget dan menjerit-jerit di bahu jalan berhampiran persimpangan Taman Cheras menuju Jalan Lingkaran Tengah II, di sini.

Selepas kira-kira 15 minit dipujuk anggota polis dan orang awam, baru dia bersetuju memakai pakaiannya semula sebelum dibawa menaiki kereta peronda polis untuk dihantar ke PPHUKM bagi pemeriksaan kesihatan.


SUMBER: MYMETRO

Monday, February 7, 2011

Rezqi balik dari bercuti..alhamdulillah


hmm..xde entry pun sejak balik dr bercuti ni..penyakit M datang di samping rasa letih, penat terlampau..tido jga tidak mencukupi..heheh..tadi just BW, then ternampak result GA di blog Alycia...terkezut sebentar sebab ummi ni kan jarang2 menang..dah lama Alycia umum tapi ummi terlambat tau..dah email pun detailnyer tadi ye Alycia..terima kasih ye..

ni hadiahnyer tapi tak tau mana satu yg bakal ummi dapat

rasanya yang ni la kot sebab ummi peserta bertuah no 5 kan...