Pages

Followers

Saturday, May 12, 2012

Selamat PEngantin Baru |entry peram

Selamat Pengantin baru buat adik Ummi (xbrape baru dah kot sebulan lebih dah..haha)

Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat..cpt2 dapat baby ye.. Dah rindu bau baby nih..


Monday, May 7, 2012

TRUDY & TEDDY


entry khas untuk Trudy & Teddy sempena BE yg sedang bermain2 di blog Ummi ...cuma Ummi xpasti blog yg mana 1...boleh gitu???
takpe nnt kite investigate ye.hehe

Tuesday, March 6, 2012

Mengidam Lagi | SE Xperia Arc S


Hari tu g jenjalan ngn incik hubby kat Mines.. adoiiii tertengok plak gadget nih.. terus jatuh CINTA PANDANG PERTAMA.. 
kawan2 ade tak yang pakai henpon ni?? boleh bg review ckit tak? 

Monday, March 5, 2012

Apa Celop!!!


Korang2 ade nengok tak drama nih?
Episod pertama mmg Ummi tinggal terus tak rasa nak tengok.. but bile sembang2 ngn 
adik ipar Ummi, katanya boleh layan la, kelakar ceritanya.. so episod 2 Ummi pun 
tunggu la Apa Celop!! nih..
Betol la..menarikkkk...
sesiapa yang belum tonton boleh la layan di TV3
ditayangkan pada setiap hari isnin pukul 9.00 malam
episod yg ketinggalan tengok la kat Tonton.com.my

Jom baca sinopsis nya:

Mengisahkan tentang Aman (Kamal Adli) dan Sawi (Taiyuddin Bakar) bercadang untuk berlumba kali terakhir supaya memenangi duit dengan harapan mengadakan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama kekasih mereka, Julia (Amanda Misbun) dan Munirah (Ika Nabella). Namun, niat baik mereka sering terhalang dek pelbagai masalah yang timbul selepas itu. 
Aman telah berlumba dengan Mako (Azad Jasmin), seorang Raja Rempit yang juga ketua samseng dimana seorang gadis kampung, Marsha (Wan Sharmila) dijadikan habuan kepada pemenang. Bagi menyelamatkan Marsha daripada menjadi habuan, Aman bertekad untuk menang perlumbaan tersebut. Kemenangan Aman telah mencalar maruah Mako yang tidak pernah kalah.
Aman dan Sawi terpaksa berbohong kepada Julia dan Munirah bagi menyembunyikan Marsha. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Marsha telah hilang ingatan selepas kemalangan jalanraya yang turut melibatkan Aman. Mako juga berang dengan Aman kerana gagal menyerahkan kembali Marsha dan mengugut akan mengambil Julia sebagai pengganti. 
Kebaikan Marsha telah menyebabkan Aman menganggapnya sebagai adik angkat. Sebenarnya, Marsha sangat berdendam dengan Aman yang menjadi punca kematian tunangnya di dalam satu perlumbaan haram yang lepas dan telah berpakat dengan Mako untuk memusnahkan hidup Aman. Pada waktu yang sama, Mako mempunyai perasaan terhadap adik perempuan Aman, Sofia (Shenthy Feliziana).
Hubungan Aman dan Julia serta Sawi dan Munirah dilanda konflik selepas mengetahui kehadiran Marsha. Julia mula rapat dengan seorang ahli perniagaan, Zahid (Zed Zaidi) untuk menyakitkan hati Aman. Zahid yang dibebani hutang sanggup menjual Julia. Bagi menyelamatkan Julia, akhirnya Aman bersetuju untuk berlumba dengan Mako. Satu perlumbaan yang akan menentukan nasib Aman dan Julia terletak dalam genggaman tangan Mako. Apakah yang akan berlaku seterusnya? 
Ni antara pelakon2 drama tersebut
Nampak menarik ceritanya kan.. drama Apa Celop ni  merupakan kesinambungan/adaptasi dari filem Hantu Bonceng..ade ubah ckit2 jalan ceritanya..

dan yang paling menarik lokasi penggambarannya ada di sekitar kawasan perumahan Ummi tinggal ni je.. hehehe

Entry Tertangguh | Hepi Befday AMs


Majlis Hari Lahir anak2 Ummi Amna & Amzar
Pada : 15 January, 2012
(Amna Bday: 7/12 , Amzar Bday : 13/1)
Tempat : Baiti Jannati

Bacaan Doa Selamat 


Upacara potong kek

Kek Amna paling mendapat perhatian sbb mermaid cekci..hehe

Kek Amzar Angry Bird








antara tetamu dengan hidangan jamuan... Laksa utara, mihun goreng kuih muih dan buah2an.. 

Thursday, March 1, 2012

ANAK MAWI + EKIN


Subhanallah.. tu je yang terkeluar dari mulut Ummi... cute sangattttt kannn???
CAHAYA MALAIKA BINTI ASMAWI

Wednesday, February 29, 2012

Penampilan Baru Ummi

Actually dah lebih 2 bulan Ummi berpenampilan baru cuma tak terbuat entry baru je...
 tak mo pnjang lebaq cheghita lah.. bagi la gambaq bercheghita kat hangpa ye.. 
cuma doakan Ummi istiqamah dengan penampilan sekarang.. 
Doa untuk diri sendiri ingin menjadi Muslimah Sejati dan Ikhlas.. 
AMINNNN


xde la berjubah berpurdah..sekadar melabuhkan yang dulu singkat dan 
menampakkan yang tidak patut ditunjuk.. 

Tuesday, February 28, 2012

Anak Mawi + Ekin


Anak Mawi + Ekin telah selamat dilahirkan ke dunia pagi tadi.. itu je berita gembira yang dapat Ummi kongsi..gambar anak dorang tak dapat tepek lagi sebab belem lagi dipublish di mana2.. teringin sangat nak tengok wajah baby dorang yang pasti kiut miut mcm ibu n ayahnya kannnnn... nak2 baby girl lagi tu... haishhhhhh... bila la nak dapat tengok...

Tuesday, January 31, 2012

Tolong2 Ummi :-)

Ni kisah anak2 Ummi.. yang si teruna nya macam ni : (biar gambar beritau ye)



2011-12-15 14.21.33.jpg
ni mula2..masa ni betul2 sapu sampah :-)

2011-12-15 14.21.38.jpg
pastu

tak lama lepas tu.....
2011-12-15 14.22.55.jpg

last2..jadi camni 

2011-12-15 14.23.18.jpg

yang si kakak plak time rajin siap mintak nak basuh pinggan..ni Ummi curi2 snap..
gmbr pun blurr sangat hehehe

2011-12-14 15.46.32.jpg

2011-12-13 15.05.12.jpg
tolong Ummi kopek kulit kacang nak buat kacang Togel..:-)

Gaya Tudung Anakberanak

2011-12-26 14.13.56_edit0.jpg

2011-12-18 14.09.35.jpg

Hihihi.. xtau apa nama pesen2 tudung ni.. 

Monday, January 30, 2012

Postponed entry !! hahah

2012-01-09 09.36.03.jpg

AHLI KELUARGA BARU UMMI

actually, ni entry tertangguh yang Ummi dah simpan sekian lama.. anak2 kucing ni dilahirkan pada 8 January, 2012 yang lalu.. dan sekarang hanya tinggal seekor jer.. yang putih tu..anak2 Ummi bagi nama Lala (watak teletubbies).. masa lahir ade 5 ekor tapi seekor telah mati masa dalam perut, masa keluar dr perut ibunya dia dah pun mati..sedih sangat.. :-(

2012-01-08 12.10.48.jpg
ni haa rupa baby kucing tu masa lahir..dah pun selamat dikebumikan di belakang rumah..
sedih tgk dia

then, sekor sekor mati disebabkan infection kat luka di kaki masing2.. hanya sekor je yang sihat cergas. skrg dah pun boleh buka mata n bertatih..heheh comel n gebu sangatttt.. bukan anak2 jer suke Ummi sekali suka..kalau main ngn kucing x ingat dah siap bercakap2 ngn anak kucing tu macam main ngn baby sendiri.. sape2 yang minat kucing mesti macam ni jugak kannnnn??

Cerita Albukhary

Terasa seperti berada di negara Timur Tengah bila mengunjungi Masjid Albukhary ni.. terletak di Yayasan Albukhary, Jalan Langgar, Alor Star, Kedah Darul Aman. 


Terpegun dan terpesona dengan keindahannya.. 


ni antara tempat singgahan Ummi masa ummi balik kampung semasa cuti CNY baru2 ni.. Ni perjalanan balik dari Perlis, singgah sebentar melawat adik bongsu Ummi di  Asrama Universiti Albukhary dan singgah solat maghrib di sini.. 



2012-01-25 20.01.45.jpg
suasana malam(kamera cap Samsung Galaxy S Plus-kualiti kureng di malam hari)

suasana di siang hari(ihsan pakcik gugel)


Tidak jauh kawasan sekitar Masjid ni terdapat sebuah Shopping Mall yang di namakan Souq Albukhary, tp Ummi  tak berkesempatan bersiar2 dalam tu sebab dah malam..kalau siang harussss terjah la kann.. 
Souq Albukhary (ihsan pakcik gugel lagik)



Di sini lah adik bongsu Ummi melanjutkan pelajaran di peringkat Asasi.. alhamdulillah adik Ummi antara yang bertuah terpilih belajar di sini tanpa perlu mengeluarkan sesen pun bayaran.. pergi dengan kelengkapan diri sahaja dan diberikan elaun bulanan lagi. 

Sunday, January 29, 2012

Di Buka Untuk Tempahan

2012-01-22 21.03.44.jpg

2012-01-22 21.02.46.jpg

Ni produk kraf Ummi yang terbaru iaitu Felt Pillow.. sape yang berminat nak tempah boleh la Like page Arissa Felt Craft

Friday, December 30, 2011

Semalam hari Air Mataku..

Tengok tajuk macam dapat berita sedih je kan.. tapi hakikatnyer kesedihan itu adalah kesedihan yang dicipta dan dicari oleh Ummi sendiri.. mesti lagi confuse kannn..

Cerita nya begini :... semalam semasa ummi menjahit tempahan dari customer tu, sesambil la menelek2 http://malaymoviesfull.blogspot.com/.. mcm2 drama ade kat situ kan termasuklah filem.. then ummi pilih drama Astro Biar Mimpi Sampai ke Bintang..citernye pasal budak2 remaja jer tapi ummi ternangis plak.. hero nyer sangat lah encem tau.. cair sape2 yg memandangnye.. apepun husband ummi paling ensem ok..hahaha.. Ummi malas nak taip pepanjang sinopsis citernyer ye..kalau yg kat rumah tu ade Astro opcoz dah tgk kan.. kalau belum klik je kat MMf tu then cari jer drama tuh...


Then, petang ckit Ummi dapat link filem Ombak Rindu.. ape lagi kan..sedih sedihan lagi Ummi.. tapi xde la meraung2 kan.. just bergenang air mata jer.. terasa gak la kesedihan nya.


Then, pukul 7 malam masing2 menanti plak kan drama bersiri TV3, Tentang Dhia.. adoiiyaiii Ummi menangis2 lagi..yang ni memang feel habis lah..meleleh2 air mata ni kalau ditadah baldi penuh kot..hahha xdelah just joking tapi mmg sedih giler citer ni dengan ending nya Dhia n Zikir meninggal kan..sehidup semati lah kiranya.. 

Malam plak tengok kesudahan filem Hindustan 3 Idiots tu.. citer dia cukup lengkap garam, gula, asam semua ada.. siap boleh nangis yang mula2 nmpk cam citer lawak.. tapi masa kakak si Pia nak bersalin tu agak tidak logik gak kan.. hehee takpe lah layan jer nama pun citerhindustan.. but memang ade gak part2 yang boleh mengeluarkan airmata.. 


Ape2 pun semalam sedar tak sedar Ummi tgk 4 drama dan filem yang sedih..mmg x disengajakn...terjadi dalam masa 1 hari.. dan jahit2 Ummi selesai jgk selai baju dalam 1 hari sesambil menonton, kannn.. alhamdulillah... 


Thursday, December 22, 2011

SOLEHAH

My Video : SOLEHAH yang sebenarnya – Naib Juara Solehah 2011 (Tv AlHijrah)

DUIT KERTAS BARU


Lebih menarik perhatian anak2 nmpknyer kan..kalerful tu..

Friday, December 9, 2011

Ombak Rindu betul2 berombak..


Lagi cerita tentang fenomenaOmbak Rindu yang masih melanda jiwa rakyat Malaysia kini.
Kisah kutipan filem Ombak Rindumemang menjadi bualan peminat dan juga penggiat media.
Terbaru, kedengaran yang filem adaptasi novel ini sudah berjaya mengutip RM5.2 juta setakat tayangan enam hari. Takjub.
Namun, ada satu kisah kurang enak keluar dari mulut pemilik asal kisah romantis epik Izzah & Hariz ini — berkaitan bayaran kepada Fauziah Ashari.
Penulis asal novel popular Ombak Rindu mendakwa yang beliau tidak menerima bayaran yang setimpal dengan idea, usaha & populariti karya beliau yang telah di’ulang cetak sebanyak 21 kali dan masih terjual sehingga ke hari ini.
Fauziah Ashari mendakwa bayaran yang di’terima hanya cukup cukup untuk tambang pergi balik dari Johor ke Kuala Lumpur dan beliau hadir atas dasar menyokong karya beliau yang di’angkat menjadi sebuah filem.
Penulis novel ini juga mendakwa tidak ada tinggal walau sesen pun duit hasil bayaran dari produksi untuk di’nikmati ketika ini sedangkan hasil kutipan di’pawagam mencecah jutaan ringgit.
Sebelum ini, Fauziah Ashari ada meluahkan perasaan tidak puas hati beliau dengan hasil akhir filem Ombak Rindu tetapi menerima apa yang terhasil dengan minda yang terbuka. – Cinema Online
Sumber :Roti Kaya

Bakal Setanding Disneyland @ Universal Studio??

Perak bakal menerima ramai pengunjung la nantikan.. dengan terbina sebuah taman tema bersandarkan katun animasi Upin & Ipin yang sememangnya sangat diminati oleh hampir semua kanak2 termasuk la anak2 Ummi.. 

Umum sudah mengetahui yang Les’ Copaque sudah mendapat restu kerajaan Perak untuk membina Taman Tema Upin & Ipin di Ipoh yang bakal menelan belanja RM200 juta dan pengumuman sudah pun di’lakukan Jun lalu.
Hari ini, Les’ Copaque akan mengadakan satu sidang media untuk mengumumkan projek Taman Tema Bergerak Upin & Ipin yang bakal menjadi platform awal kepada taman tema sebenar nanti.
Ummi dapat sumber ni dari Roti Kaya
Anak2 Ibu, mama dan Ummi yang lain minat ke ngn watak animasi yg terkenal nih?? :-)

Thursday, December 8, 2011

Sape yang kaki melancong?? lets...

Air Asia

Alhamdulillah..macam dah dapat bayangan nak dapat booking tiket time promosi nih.. Hopefully jadi kenyataan..cuma berdoa agar dipanjangkan umor agar dapat sampai ke destinasi pasa tarikh yang masih jauh lagi tu kan.. hmmm.. Aminnn.. 

Ummi teringin sangat nak ke Sabah @ Langkawi.. tapi kata incik hubby Langkawi pegi ngan kete lagi senang, boleh balik kampung sekali.. hehehe okkkk!!!  So, jadi Ummi beralih ke Sabah plak.. hehehe bukan ape teringin jugak nak naik kapal terbang bwk anak2, walaupun penah berkali naik kapal terbang sebelum ni kannn.. 

So, Jom... kawan2 yang masih belum membooking, sila ke website AA sekarang dan booking segera, byk destinasi menarik dengan harga yang berpatutan.. eh! tolong promot skali ni tau sbb BE AA tengah running kat blog ciput ummi nih.. 

Wednesday, December 7, 2011

Selamat Hari Lahir Sayang!!

SELAMAT HARI LAHIR, SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEQI YANG HALAL, JUGA UMMI DOAKAN KAKAK SENTIASA SIHAT DAN CERDAS, BIJAK DAN PANDAI, JADI ANAK YANG SOLEHAH..KEMARAHAN UMMI TIDAK BERMAKNA KEBENCIAN UMMI, ITU TANDA UMMI TERLALU SAYANGKAN KAKAK... JADILAH KEBANGGAAN UMMI YE SAYANG..

MY LOVELY PRINCESS:
AMNA SAFIYYAH BINTI SHAHIZAN become 5th today.. 

Saat baru melihat dunia..