Pages

Followers

Tuesday, November 30, 2010

MASAKAN HARI INI

Hmmm...semua dah selesai masuk perut baru nak buat entry.. ape laaa ummi ni...bukan ummi malas nak buat tapi hari ni ummi sibuk melayan kak long dan adik ummi yang datang rumah.. sangaaaaattt seronot tau..walaupun kitorang tinggal berdekatan tapi sangat jarang bertemu..so, hari ni ummi masak lebih la...ayam masak lemak cili api,rendang daging korban,sayur sawi tumis air....berselera semua makan..nak2 rendang daging yang 1st time ummi cube dan menjadi..Alhamdulillah...
Published with Blogger-droid v1.6.5

Monday, November 29, 2010

AKU MENCINTAIMU..

Cinta Agungku

Ya Allah, Engkau Tuhanku...

Tiada Tuhan melainkan Engkau,
Ya Allah, Engkau cinta agungku,
Nabi Muhammad pesuruh-Mu...

Ya Allah Engkau sumber bahagia,
Engkau sumber keselamatan,
EngKau sumber keamanan,
Kau adalah segalanya...

Ya Allah Kau lah pelindungku,
Engkaulah sumber rezekiku,
Di waktu sakit, Engkau sembuhkan,
Di waktu lapar, Engkau beri makan...

Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau,
Engkau cinta agungku,
Nabi Muhammad pesuruh-Mu...

Ya Allah...

Engkaulah cintaku yang teragung,
Cintaku harap dibalas,
Janganlah cintaku ini tidak dibalas...

Janganlah biarkan aku tanpa pimpinan,
Pimpinlah aku ke jalan yang benar,
Hanya kepada Engkaulah harapanku,
Janganlah hampakan perasaanku...

Ya Tuhanku...

Aku mencintai-Mu....

alt

sumber : iluvislam

TARAAAA..SUDAH SIAP..


Alhamdulillah….Sudah siap laksa Ummi…sudah sedia untuk menyantap..

hehe mlm nanti para peminat laksa bakal menyerbu rumah ummi…

yeeehaaa!!!

Kebetulan kaklong Ummi juga nak datang malam nanti…

so, jamu laksa sajok! I

ni dia rupanya…

rasanya??...huh! sudah pasti No. 1…classsss gitu…hehehe

masuk lift tekan sendiri ok!

Tapi kalau tak caye ianya begitu mabeles..mai la rasa!

HARI NI NAK MASAK LAKSA!!!

Hehe..jgn marah ngn entry nih yer!..
ummi tak dak ceghita lagi hari ni...so, kesempatan jap lagi nak masak laksa
ummi gunakan untuk buat tajuk entry...then, lepas nih kita tengok hasilnye..
.jom..pakat tengok!!..hehe


lebih kurang cam ni kot laksa ummi nanti...
time kasih incik google..hehe

Friday, November 26, 2010

BILA UMMI TENGAH MASAK...ANAK TERUNA UMMI......

Ni lah keje anak ummi petang tadi bile ummi tengah bz masak..ummi yang bagi tudung saji tu pada dia.. tak terpikir langsung dia nak bertenggek atas tu..huhu yang best nya bila dah duduk atas tu siap enjut2 lagi...nasib le tak redoh(pecah) tuDung saji tu..
Published with Blogger-droid v1.6.5

Thursday, November 25, 2010

Tuesday, November 23, 2010

WISH ME LUCK!!


Sekarang ni, Ummi tengah nervous sangat2 sebab esok

ummi ada interview di sini...


dah lama ummi tinggal alam pekerjaan,

dah berkali2 ummi dapat & pegi interview..

tapi ummi tetap nervous setiap kali ade interview...

sekarang ni ummi sedang menghafal skrip untuk interview..

mana tak nye kena speaking, ummi ni tak macam orang lain
sangat la takde confident kalau bercakap bahasa inggeris.
bila la ummi nak improve diri ummi kalau mcm ni kannn??..

InsyaAllah Ummi akan cube sedaya upaya ummi untuk

berbahasa Inggeris esok...

Doakan Ummi ye kawan2..

Monday, November 22, 2010

KHASIAT MANGGA/ MEMPELAM


Bila sebut mempelam semua orang meleleh air liur kerana

keunikannya yang mempunyai rasa masam yang mengecurkan air liur

sesiapa sahaja yang mendengarnya dan melihatnya.

Bagi orang Kelantan, sebutan mempelam atau mangga jarang kedengaran.

kalau disebut buah pauh baru diorang faham.

Teringat satu perumpamaan 'pipi bak pauh dilayang'.

Kenapa tidak digunakan mangga. So, jadi macam ni 'pipi bak mangga dilayang'.

Kenapa yer ???

Tetibe je teringat dan teringin sekali ummi nak makan buah mangga..

huhu kecur air liur bila menyebut perkataan ‘mangga’..

adekah Amna dan Amzar nak dapat adik? Oh! No! No!..

memang dari dulu Ummi sangat suka makan mangga. Sebab tu badan ummi

kerempeng kurus mcm ni. Minggu lepas ummi dapat mangga ni..

Ummi buat Kuah sendiri, kalau org utara sebut “garam belacan”.

Tumbuk cili kering @ cilia pi ngn belacan dan gula sampai lumat then tuang kicap, kacau2..then cicah mangga…

makkk aiiii…meleleh air liur ummi di ketika ini…

Ummi ni tau makan je..tak tau plak buah mangga ni ade gak khasiat tapi yang

masak ke yang muda? Hehe belasah jerr..yang penting mangga kannn?



Jom kita baca tentang khasiatnya:-

MORFOLOGI

Pokok sederhana dan besar, setinggi 10-45 m, ukiran garis pusat batang 60-120 cm. Ketinggian, bentuk dan saiz daun serta bilangan dan saiz dahan berbeza-beza mengikut jenis mangga berdasarkan hasil kacukan semula jadi atau pemilihan spesies oleh manusia. Daun muda biasanya merah. Buah berbeza saiz dan bentuk. Buah muda ada jenis hijau muda, hijau tua dan merah. Kulit buah masak kuning atau merah tetapi ada yang hijau. Isi buah muda putih, buah masak kuning atau oren kemerah-merahan. Biasanya manis tetapi ada yang tawar, masam atau payau serta berserabut.

KANDUNGAN

Buah masak 78-85g air, 13-20g karbohidrat, 0.3-0.8g protein, 0.1-0.2g lemak, 0.6-0.7g serabut, 0.1-0.2mg besi, 10-15 mg fosforus, 9-25mg kalsium, 0.03-0.09mg vitamin B1, 0.05-0.08mg vitamin B2, 14-62mg vitamin C, bahan kimia asid benzoid, asid sitrik, mangiferin, mangin, pewarna kuning dan tanin.

KHASIAT MAKANAN

1. Oi ( is a kind of gas flowing in inner portion of human body )

2. berkhasiat untuk limpa

3. Merawat batuk

4. Merawat selesema kerana deman dan sejuk

5. Merawat cirit-birit berdarah

6. Merawat payu dara bengkak selepas bersalin
( Kulit batang mangga hutan digesek-gesek di atas pasu. Kulit yang sudah hancur itu ditampalkan ke atas payu dara yang bengkak )

GOOD LUCK MY SIS! SPM 2010

Inilah ADIKku cayang…adik yang paling bongsu..

bergelar anak yatim di usia 11 tahun. Sedih mengenangkan waktu itu beliau terpaksa mengharungi saat2 getir kehilangan kasih seorang

ABAH semasa usianya masih keanakan.

Sangat MANJA dengan arwah ABAH.

Namun hatinya amat cekal mendapat keputusan cemerlang

dalam UPSR dan PMR.

Ketika usianya 16 Tahun Mak kami berkahwin lagi

setelah 5 tahun pemergian ABAH. Alhamdulillah hidup Mak kembali bahagia dan ceria. Begitu juga dengan ADIKku.

Semoga kehadiran AYAH mengembalikan saat2 girang kita bersama walaupun ABAH tiada tolok bandingnya.

Alhamdulillah AYAH sangat penyayang dan sangat bertanggungjawab sesuai dengan kerjayanya sebagai Imam di kampong.

Di kesempatan ini, Kaklang ingin mendoakan agar adik

Berjaya dalam peperiksaan SPM yang bakal diduduki esok. Kuatkan

semangat dan jawablah dengan cara yang berhemah..kaklang

PASTI adik mampu melakukannya…

ADIK lah harapan mak dan abah serta ayah.

SEMOGA BERJAYA ADIKKU SAYANG!!!

Ada gangguan hari ni

Ohhhh...sangat la rasa terganggu bila anak dara ummi telah mengontrol pc ummi..ummi nak update entry la sayang...dah pukul berapa ni...???!!! Dari tadi mengadap pc sampai sekarang...dok pot pet dan men game ngan sepupu dia tru Skype... sabo je lahh...ummi pun ambik keputusan hapdet kot xperia x10 ni je...sangatlah tidak best ye!!
Published with Blogger-droid v1.6.5

Sunday, November 21, 2010

AKTIVITI DI PAGI AHAD


Seperti biasa pagi ahad breakfast kat kedai…

sbb incik hubby tak keje…

so hari ni makan mihun sup kat tasik seri serdang.

Incik hubby makan mee bandung…boleh tahan gak la…

sebab tu rajin gak p breakfast kat sini…

anak ummi apa lagi menu dia…roti canai la…

tp tak sampai separuh makan dah sibuk nak pegi

main kat taman permainan kat situ…hmmm...

jom layan piccas!


ayah control encem..hehe

baby amzar syakir marah mamarazzi ambik gambo dia..

tertido plak!

ummi pun kene naik buaian skali...naasib baik berat ummi 41kg only!

sonot kakak naik buai ye!


ADVANCED SUNGGUH ANAK2 ZAMAN SEKARANG...NA'UZUBILLAH

MAsyaAllah...Na'uzubillah..itulah ungkapan pertama yang keluar dari mulut Ummi bila terbaca berita ni...huhu Ya Allah jauhkan keluarga kami dari hinaan dan mazmumah ini....

AMBIL KESEMPATAN… Adila musnahkan kerpercayaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR: Ada ibu bapa percaya rakan anak datang ke rumah untuk belajar, tetapi akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar diberi berakhir di bilik tidur.

Ada pula percaya anak berterus terang meminta izin untuk keluar dengan rakan sama ada lelaki atau perempuan untuk belajar, tetapi melencong ke tempat lain hingga kesudahannya ‘mendapat ilmu’ hal berkaitan seks.

Wartawan Metro Ahad menemui seorang remaja yang terlanjur seawal usia 13 tahun. Malah, seorang pelajar berusia 15 tahun yang ditemui di pusat siber di sini mengakui kerap melakukan seks oral bersama pasangan.

Mereka mengakui bukan daripada keluarga berantakan tetapi mengambil kesempatan di atas kepercayaan dan kealpaan ibu bapa yang bukannya tidak memberi didikan agama, malah bersikap tegas.

Berikut kisah dua pelajar yang ‘dahaga di awal usia’.

KES 1 – ADILAH, 13:

“SAYA mula disentuh teman lelaki awal tahun ini. Itulah kali pertama saya melakukan hubungan seks, saya sendiri tidak menyangka akan terlanjur dan ia berlaku dalam sekelip mata.

Ketika itu teman lelaki ‘cinta monyet’ saya (dikenali sebagai Helmi) berusia 12 tahun datang ke rumah untuk menghantar buku sekolah. Dia pernah beberapa kali datang ke rumah untuk belajar bersama dan ibu bapa saya mengenalinya.

Ayah dan ibu tiada di rumah kerana bekerja. Yang ada hanya adik saya.

Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik. Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.

Sebaik masuk ke bilik, tanpa melengahkan masa Helmi terus menutup pintu. Entah mengapa saya merelakan saja. Kami terlanjur dan semuanya berlaku terlalu pantas.
Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.

Helmi sudah beberapa kali datang ke rumah sebab tempat tinggal kami berdekatan. Mungkin dalam usia begini ayah dan ibu tidak percaya kami boleh terlanjur hingga melakukan hubungan seks, tetapi itulah hakikatnya.

Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya akan mereka beri.

Pun begitu, dalam masa sama saya takut dengan mereka. Mereka tegas dan sentiasa mengawal tindak tanduk serta segala aktiviti harian saya. Ayah adalah pensyarah manakala ibu guru sekolah menengah.

Dalam diam, mereka tidak tahu banyak perkara negatif antara saya dan rakan. Di kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak usia saya 12 tahun lagi.

Telefon bimbit diberi ibu dan ayah dijadikan tempat menyimpan video lucah. Saya tidak berani berbuat demikian, tetapi tetap melihat video lucah di telefon bimbit rakan.

Saya terlanjur dengan kekasih juga sebab masing-masing ada perasaan ingin mencuba. Kerana ‘kesilapan’ pertama itu juga, akhirnya saya mengandung.

Selepas beberapa lama, saya tidak datang bulan. saya cuba beritahu ibu, tetapi takut untuk berbuat demikian.

Melihat perubahan diri saya, seorang saudara menyarankan saya membuat pemeriksaan doktor. Ayah dan ibu terkejut. Mereka tidak percaya dan menafikan saya boleh terlanjur sejauh itu.

Saya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa kerana takut. Ayah dan mak paksa saya memberitahu hal sebenar, namun saya juga menafikan sudah melakukan hubungan seks sebelum ini.

Akhirnya, ketika pemeriksaan dilakukan, saya disahkan mengandung. Ayah dan ibu sangat kecewa dan terpaksa menerima hakikat itu.

Saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Dalam gembira menimang cahaya mata, saya turut kesal atas apa yang berlaku. Namun, semuanya sudah terlambat.

Saya lukakan hati ayah dan emak. Anak saya pula akan dihantar kepada keluarga angkat.

Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan rasa kesal yang tidak sudah-sudah, tetapi saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk saya berubah.

KES 2 – RAHMAN, 15:

“SAYA mengenali seks sejak sekolah rendah lagi. Ada saja peluang ke pusat siber, saya dan rakan suka memasuki laman web lucah.

Selepas memasuki sekolah menengah, pergaulan saya bertambah luas dan bebas. Saya mula ikut rakan yang lebih tua daripada saya jadi mat motor (rempit).

Tak usah cakaplah mengenai rakan perempuan, apabila bergelar mat motor semua itu datang dengan sendirinya. Saya juga memiliki teman wanita (Liana, 15), dia rakan satu sekolah. Sudah hampir enam bulan kami bercinta.

Setiap malam, kami sentiasa habiskan masa bersama. Biasanya, saya beritahu ayah dan ibu keluar malam berjumpa Liana untuk belajar bersama. Mereka kenal Liana dan tahu hubungan kami.

Bukan semua masa saya luangkan dengan Liana untuk belajar. Kami suka lepak di pusat siber bersama untuk melayari laman web lucah, selain seronok melayani Facebook dan Hi5 bagi mencari kenalan baru.

Hujung minggu, saya dan Liana keluar merayau di Kuala Lumpur bersama rakan mat motor yang lain.

Ke mana saya pergi, keluarga jarang cari. Abang dan kakak tidak pernah ambil peduli apa yang saya lakukan. Ayah juga tidak pernah marah saya bawa motosikalnya ke mana-mana pun. Saya anak ketiga daripada lima beradik.

Ayah kata, bagus juga saya belajar menunggang motosikal sekarang. Nanti, senang nak ambil lesen memandu nanti (pada usia 16 tahun).

Dalam keluarga, ayah memang ‘sporting’. Saya dan dia macam kawan, saya cuma dilarang hisap rokok, sekalipun dia tidak tahu saya merokok sejak tingkatan satu lagi. Liana juga merokok.

Dia (ayah) pesan pada saya, yang penting sekali belajar rajin-rajin. Ayah dan ibu percaya dan sayang saya.

Ayah tidak tahu saya pernah hisap ganja. Kadangkala ada rakan sekolah yang ‘senior’ beli ganja, kami kongsi bersama-sama. Saya belajar hisap ganja selepas tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal Oktober lalu. Biasanya kami beli dengan hasil perkongsian wang.

Bersama Liana, saya sangat bahagia. Saya cintakan dia, banyak perkara kami kongsi bersama. Banyak yang pernah kami lakukan bersama untuk mencuba sesuatu yang baru.

Apabila ada kesempatan berdua-duaan, kami suka menonton video klip lucah di rumah Liana bersama abangnya (berusia 17 tahun).

Kami tidak pernah terlanjur lagi setakat ini, tetapi kerap melakukan seks oral bersama.

Di kalangan rakan, soal seks perkara biasa. Saya ada banyak koleksi video klip lucah dalam telefon bimbit.

Pernah saya terfikir melakukan hubungan seks dengan Liana, tetapi abangnya tidak benarkan. Jika di rumah Liana, abangnya juga sering bersama kekasihnya. Semua yang ingin saya lakukan terbatas kerana abangnya sentiasa ada.

Biasanya kami berkumpul jika ayah dan ibu Liana tidak ada di rumah atau keluar ‘bekerja’. Ayah dan ibu Liana adalah jurujual.

Di rumah saya, ‘line tak clear’. Ibu suri rumah dan jarang keluar. Sebab itu saya suka habiskan masa di rumah Liana jika ada masa terluang dengan alasan hendak belajar bersama.

Ibu tidak pernah persoalkan dan tanya apa saya buat. Dia hanya tahu saya pergi belajar atau sekadar lepak dengan kawan sekolah.

Saya seronok dan suka dengan sikap terbuka mereka (ayah dan ibu), saya tidak rasa terkongkong.

Daripada habiskan masa sia-sia duduk di rumah, baik saya keluar dengan kawan. Yang penting ayah, ibu, abang dan kakak tidak melarang.

Saya tidak pernah bosan dengan rakan, lagi pula duduk di kawasan apartmen memang banyak kenalan.

Apa yang saya lakukan di luar, bak kata orang pandai makan, pandailah simpan.”

Sumber :- Hmetro.com.my

Saturday, November 20, 2010

Petua Untuk Hati

Hmm...Lagi lagi ummi memberi nasihat tentang hati...kerana dari hati lah yang akan menentukan baik buruk perlakuan kita...bukan untuk nasihat orang lain tetapi juga untuk diri sendiri yang sememangnya mempunyai hati yang sangat SENSITIF ...jom kawan2, baca selanjutnya...


Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.
SUMBER: ILUVISLAM

10 Pembasuh Dosa & Penawar Hati


alt

Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah

dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya

melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."

Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.

Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air.

Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.

Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:

"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu

membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "

Kemudian, si tabib itu menjelaskan:

"Ambillah sepuluh macam ramuan:

  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi
ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." -
Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi