Pages

Followers

Friday, December 30, 2011

Semalam hari Air Mataku..

Tengok tajuk macam dapat berita sedih je kan.. tapi hakikatnyer kesedihan itu adalah kesedihan yang dicipta dan dicari oleh Ummi sendiri.. mesti lagi confuse kannn..

Cerita nya begini :... semalam semasa ummi menjahit tempahan dari customer tu, sesambil la menelek2 http://malaymoviesfull.blogspot.com/.. mcm2 drama ade kat situ kan termasuklah filem.. then ummi pilih drama Astro Biar Mimpi Sampai ke Bintang..citernye pasal budak2 remaja jer tapi ummi ternangis plak.. hero nyer sangat lah encem tau.. cair sape2 yg memandangnye.. apepun husband ummi paling ensem ok..hahaha.. Ummi malas nak taip pepanjang sinopsis citernyer ye..kalau yg kat rumah tu ade Astro opcoz dah tgk kan.. kalau belum klik je kat MMf tu then cari jer drama tuh...


Then, petang ckit Ummi dapat link filem Ombak Rindu.. ape lagi kan..sedih sedihan lagi Ummi.. tapi xde la meraung2 kan.. just bergenang air mata jer.. terasa gak la kesedihan nya.


Then, pukul 7 malam masing2 menanti plak kan drama bersiri TV3, Tentang Dhia.. adoiiyaiii Ummi menangis2 lagi..yang ni memang feel habis lah..meleleh2 air mata ni kalau ditadah baldi penuh kot..hahha xdelah just joking tapi mmg sedih giler citer ni dengan ending nya Dhia n Zikir meninggal kan..sehidup semati lah kiranya.. 

Malam plak tengok kesudahan filem Hindustan 3 Idiots tu.. citer dia cukup lengkap garam, gula, asam semua ada.. siap boleh nangis yang mula2 nmpk cam citer lawak.. tapi masa kakak si Pia nak bersalin tu agak tidak logik gak kan.. hehee takpe lah layan jer nama pun citerhindustan.. but memang ade gak part2 yang boleh mengeluarkan airmata.. 


Ape2 pun semalam sedar tak sedar Ummi tgk 4 drama dan filem yang sedih..mmg x disengajakn...terjadi dalam masa 1 hari.. dan jahit2 Ummi selesai jgk selai baju dalam 1 hari sesambil menonton, kannn.. alhamdulillah... 


Thursday, December 22, 2011

SOLEHAH

My Video : SOLEHAH yang sebenarnya – Naib Juara Solehah 2011 (Tv AlHijrah)

DUIT KERTAS BARU


Lebih menarik perhatian anak2 nmpknyer kan..kalerful tu..

Friday, December 9, 2011

Ombak Rindu betul2 berombak..


Lagi cerita tentang fenomenaOmbak Rindu yang masih melanda jiwa rakyat Malaysia kini.
Kisah kutipan filem Ombak Rindumemang menjadi bualan peminat dan juga penggiat media.
Terbaru, kedengaran yang filem adaptasi novel ini sudah berjaya mengutip RM5.2 juta setakat tayangan enam hari. Takjub.
Namun, ada satu kisah kurang enak keluar dari mulut pemilik asal kisah romantis epik Izzah & Hariz ini — berkaitan bayaran kepada Fauziah Ashari.
Penulis asal novel popular Ombak Rindu mendakwa yang beliau tidak menerima bayaran yang setimpal dengan idea, usaha & populariti karya beliau yang telah di’ulang cetak sebanyak 21 kali dan masih terjual sehingga ke hari ini.
Fauziah Ashari mendakwa bayaran yang di’terima hanya cukup cukup untuk tambang pergi balik dari Johor ke Kuala Lumpur dan beliau hadir atas dasar menyokong karya beliau yang di’angkat menjadi sebuah filem.
Penulis novel ini juga mendakwa tidak ada tinggal walau sesen pun duit hasil bayaran dari produksi untuk di’nikmati ketika ini sedangkan hasil kutipan di’pawagam mencecah jutaan ringgit.
Sebelum ini, Fauziah Ashari ada meluahkan perasaan tidak puas hati beliau dengan hasil akhir filem Ombak Rindu tetapi menerima apa yang terhasil dengan minda yang terbuka. – Cinema Online
Sumber :Roti Kaya

Bakal Setanding Disneyland @ Universal Studio??

Perak bakal menerima ramai pengunjung la nantikan.. dengan terbina sebuah taman tema bersandarkan katun animasi Upin & Ipin yang sememangnya sangat diminati oleh hampir semua kanak2 termasuk la anak2 Ummi.. 

Umum sudah mengetahui yang Les’ Copaque sudah mendapat restu kerajaan Perak untuk membina Taman Tema Upin & Ipin di Ipoh yang bakal menelan belanja RM200 juta dan pengumuman sudah pun di’lakukan Jun lalu.
Hari ini, Les’ Copaque akan mengadakan satu sidang media untuk mengumumkan projek Taman Tema Bergerak Upin & Ipin yang bakal menjadi platform awal kepada taman tema sebenar nanti.
Ummi dapat sumber ni dari Roti Kaya
Anak2 Ibu, mama dan Ummi yang lain minat ke ngn watak animasi yg terkenal nih?? :-)

Thursday, December 8, 2011

Sape yang kaki melancong?? lets...

Air Asia

Alhamdulillah..macam dah dapat bayangan nak dapat booking tiket time promosi nih.. Hopefully jadi kenyataan..cuma berdoa agar dipanjangkan umor agar dapat sampai ke destinasi pasa tarikh yang masih jauh lagi tu kan.. hmmm.. Aminnn.. 

Ummi teringin sangat nak ke Sabah @ Langkawi.. tapi kata incik hubby Langkawi pegi ngan kete lagi senang, boleh balik kampung sekali.. hehehe okkkk!!!  So, jadi Ummi beralih ke Sabah plak.. hehehe bukan ape teringin jugak nak naik kapal terbang bwk anak2, walaupun penah berkali naik kapal terbang sebelum ni kannn.. 

So, Jom... kawan2 yang masih belum membooking, sila ke website AA sekarang dan booking segera, byk destinasi menarik dengan harga yang berpatutan.. eh! tolong promot skali ni tau sbb BE AA tengah running kat blog ciput ummi nih.. 

Wednesday, December 7, 2011

Selamat Hari Lahir Sayang!!

SELAMAT HARI LAHIR, SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEQI YANG HALAL, JUGA UMMI DOAKAN KAKAK SENTIASA SIHAT DAN CERDAS, BIJAK DAN PANDAI, JADI ANAK YANG SOLEHAH..KEMARAHAN UMMI TIDAK BERMAKNA KEBENCIAN UMMI, ITU TANDA UMMI TERLALU SAYANGKAN KAKAK... JADILAH KEBANGGAAN UMMI YE SAYANG..

MY LOVELY PRINCESS:
AMNA SAFIYYAH BINTI SHAHIZAN become 5th today.. 

Saat baru melihat dunia..



Tuesday, November 22, 2011

Ape dah jadiii..

Hmm.. dah macam lagu Dato' SM Salim plak Ummi ni.. tajuk ni adalah berkaitan dengan blog Ummi... yang dah mcm hangat2 taik ayam je... nasib lah kau Blog, dpt tuan yang :

1- M.A.L.A.S
2- tak tau nak crita ape kat cni..kadang2, bende dah taip pun then Ummi delete balik.. terasa macam orang berkata..alahhh..mende ni pun nak cerita ke???
3- tak yakin dengan diri sendiri, asyik nak fikir negatif jer... 
4- jarang2 keluar rumah dan pegi somewhere yang menarik untuk dikongsikan
5- masak pun xtentu hala, nak kongsi pun malu

itu di antara alasan2 yang ummi boleh bagi mengapa BLOG Ummi sangat sunyi sepi.. so, pada kawan2 yang sudi baca entry ni, 

APAKAH TIPS UNTUK RAJIN DAN SEMANGAT UNTUK BERBLOGGING??!!! PLSSS..

namun begitu, en.Nuff masih setia dengan Ummi, BE masih running wpun hanya ciput.. 

Thursday, November 10, 2011

Ole2 dari Jepun

ni la ole2 yg dihadiahkan dari Jepun oleh kastemer incik hubby.. actually dalamnya adalah biskut.. mula2 ingatkan coklat.. rasanya boleh tahan sedap.. nipis dan rangup!!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, November 5, 2011

BAWAL MURAHHH!!

Salam.. Sampai masa utk letgo all this tudung bawal.. Kaler n design pelbagai spt dlm gambar.. Tp kalau nk tau kaler tanye ummi dulu ye.. Semua nya still in good condition.. Nak letgo dgn harga yg MURAH sahaja..kalau nak, tinggalkan email kat komen.. Nnt ummi reply ye..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday, November 3, 2011

Bot ayah bot!!

Ni entry tertinggal ketapi nama nya.. Dah pun hampir seminggu berlalu baru nk mengupdate.. Aktiviti anak beranak ummi pada hari Ahad yg lepas.. Apa lagi..the Mines lahh..haha.. Always!!


tapi hari ni sedikit kelainan sebab anak2 berjaya memujuk ayah naik cruise the Mines tu..terutama si encem boy ummi..sibuk sebut bot,bot,bot..ayah bot!! ummi bot!! lastly, ayah cakap ok lah jom kita naik bot..hehe.. Kemain teruja lagi anak dara n teruna ummi naik bot..tengoklah gambar2 tu..suke dpt bg ikan makan.. ..


Apepun ummi tumpang hepi bila anak2 ummi hepi.. Alhamdulillah


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, November 2, 2011

Pelancong Britain terperangkap dalam monorel

Hasrat dua pelancongan Britain menikmati keindahan bandaraya Melaka dengan menaiki monorel terbantut apabila mereka terperangkap selama 20 minit di dalam gerabak gara-gara perkhidmatan terhenti secara tiba-tiba.
Perkhidmatan monorel berkenaan berhenti hanya setelah 20 meter meninggalkan Stesen Hang Jebat di Melaka dalam kejadian kira-kira jam 1.09 tengahari semalam.
Akibatnya, bekas anggota polis, James Craft, 57 dan isterinya, Anne Craft, terpaksa menghabiskan kira-kira 20 minit di dalam gerabak monorel berkenaan sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat.
Menggunakan tangga kecemasan untuk sampai ke gerabak monorel berkenaan, anggota penyelamat kemudiannya membantu mereka turun.
Sambil menyifatkan kejadian itu sebagai suatu yang tidak akan dilupakannya, James berkata, beliau dan isteri membuat keputusan menggunakan monorel berkenaan untuk melihat keindahan panorama Melaka.
Menurutnya, gerabak monorel berkenaan berhenti secara tiba-tiba sejurus selepas meninggalkan stesen.
Kali kedua
“Walaupun terperangkap di dalam gerabak selama 20 minit, kami sama sekali tidak panik. Malahan, saya dapati anggota penyelamat begitu ramah dan profesional dalam menjalankan tugas mereka,” katanya.
Ini merupakan kali kedua sistem monorel bernilai hampir RM15.9 juta di sepanjang Sungai Melaka ini terhenti perkhidmatan.
Tahun lalu, seramai 20 penumpang turut terperangkap di dalam gerabak monorel berkenaan apabila ia terhenti kira-kira 100 meter dari Stesen Hang Jebat.
melaka monorailSistem monorel sepanjang 1.6km itu dilancarkan Oktober tahun lalu.
Bagaimana, sejurus pelancaran, perkhidmatannya digantung sementara berikutan beberapa masalah teknikal.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari, iaitu pengendali perkhidmatan itu, Nazry Ahmad berkata, kejadian semalam disebabkan masalah pam pada salah satu pintu gerabak.
Menurutnya, sistem monorel berkenaan secara automatik akan menghentikan operasi apabila pintu gerabak tidak ditutup.
“Kita mengganggap ini satu masalah kecil sahaja. Perkhidmatan telah bersambung semula jam 3.30 petang selepas kerosakan berkenaan diperbaiki,” katanya.
Difahamkan, tambang kedua pelancong Britain berkenaan juga telah dikembalikan kepada mereka, selain mereka turut ditawarkan tiket percuma untuk menaiki Menara Taming Sari.
Difahamkan juga pihak pengendali perkhidmatan monorel itu turut menghantar notis memohon maaf serta cenderamata kepada pasangan berkenaan.

Monday, October 31, 2011

tetibe jerrr...

Hehe..tajuk tu sebenarnye ummi tujukan kat bubur ape ke namanya ni ek..ummi pun xtau jadi ke tak sebenarnya.. Ummi belasah jer sebab tetibe ummi tingin nak makan..ni gara2 terpandang bubur kosong anak ummi yg ummi tanak tgahari tadi.. Masih byk lagi, so timbul plak idea nak asingkan yg putih then selebihnya ummi letak gula merah, gula pasir dan sedikit santan.. Rasanya kaler tak brape terang ni.. Tak pe lah kan, janji dpt merasa gak.. Heheheh..hujan2 ni mula la tekak mengarut nak mkn yg bukan2.. selagi boleh diusahakan ummi buat, nasib baik bende ni mudah je..kene lah dgn ummi yang penyakit M sgt kuat nih.. Jom rasa bubur tak menjadi ni....


Published with Blogger-droid v2.0

Nak let go baju2 kurung nih..Murah2!!! sape nak?


2 dari kanan tu kain sutera ye.. mmg sgt jarang pakai sbb mls nak iron..
yg kuning, turqoise n hijau bunga biru tu satin.. bukan satin biasa, satin kualiti.. 
n yg last skali tu kain jenis ape xingat, tp agak mahal gak, yg ni matching ngn kain plain.

BAJU2 ADALAH BERSAIZ S-M

kalau nak boleh komen kat cni n leave email ye.. nnt ummi reply.. 

Monday, October 17, 2011

Try jawab teka teki nih


Syarikat apakah yang terbesar di dunia?
Air apakah yang tidak akan beku?
Perkataan apakah yang dieja salah di dalam kamus?
Apakah yang perlu dipecahkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan?
Kamu balingnya bila ingin digunakan, dan tariknya bila selesai digunakan?
Try jawab dulu, then Ummi bg jawapan nyer ye

Mengesan Kamera tersembunyi & Cermin 2 Hala


A. Bagaimana Mengesan Kamera …Tersembunyi di Dalam Bilik Percubaan?
▪ Sebelum masuk ke dalam ‘fitting-room’ pastikan handphone anda mampu untuk membuat PANGGILAN KELUAR dan network coverage cantik. Kemudian setelah masuk ke dalam ‘fitting-room’, cuba buat panggilan keluar (miss call pun tak pe) dan lihat apa hasilnya.
Jika anda TIDAK dapat membuat panggilan, itu bermakna berkemungkinan ada CCTV ataupun kamera tersembunyi berdekatan kerana kabel fiber optik telah menyebabkan gangguan pada network semasa anda cuba untuk membuat panggilan keluar. Jadi, berhati-hatilah.
B. Bagaimana Untuk Mengesan Cermin 2 Hala?
▪ Apabila kita masuk ke tandas, bilik mandi, bilik hotel, bilik persalinan, dan sebagainya, adakah anda benar-benar yakin setiap cermin yang diletakkan disitu untuk melihat wajah anda adalah benar-benar cermin sahaja ataupun cermin 2 hala? Terdapat kes orang memasang cermin 2 hala untuk tujuan mengintai seperti cermin yang terdapat di bilik penyiasatan BALAI POLIS.Ia adalah amat sukar untuk mengenal pasti permukaan dengan hanya melihat. Jadi, bagaimanakah caranya?Mari kita lakukan satu ujian mudah:Letakkan hujung kuku anda terhadap permukaan reflektif dan jika ada RUANG antara kuku anda dan imej kuku, maka ia adalah cermin tulen.
▪ Walau bagaimanapun, jika kuku anda terus menyentuh imej kuku anda, maka berhati-hatilah. Ia adalah cermin 2 hala (mungkin ada seseorang yang sedang melihat anda dari sebalik dinding). Jadi ingat, setiap kali anda melihat cermin, lakukan “Ujian Kuku.” Ia tidak merugikan apa-apa buat anda dan ia juga mudah untuk dilakukan.

Sunday, October 16, 2011

Berapa budak Lidi ???



Cube kire? bape org Org Lidi dlm gmbr nih?? hahahha

Sunday, October 9, 2011

Selamat Bertunang Kembar Norjuma


Ada rupa Norjuma ke? hikhik
entahlah, ramai yg tegur katanya adik Ummi 
yang ni ade iras2 Norjuma Habib tu.. 
~~~~~~~*~~~~~~~

Actually, ni adik Ummi.. ikut urutan adik beradik yg ni yg ke 6...2nd last.. 
Alhamdulillah dah selamat bertunang semalam, dan yang sedihnya 
Ummi tak dapat menghadiri dan memeriahkan majlisnya sebab baru 
je balik raya hari tu(boleh pakai ke alasan ni ek?) tak pe lah..
apepun ummi doakan majlis berjalan lancar dan dah selesai pun semalam.. 









 Dalam gambar sebelah ni : kak long Ummi, mak Ummi, adik Ummi(yg bertunang) n adik yang bongsu








 <-----ni ha cincin tunangannyaaa...

Semoga berbahagia hingga ke jinjang pelamin dan diberkahi Allah hingga ke akhir hayat... 
InsyaAllah akan diijabkabulkan pada awal tahun 2012..
AMIN


Friday, October 7, 2011

Anugerah Allah


Ini Stephen Wiltshire..seorang pengidap Autism..mempunyai kelebihan merakam
 gambar tanpa sebarang alat elektronik. mcm video kat atas ni 
dia dibawa nek helikopter selama lebih kurang 30-45 minit then dia akan lukis 
semula gmbaran bandar Tokyo tu tanpa ada sebarang bangunan yang tertinggal..
SUBHANALLAH..
kelebihan yang Allah bagi padanya, sangat menakjubkan... 

Friday, September 30, 2011

Baca n Lu Pikirlah Sendiri

Jom kita baca nih...pastu nak pikir ke, nak lupa ke, nak buang terus pun xpe...yang penting manusia ada pendapat masing2, kannnnnnn:-

opss..kisah mereka ini

gambar pra perkahwinan memey dan norman

SPECIAL kredit from : BEAUTIFUL NARA

Sy pemerhati yg ingin tujukan surat ini utk semua pembaca BN. Sblm apa2, sy bukanlah peminat mahupun anti artis2 di atas (norman/memey/abby). Ini ulasan sy kpd komen2 yg sy baca SATU-PERSATU spjg 3 hari lps:-
1.”Hantaran kawin tak meletup”
Kenapa mesti kata2 ini dilemparkan? Islam tak pernah syaratkan kita hias hantaran cantik2 pun, sy sendiri pun rs hantaran2 tu sgt ‘old school’ tp sy tak rasa smpai kita perlu KUTUK pengantin dan keluarganya. Bagi sy, keluarga dia telah BERSEDERHANA…Satu sisi bagus Memey di sini ialah, Memey tak malu utk biar org snap gambar hantaran2 tu wpun dia sendiri tentu sedar yg hantaran dia paling ‘tak class’ antara semua artis.Masa abang sy kawin (kawin org Felda), keluarga mertua dia sgt2 sederhana, if my family tak bwk dulang2 hantaran pun diorang tak kisah. Tp kami bwk jugak la kan n bubuh dlm bentuk hamper besar. Takde dulang bagai, buat hamper je… So…tolonglah jgn mengutuk bila sesebuah keluarga itu telah mengambil pendekatan bersederhana dlm sesuatu aspek…sepatutnya dipuji sikap sederhana tu. If dia nak letak buah anggur tu dlm pinggan je pun takpe, dia tak dpt 1 dosa apa pun…if kek lapis tu nak buh dlm tupperware je pun takpe jugak, takde dosa apa pun nak buat gitu.
2. “Kata sponsor juta2, gini je ke majlisnya??”
Cuba baca reports elok2! Yg sponsor juta2 tu ialah majlis yg Rafflesia nnti, bkn majlis di rmh org tua Memey ni. sy kagum sbnrnya sbb keluarga Memey ni mcm agak rendah diri, wpun tahu anak dia artis (read: byk media akan dtg) mereka tetap buat majlis di ‘rumah kampung’ tu je…takde car port lawa, takde gate lawa2 or halaman lawa2. Some families might have gone all the way utk buat di dewan or rmh sedara spy media tak publish gambar rmh buruk. Again, i see that this family is a humble bunch of ppl. i really salute the parents of Memey Suhaiza (although i nvr knw them or their names whatsoever)
3. Knp duk heboh sana sini kawin tajaan juta2
Sy dah baca dan tonton semua news/video yg melibatkan persiapan kawin diorang ni.Ulasan sy ialah,yg menghebohkan ttg tajaan tu ialah PENAJA dan MEDIA, bkn mulut norman/memey. Jgn lah bila teks ada 1000 patah perkataan, kita conclude yg 1000 patah tu smua keluar dr mulut artis tu. Dlm video temubual tu,Norman sendiri mengaku yg persiapan mereka sederhana je sbnrnya, tak terfikir langsung nak buat grand2 (u can see frm his body language that he was talking truth). Tp tiba2 lps announce date kawin, berderu2 pihak dtg offer nak sponsor tu. Dlm video tu pun neither Norman or Memey sebut AMOUNT sponsor or WHAT are being sponsored. The society gets to knw about the value/items frm sponsor themselves —> who passed on the info to media. So…i honestly think its not fair to bash norman/memey on this point (well, norman memey could have requested d media NOT to publish the value of sponsors but, sponsors still have d upper hand. sponsors definitely prefer d public KNOWING d value)
4. Isu pre-wedding…kad kawin
Bab ni sy setuju dgn majoriti komen: pre- wedding dan kad kawin mereka sgt2 MEMPERMAINKAN agama yg dianuti tak kisahlah perbuatan ni dibuat oleh artis atau bukan. Islam sah2 tidak menghalalkan sentuh laki-prmpuan sblm kawin…its one thing u pegang2 masa keluar dating/berlakon, its another that u PUBLISH it on a wedding card n official pictures. Tak effect apa2 pun wedding card n photos tu if TAK pegang each other. if tnya ulamak yg strict, even ambik gmbar pre-wedding tu pun haram sbnrnya. even masa tunang pun u still tak halal utk duduk sebelah2 n ambik gambar berdua. Seriously,ms sy tunang pun mmg xde ambik pic dgn tunang…family sy sgt jaga bab ni. Kpd artis2 lain n org biasa, tlnglah jgn ikut trend ni. If ada plan nak ikut, cancel siap2 takutlah pd Allah.
5. Abby Abadi publicly write about Norman-hutang isu
Hal ni ialah ‘keaiban’ Norman yg tak sepatutnya Abby publicize spy 1 malaysia tahu (if tak bgtahu pun org tahu dah). Dlm Islam, Allah sgt tak suka kita buka keaiban org lain tak kisahlah kita nak marah mcm mana sekalipun…if mmg org tu dah teruk sgt2 dah pun aniaya kita, aniaya anak2, n dia terlepas di dunia, dia tetap kena jwb di akhirat. Tapi kita tak boleh BUKA aib dia tu (wpun org kata ala biar la, dah ini je caranya spy laki tu sedar…spy laki tu malu…if tak heboh nnti tak malu). Kita hidup ikut ckp org ke or ikut agama? Ada SEBAB dia knp Allah tak bagi kita buka aib org…ada sebab dia knp Nabi tegah buka aib org…if kita ikut Allah n Nabi, kita selamat dunia akhirat…..if kita nak ikut otak kita (or hasutan kwn2), dgn kita-kita sekali kena heret ke mahkamah Allah nnti KENAPA KAMU TELAH TULIS SEKIAN2 YG MEMBUKA AIB SAUDARA ISLAM KAMU……………….hal dlm kain ni jgn tulis di FB/Twitter, byk yg memalukan diri sendiri drpd memalukan org yg nak dimalukan. Org tu dah sah2 dosa, kita pulak dosa sbb cerita kpd semua ttg dosa dia tu. Norman pun x sepatutnya sebut hal nak pegi Paris tu if betul lah ada hutang dgn bekas isteri/anak……..if media tnya ttg honeymoon, ckp je belum fikir lg. Tak perlu sebut Paris semua tu dlm keadaan ‘complicated’ mcm ni.
OK smpai di sini dulu ulasan sy (if pjg sgt org x baca juga). so kpd smua, pls hati2 bg komen, komenlah berpandukan pengetahuan agama kita. Byk lg yg sy nak sentuh actually tp nnti pjg sgt (hal aurat, hal majlis, hal hantaran 24ribu) so biarlah 5 point ni je didahulukan. Again,sy ni minat diorang pun tak, benci pun tak. Dlm kamus sy takde istilah backing or bashing sbb fan/hater, sy lebih suka mengulas berpandukan ajaran nilai2 agama…wallaua’lam

Wednesday, September 28, 2011

SOLEHAH menambat hatiku

TAHNIAH!!!
 kepada TV Alhijrah kerana telah bermula satu rancangan realiti TV yg terbaru iaitu 
SOLEHAH. Rasanya tak kurang bezanya dengan dengan rancangan kat 
Astro Oasis USTAZAH PILIHAN tu..
cuma Ummi tak langgan Astro, so, dapat lah jugak Ummi menonton rancangan serupa itu. 
So, pada sesape yang belum pernah tgk iklan @ rancangan nya yg baru shj bermula minggu lepas,
 jangan lupa setiap hari jumaat jam 8.30 mlm di TV Alhijrah. 

sama sama kita menontonnya..bukan sahaja memberikan hiburan secara islamik 
tetapi juga dapat mendidik jiwa kita dan anak2 untuk menjadi seperti mereka. 
Rancangan yang berilmiah yang bakal melahirkan Pendakwah Wanita.. 
Ummi sangat admire dengan semua peserta kerana pandai berbicara, 
bersuara lantang dalam meyampaikan pengucapan...ditambah pula pengacara nya ialah Irma Hasmie dan Nurul Iman, sgt cute dan lemah lembut so..
Jom kita tengok barisan peserta SOLEHAH:








P/s: Lagu tema rancangan ni pun sangat meruntun jiwa..:-)

Monday, September 26, 2011

Jom sama2 kita doakan beliau..




Ni Ummi dapat dari FB kawan sekolah Ummi.. rasanya kawan sekerja kawan Ummi tu..menderita penyakit jantung. Marilah sama2 kita doakan beliau sihat seperti sediakala kerana si suami dan 2 anaknya sangat memerlukan beliau, walaupun kita tidak mengenalinya, tapi beliau juga saudara semuslim kita...
Berita lanjut boleh baca 

Thursday, September 22, 2011

Resepi Turun Temurun: Sambal Jering


Resepi Turun Temurun: Sambal Jering
Ni resepi dari Ibu mertua ummi, mmg the whole family sukakan Sambal jering nih.. 
Ummi sebelum kawin ngn incik hubby tak penah pun rasa sambal jering, 
then bila datang dan bermastautin kat sini baru merasa, dan 
Ummi telah jatuh 
C.I.N.T.A 
dengan sambal jering..

Kat sini Ummi nak bagi la resepi sambal jering..
tapi sori tau, Ummi tak pandai nak bagi ukuran @ timbangan bg bahan2 nya..
sesedap rasa je tau...

apa yang kita perlukan ialah:

ofcoz Jering Tua, dikupas n dibuang kulit arinya dan di goreng 
dengan minyak masak(spt dlm gmbar)
Cili Kering
Bawang merah n putih
Ikan Bilis goreng
garam, gula, asam secukup rasa.

then, buat macam sambal tumis biasa..

proses mengupas jering

kulit ari nya perlu dibuang utk mengelakkan kelat

then, dipotong2 macam ni


TARAAAA....dah siap pun sambal jering Ummi...
menjilat jari tauuuu!!!

Monday, September 12, 2011

Kemalangan Pokok Hempap Pelajar Matri Tunjung 2011



Kemalangan Pokok Hempap Pelajar Matri Tunjung 2011
‘Tolong tarik aku keluar Zul’
PADANG BESAR: “Ya Allah sakitnya, tolong tarik aku keluar Zul.” Itulah rintihan Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat tersepit dalam van yang dihempap pokok besar hingga meragut tiga nyawa semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu di Kilometer 23.5 Jalan Kilang Gula, di sini, Hazman bersama tujuh pelajar lain dari Maahad Tarbiyah Islamiyah (Matri) di Beseri dalam perjalanan melakukan lawatan sambil belajar ke Kilang Gula Felda di Chuping.

REMUK…pokok besar yang menghempap van di Kilometer 23.5 Jalan Kilang Gula, Padang Besar, semalam.
Malang menimpa apabila sebatang pokok tumbang lalu menimpa van dinaiki kumpulan pelajar itu kira-kira 50 meter dari pintu masuk kilang berkenaan ketika hujan lebat disertai ribut.
Turut maut dalam kejadian itu ialah seorang lagi pelajar Matri, Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang, dan pemandu van, Shahidan Ali, 67, dari Beseri, di sini.

MERAUNG…ibu bapa seorang mangsa menatap jenazah anak mereka di bilik mayat HTF.
Ahmad Ahnaf Anis Soffian, 14, juga pelajar Matri yang berasal dari Kuala Lumpur, mengalami kecederaan parah.

Saturday, August 13, 2011

Sekian lama menanti..akhirnyaaa

hmmm...setelah lebih kurang 2 taun menanti,akhirnya pokok bunga Ummi mengeluarkan bunga yg cantik.. dari rumah lama ummi bela bagai hidup segan mati tak mau, ke rumah baru masih lagi xnak berbunga,maybe kerana tak selesa dengan keadaan pasu yg kecil kot.. then,bila ummi pindahkan ke tanah,alhmdulillah tumbuh dgn subur dan tak lama lepas tu mengeluarkan bunga, hmm eh..lupa plak nak bgtau nama pokok ni..pokok Harum Malam namanya.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, July 5, 2011

Gadis Melayu dapat Gadis.. :-)

GAMBAR ANAK AIDA GADIS MELAYU DAN SAIFUL NIZAM

SUMBER : ZON ARTIS

Terlebih dahulu, tahniah kami ucapkan kepada Aida (Gadis Melayu) dan suami, 
Saiful Nizam kerana selamat menimang cahaya mata pertama dan 
kini sudah bergelar ibu dan ayah. Ini kerana, Aida telah selamat melahirkan 
seorang anak perempuan pada pagi kelmarin (Rabu – 29 Jun ’11) sekitar jam 11 pagi. Tahniah sekali lagi.
Meh tengok gambar baby girl Aida dan Saiful kat bawah ni.
                                                     Kalau tak silap nama nya Eirdina                                                                       

GAMBAR ANAK AIDA GADIS MELAYU DAN SAIFUL NIZAM

Monday, June 13, 2011

Entry Meraih Undi: AMZAR SYAKIR Educational Toys Bumiputera

Kawan2 Ummi yang budiman..
Tolong vote Amzar Syakir di SINI

Gambar nye:

yang ini

encem tak?? hehe 
so,  ummi dahului dengan ucapan ribuan terima kasih!!!

Saturday, June 11, 2011

MATAHARI TEGAK DI ATAS KAABAH


Tahun ini, waktu Istiwa’ akan berlaku kali pertama pada 24 Jamadil Akhir / 28 Mei 2011 pada jam 5.16 petang dan kali kedua pada 14 Sya’aban / 16 Julai 2011 pada jam 5.28 petang waktu Malaysia. Maklumat ini mengikut kiraan Unit Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Peluang baik kepada semua untuk membuat semakan arah kiblat.



Cara menyemak arah kiblat ketika matahari berada betul-betul di atas kaabah ini ialah dengan cara melihat kepada bayang-bayang objek yang berdiri tegak 90 darjah. Tepat ketika ini juga, kalau kita pandang ke arah matahari bermakna kita sebenarnya sedang menghadap tepat ke arah kiblat. Sama-samalah kita menyemaknya pada 14 Sya’aban / 16 Julai 2011 pulak kerana waktu pertama pada 28 Mei sudah pun berlalu...


Friday, June 10, 2011

Pucat Lesi semua....

ihsan Pakcik Google

Ape plak kene mengena tajuk ngan gambar kat atas nih?!
Haaa...ni lah yang menggemparkan kawan2 Ummi di satu tempat melepak Ummi . Semua ternanti2 sambungan cerita dari Ummi kannnn...

semalam...dalam pukul 11 pagi..Ummi ber'skype' ngan adik Ummi yang
berkerja di Sunway Hotel Resort & Spa. tetibe..terasa cam nak gi jenjalan Sunway Pyramid tuh..
 sajer je nak cuci mata.. then, terus jer adik Ummi setuju nak ambik Ummi dan Anak2.

sampai sana Adik Ummi bawak Amna main2 kat mainan berbayar tu..
macam2 ade..then terus kitorang jalan2  dan tertarik dengan sebuah kedai jepun kat situ..
 masuk round2 dalam tu...banyak betul barang yang menarik perhatian
 tapi tak beli semua la sebab dah janji dengan diri sendiri beli yang perlu sahaja..
ekekeke..
berdisiplin gak Ummi ni rupanya...
mmg ikut peraturan diri..
Alhamdulillah...

INTERMISSION!!!

Selesai buat bayarannnn...tetibe terdengar bunyi dentuman
di susuli macam bunyi ngauman yang kuat..
dengan serta merta loceng kecemasan berbunyi.. pintu2 (mcm grill kedai)
yang memisahkan ruang2 dalam shopping complex tu tertutup secara automatik...
masa tu mmg tercangak2 kami anak beranak..
 masa tu perkataan yang keluar hanya 'Bunyi ape tu? Allahu Akbar tak putus2 Ummi baca dalam hati...
adik Ummi agak gelabah walaupun lelaki, dia ajak Ummi lari..
sedangkan orang ramai masih terpinga2..ada yang buat selamber naik eskalator ke tingkat atas..
dorang tu memang hati kering tp xramai yang buat camtu, lagi ramai yang terpinga2 n tercangak2...
Amna still menangis dan menangis...

bila rasa selamat ckit adik Ummi call opis dia, tanya what happen...
orang opis dia langsung tak tau pape..then dia mintak no tipon admin opis Sunway pyramid..
then, jwpn senang yang dorang bagi... nothing! just latihan kecemasan...OMG, WTH is that..kalau ye pun buat la announcement dulu, kata adik Ummi, my niece crying all the time u know...
now the bell still ringing.. just stop it if nothing happen.. menakutkan orang..
then, lepas beberapa minit adik Ummi call baru loceng stop berbunyi dan pintu2 kembali terbuka..
 tp bunyi ngauman tu still ader lagi.

bunyi tu mmg datang betul2 atas kepala kitorang iaitu kat bahagian siling bangunan...
CONFIRM!!, ekon yang besar gajah tu mengalami kerosakan. mmg panas kat kawasan tu...
kami anak beranak ambik keputusan keluar dari situ ajer..mana tau darjah kepanasan boleh akibatkan kebakaran plak kan...
Alhamdulillah Allah masih lindungi kami semua..

lepas tu kitorang pegi makan dan Ummi sembang2 ngan adik pasal ape yang berlaku tadi..
rupanya adik Ummi bayangkan gempa bumi..sebab tu dia gelabah biawak tadi.. hehhehe
gelabah jugak adik kaklang yang kadang2 panas baran ni ye...

itu lah saja cerita Ummi dengan situasi yang betol2 mencemaskan kami anak beranak,
 ms tu kalau ditoreh muka ni memang darah tak keluar rasanya...
.ape yang kelakar lepas tu..Amna cakap kalau kat sekolah loceng
bunyi macam tu kene beratur(fokus pada bunyi loceng kecemasan)..
kenape orang smua tanak beratur...kahkahkah...