Pages

Followers

Tuesday, November 22, 2011

Ape dah jadiii..

Hmm.. dah macam lagu Dato' SM Salim plak Ummi ni.. tajuk ni adalah berkaitan dengan blog Ummi... yang dah mcm hangat2 taik ayam je... nasib lah kau Blog, dpt tuan yang :

1- M.A.L.A.S
2- tak tau nak crita ape kat cni..kadang2, bende dah taip pun then Ummi delete balik.. terasa macam orang berkata..alahhh..mende ni pun nak cerita ke???
3- tak yakin dengan diri sendiri, asyik nak fikir negatif jer... 
4- jarang2 keluar rumah dan pegi somewhere yang menarik untuk dikongsikan
5- masak pun xtentu hala, nak kongsi pun malu

itu di antara alasan2 yang ummi boleh bagi mengapa BLOG Ummi sangat sunyi sepi.. so, pada kawan2 yang sudi baca entry ni, 

APAKAH TIPS UNTUK RAJIN DAN SEMANGAT UNTUK BERBLOGGING??!!! PLSSS..

namun begitu, en.Nuff masih setia dengan Ummi, BE masih running wpun hanya ciput.. 

Thursday, November 10, 2011

Ole2 dari Jepun

ni la ole2 yg dihadiahkan dari Jepun oleh kastemer incik hubby.. actually dalamnya adalah biskut.. mula2 ingatkan coklat.. rasanya boleh tahan sedap.. nipis dan rangup!!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, November 5, 2011

BAWAL MURAHHH!!

Salam.. Sampai masa utk letgo all this tudung bawal.. Kaler n design pelbagai spt dlm gambar.. Tp kalau nk tau kaler tanye ummi dulu ye.. Semua nya still in good condition.. Nak letgo dgn harga yg MURAH sahaja..kalau nak, tinggalkan email kat komen.. Nnt ummi reply ye..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday, November 3, 2011

Bot ayah bot!!

Ni entry tertinggal ketapi nama nya.. Dah pun hampir seminggu berlalu baru nk mengupdate.. Aktiviti anak beranak ummi pada hari Ahad yg lepas.. Apa lagi..the Mines lahh..haha.. Always!!


tapi hari ni sedikit kelainan sebab anak2 berjaya memujuk ayah naik cruise the Mines tu..terutama si encem boy ummi..sibuk sebut bot,bot,bot..ayah bot!! ummi bot!! lastly, ayah cakap ok lah jom kita naik bot..hehe.. Kemain teruja lagi anak dara n teruna ummi naik bot..tengoklah gambar2 tu..suke dpt bg ikan makan.. ..


Apepun ummi tumpang hepi bila anak2 ummi hepi.. Alhamdulillah


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, November 2, 2011

Pelancong Britain terperangkap dalam monorel

Hasrat dua pelancongan Britain menikmati keindahan bandaraya Melaka dengan menaiki monorel terbantut apabila mereka terperangkap selama 20 minit di dalam gerabak gara-gara perkhidmatan terhenti secara tiba-tiba.
Perkhidmatan monorel berkenaan berhenti hanya setelah 20 meter meninggalkan Stesen Hang Jebat di Melaka dalam kejadian kira-kira jam 1.09 tengahari semalam.
Akibatnya, bekas anggota polis, James Craft, 57 dan isterinya, Anne Craft, terpaksa menghabiskan kira-kira 20 minit di dalam gerabak monorel berkenaan sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat.
Menggunakan tangga kecemasan untuk sampai ke gerabak monorel berkenaan, anggota penyelamat kemudiannya membantu mereka turun.
Sambil menyifatkan kejadian itu sebagai suatu yang tidak akan dilupakannya, James berkata, beliau dan isteri membuat keputusan menggunakan monorel berkenaan untuk melihat keindahan panorama Melaka.
Menurutnya, gerabak monorel berkenaan berhenti secara tiba-tiba sejurus selepas meninggalkan stesen.
Kali kedua
“Walaupun terperangkap di dalam gerabak selama 20 minit, kami sama sekali tidak panik. Malahan, saya dapati anggota penyelamat begitu ramah dan profesional dalam menjalankan tugas mereka,” katanya.
Ini merupakan kali kedua sistem monorel bernilai hampir RM15.9 juta di sepanjang Sungai Melaka ini terhenti perkhidmatan.
Tahun lalu, seramai 20 penumpang turut terperangkap di dalam gerabak monorel berkenaan apabila ia terhenti kira-kira 100 meter dari Stesen Hang Jebat.
melaka monorailSistem monorel sepanjang 1.6km itu dilancarkan Oktober tahun lalu.
Bagaimana, sejurus pelancaran, perkhidmatannya digantung sementara berikutan beberapa masalah teknikal.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari, iaitu pengendali perkhidmatan itu, Nazry Ahmad berkata, kejadian semalam disebabkan masalah pam pada salah satu pintu gerabak.
Menurutnya, sistem monorel berkenaan secara automatik akan menghentikan operasi apabila pintu gerabak tidak ditutup.
“Kita mengganggap ini satu masalah kecil sahaja. Perkhidmatan telah bersambung semula jam 3.30 petang selepas kerosakan berkenaan diperbaiki,” katanya.
Difahamkan, tambang kedua pelancong Britain berkenaan juga telah dikembalikan kepada mereka, selain mereka turut ditawarkan tiket percuma untuk menaiki Menara Taming Sari.
Difahamkan juga pihak pengendali perkhidmatan monorel itu turut menghantar notis memohon maaf serta cenderamata kepada pasangan berkenaan.