Pages

Followers

Sunday, January 2, 2011

Nokia C5-03-terbaru dari NOKIA

Inilah dia Nokia C5-03, iklan baru yang dok menari2 kat LR blog ummi..terbaru dari NOKIA..




GENERAL2G NetworkGSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G NetworkHSDPA 900 / 1900 / 2100
Announced2010, October
StatusAvailable. Released 2010, December
SIZEDimensions105.8 x 51 x 13.8 mm, 65 cc
Weight93 g
DISPLAYTypeTFT resistive touchscreen, 16M colors
Size360 x 640 pixels, 3.2 inches
- Accelerometer sensor for auto-rotate
- Handwriting recognition
SOUNDAlert typesVibration; Downloadable polyphonic, MP3 ringtones
SpeakerphoneYes
- 3.5 mm audio jack
MEMORYPhonebookPractically unlimited entries and fields, Photocall
Call recordsDetailed, max 30 days
Internal40 MB storage, 128 MB RAM
Card slotmicroSD, up to 16GB, 2GB included, buy memory
DATAGPRSClass 32
EDGEClass 32
3GHSDPA, 10.2 Mbps; HSUPA, 2 Mbps
WLANWi-Fi 802.11 b/g, UPnP technology
BluetoothYes, v2.0 with A2DP
Infrared portNo
USBYes, v2.0 microUSB
CAMERAPrimary5 MP, 2592Ñ…1944 pixels, check quality
FeaturesGeo-tagging
VideoYes, VGA@15fps
SecondaryNo
FEATURESOSSymbian OS v9.4, Series 60 rel. 5
CPUARM 11 600 MHz processor
MessagingSMS, MMS, Email, Instant Messaging
BrowserWAP 2.0/xHTML, HTML, RSS feeds
RadioStereo FM radio
GamesYes + Java downloadable
ColorsGraphite Black, Lime Green, Petrol Blue, Aluminum Grey
GPSYes, with A-GPS support; Nokia Maps
JavaYes, MIDP 2.1
- MP4/H.263/H.264/WMV player
- MP3/WAV/еAAC+/WMA player
- Photo editor
- Organizer
- Voice command/dial
- Flash Lite 3.0
- T9
BATTERY Standard battery, Li-Ion 1000 mAh
Stand-byUp to 600 h (2G) / Up to 576 h (3G)
Talk timeUp to 11 h 30 min (2G) / Up to 4 h 30 min (3G)
Music playUp to 35 h
MISCSAR US1.36 W/kg (head) 0.89 W/kg (body)
SAR EU1.29 W/kg (head)
Price group

untuk keterangan lanjut..sila lawati www.nokia.com.my

Atas Permintaan Ramaiii..

Wahh..tajuk kemain hebat lagi ye..haha macam artis buat come back plak..!!
Actually, jumaat lepas ummi try la resepi apam yg ummi dapat dari SINI..
cube la kawan2 sangat sedap!! ummi cube buat apam ni
sebab dah rasa kat rumah kaklong ummi..sedap..
then dia gtau ambik resepi kat SINI..dah buat tu hantar la kat rumah MIL sikit..
ade la dalam 20 biji kot..ramai plak hari jumaat lepas,
then ade yang request suruh buat lagi.. so, hari ni rase cam rajin ckit..
ummi buat lagi sekali..hantar rumah MIL lagi tadi..
semua cakap sedap dan boleh ambik tempahan ni..heeee..
kembang sekejap hokay!! wahaha.. ni lah rope nyer apam ummi..
tapi gambo ni hari jumaat punye..hari ni tak sempat nak ambik gambar, zaasssss...
licing!!


Alhamdulillah..BE ke 8

Ummi telah mendapat BE ke 8 hari ni..Nokia C5-03
Hmm..bukan untuk menunjuk2 @ berbangga diri..
hanya untuk kenangan dan pembakar semangat untuk terus berblogging..
juga memberi semangat kepada sesape yang masih ternanti2
BE mereka,jangan serik,teruskan usaha kalian ya..Wallahu 'alam

my new BABY girl-LENOVO S10-3s



  • Intel® Atom™ N450 processor
  • 802.11b/g/n, WWAN, 3G and Bluetooth®
  • Up to 2GB DDR2 memory
  • Lots of expansion options for peripheral devices
  • Plenty of ports-3 x USB2.0, 5-in-1 card reader, VGA and more

Alhamdulillah..tanpa minta, tanpa ada rasa teringin,teliur @ sebagai nya...semalam masa jenjalan kat MINES (xtvt setiap minggu..hehe) tetibe incik hubby suruh ummi pilih
nak yang mana 1..wahhh pucuk dicita ulam mendatang...so, mata terbekenan la yang niiii...
nmpk sweet je, kaler merah pinky & putih.. sebab tu ummi panggil dia baby girl.
lepas ni semakin rajin la nampaknyer nak menghapdet blog kesayangan ummi ni...
hadiah dan semangat di tahun baru 2011..
hmmm...

Saturday, January 1, 2011

PELAKON TERKENAL MENINGGAL DUNIA


Hmmm..baru menginjak ke tahun 2011, sorang lagi artis yang dikenali ramai
juga bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana..Faizal Yusuf yg sangat dikenali
dengan watak Dani dalam drama Adamaya di TV3 tahun lalu..telah pun
kembali ke rahmatullah petang tadi akibat serangan jantung..Takziah diucapkan kepada
Siti Nordiana dan anaknya serta keluarga Allahyarham...
semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan
orang2 yang beriman...
AMIN

2011 digamit, 2010 dilambai


Selamat tahun baru semua..semoga tahun ini lebih bermakna untuk kita semua..
2010 sudah menjadi kenangan abadi tak mungkin berulang kembali...

Tahun ni ummi ade tanggungjawab baru.anak sulung Ummi
bakal masuk ke tadika Isnin ini. Macam2 perasaan ada nih.
Seronok, gembira, teruja, sedih, risau bercampur baur..hmmm
ape pun Ummi doakan anak ummi boleh menyesuaikan diri
di tadika nanti.belajar rajin2 sayang, jadi anak yang baik, bijak dan cerdik
...dengar cakap cikgu..

Friday, December 31, 2010

ini dia BE Ummi..

Ni lah dia BE ummi...pinjam laptop hubby..pesan suruh bawak balik..
kalau tak pesan mmg hubby tak bawak balik rumah..
nak tau kenape dia tinggal kat opis..reta opis la maknanya tuh,
kan?!

Thursday, December 30, 2010

Burukkkkkkkk!!!

Edit punye edit, punye edit...last2 nampak cam saaaaangaaaattt buruk..harapkan header je cantik..tu pun sebab model dalam gambar tu cun n hensem belake(sempat gak memuji diriku suamiku dan anak2ku) ..kalau takkkk...hehehehe buntu dah ni...nak buat cemana plak nih..waaa..waaaa...

Pengalaman itu Pengajaran

Semoga menjadi peringatan buat kita semua
Catatan hati seorang ibu di hari lahir seorang putera 30 Disember 2010.... genap usia Muhd Dinie Akmal B. Aminuddin 5 tahun ...
namun aper yg terjadi.. Sesungguhnya kuasa Allah mengatasi segalanya.... hanya dalam tempoh seketika diuji...
ibu tak sanggup dan belum benar bersedia untuk hadapi ujian sebegini.... sudah 2 hari Dinie demam...
namun semalam demam semakin pulih.. tepat jam 3.30 pagi Dinie kejutkan ibu untuk ke tandas... tapi...
Dinie menangis kerana tak dapat berdiri..... Masyaallah... katanya kaki Dinie sakit ibu.. Dinie tak boleh berdiri....
di keheningan pagi titis air mata semakin laju... walhal.. fikiran semakin bercelaru mencari punca kenapa putera ku tak dapat
berdiri sedangkan semalam lincah bermain.... saban sehingga subuh ibu setia di sisi memicit kaki
Dinie yang kembali tidur dengan linangan air mata dan penuh doa dan harapan agar pagi nnt Dinie dapat bangun seperti
sediakala untuk Majlis Suai Kenal Pra Sekolah........ jam 7.30 pagi... ibu kejutkan Dinie..
namun dia masih menagis kerana tak dapat berdiri.. hati ibu semakin gelisah....perasaan bercampur baur....
namun di kuatkan tekad untuk membawa Dinie ke sekolah terlebih dahulu sebelum berjumpa doktor... 8.20 pagi...
setiba di sekolah semua orang melihat Dinie yang didukung.... mungkin dalam fikiran mereka anak ini takut ke sekolah ?
atau anak ini menangis ? atau yang lebih sedih.... adakah anak ini OKU dan tidak dapat berjalan ?.........
Hanya mereka yang bergelar IBU hanya mampu merasa apa yang hati ibu ini lalui..... ..
Ya ALLAH hambaMu ini belum kuat untuk menerima ujian Mu yang hebat ini.... permudahkanlah segala urusanku.....
sihat sejahterakanlah anak ku.... .. rintih hati seorang ibu sepanjang berada di sekolah.....
Sehingga nama Dinie dipanggil untuk beratur ... Dinie masih belum mampu berdiri kerna menahan kesakitan....
hati mana yang tidak tersentuh dalam sekelip mata anak yang dikasihi berada di dalam situasi yang tidak dijangka.....
Ibu terus berdoa didalam hati..... 11.30 pagi sessi suai kenal tamat ibu dan abah bergegas membawa
Dinie untuk berjumpa pakar.... .. Alhamdulillah selepas diperiksa Dr Jimmy memberitahu ini adalah rentetan dari
demam yang belum pulih sepenuhnya dan menyerang otot kedua-dua belah kaki Dinie... dan bukannya... seperti apa yang
terlintas dihati ibu sejak awal pagi tadi....
BUKAN ibu mendoakan sesuatu yang tidak elok namun hati ibu tidak boleh menipu bahawa perasaan terlalu risau dan
takut itu mengaburi segalanya.... Lagipun kejadian ini pertama kali berlaku pada Dinie selama usianya 5 tahun...
Ibu terlalu bersyukur ke hadrat Allah swt kerana memakhbulkan doa ibu yang tidak putus untuk kesejahteraan Dinie..
setelah diberikan ubat.... jam 3.00 ptg tadi Dinie telah dapat BERJALAN seperti sediakala.... ALHAMDULILLAH....
lalu Dinie menjerit " Ibu ... i can move forward and back forward now..." dengan penuh syukur ibu memeluk Dinie...... walaupun langkahnya pada awal agak perlahan namun kembali normal setelah dia mula melangkah dan melangkah......
Ya ALLAH sesungguhnya Kau yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani hambamu yang Dhaif....
pesan ku buat semua yang bergelar ibu.... hanya mereka bergelar ibu mengandung, melahirkan, menyusu,
mendidik dll hanay merasai detik getir yang aku lalui.... moga kalian tidak acuh tidak acuh dalam menjaga
anak yang demam atau di timpa musibah lain.... permata dikurniakan Allah adalah tanggungjawab yg perlu disempurnakan.....
semoga kita semua mendapat tempat sebagai ibu selamanya di hati anak-anak hingga ke akhir hayat...
Insyaallah....... Muhd Dinie Akmal permata hati ibu......

sumber: Nurdalilah Saidin - kawan sekolej ummi dulu..tp xtau dia masih ingat ummi @ tak..
ni ummi dpt dari wall kawan yg lain..

Peristiwa Ummi di 2010


hmmm...sebenarnye tak banyak la peristiwa yang berlaku sepanjang 2010, maksud ummi peristiwa yang membawa kenangan la kannn..so..jom kita review satu persatu :

13 January, 2010:
Kelahiran Baby Boy Ummi(anak ke 2 Ummi)
Amzar Syakir Bin Shahizan




28 March, 2010:
Berpindah ke rumahku syurgaku..
alangkah bahagia rasanya bila berlantai dan berbumbungkan rumah sendiri...Alhamdulillah..thanks so much to my lovely hubby!!
ms ni masih dalam pembinaan..rumah dah siap tak ambik gambar pun..hehe



28 April,2010:
Pemergian Tokwan tercinta.. Alfatihah untuk tokwan.


20 September,2010:
Ummi kene minyak panas..huhu agak teruk lecurnya..


Ummi dah dapat BE!!!


Alhamdulillah..Ummi juga berpeluang dapat rezqi yang Allah kurniakan melalui BE..
tapi sedih sebab tak dapat nak share kat sini coz PC ummi ni tak tau ape
masalah takleh nak on nuffnang. so, Ummi check nuffnang tru henpon je..
xleh nak copy, paste bagai2 lagi ye!!...sekarang Ummi
dah ade 7 BE dari Digi Blackberry, Friso, Colgate n Titus...
Digi, Titus n Friso 2-2 blog dapat..cuma Colgate je hanya 1 di personal blog yang ni..dan dalam 7 BE ni semua ada ye..LB, LR dan SS.

Berbanyak terima kasih pada nuff dan penaja2 iklan tersebut..sangat2 menghargainya..lain kali boleh tambah lagi bebanyak iklan kat blog2 ummi ye!!

Wednesday, December 29, 2010

PUISI SUAMI ISTERI...part 2

gambar sesaje tayang muka pengantin lama..hehe

sambungan dari part 1..

Masih gagal juga?

Tunggu saja rajuknya reda

emosi isteri

bagai riak-riak air dalam cawan

jangan digoncang... Buat selamba

lambat laun, gelombang akan tenang

air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas...

kalau ternyata, rajuknya berfakta

masamnya berdata, geramnya berilmiah

marahnya ada prima facie

ini rajuk taraf tinggi namanya

perlu ditangani berhati-hati

kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima

mengaku lalu berjanji serta berikrar

"Sayang abang tak ulang lagi"

katakan "Sayang... abang alpa"

bisikkan "Darling... I lupa..."

hulurkan tangan, pinta kemaafan

pendekatan kasanova, tapi hati suci.

Rajuk isteri seperti mangga muda

perisanya masam

tetapi...

kalau kena cicahnya

enaknya akan terasa.

ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii)

Arghh...

tiba-tiba isteri merungut

malah kadangkala agak mengugut

minta aksesori serta perabut

minta Villa yang tersergam indah

atau mahligai di lereng bukit

sedangkan kita bukan Shah Jehan

yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya

tetapi isteri pula, persis Nur Jehan

yang meminta petanda keagungan cintanya

Katanya "Seabadi permata... segermelapan intan"

sedangkan ditangan kita

cuma cincin tembaga.

Aduh...

peritnya mengukur cinta

dalam ukuran mayam atau menimbang setia

menerusi Bursa Saham papan utama

kasih isteri, turun naik

mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri

diakan dulu pilihan kita ?

semasa mekarnya

dia dihargai, dipuja-puji

dia kini sudah menjadi ibu

pada anak-anak kita

sudah takdir...

permata yang dipilih

perlu digilap semula.

Namun

putus asa jangan sekali

terimalah dia, dengan redha.

justeru isteri

pada hakikatnya

adalah bayang-bayang suami

wanita adalah tulang rusuk yang bengkok

luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras

lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya

lalu pada saat yang kudus

setelah bersolat bersama

bisikkanlah "Duhai isteriku...

marilah kita bina perkahwinan ini

dengan cinta yang sejati

marilah kita kutip rezeki

dengan keringat tersuci

kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya

padamu isteri,istanamu, di hati ini

padamu sayang

kalung cintamu, di jiwa ini."

Tuesday, December 28, 2010

PUISI SUAMI ISTERI...part 1


Kata pujangga

perempuan bagaikan angin

lembutnya melenakan

ributnya menggusarkan.

Adakalanya;

mereka seperti ibu

menyaji kasih, menghidang sayang

adakalanya mereka seperti anak

ingin dibelai, minta dimanjakan

adakalanya mereka seperti nenek

berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,

merekalah insan yang terhampir

teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.

bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i)

Psst...

Tiba-tiba isteri merajuk

pandai-pandailah memujuk

buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya

teliti dengan hati yang terseni

rasional atau emosi?

andainya emosi, belailah emosi itu

jangan cuba dihadapkan secara rasional

kerana si dia tak akan terdaya

mengunyah hujah, berilah walau seribu sebab

lengkap dengan perangkaan statistik

atau dokumen saintifik

berserta dengan beberapa affidavit

dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini

fikiran telah ditawan perasaan

sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa

jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal?

cuba gunakan sentuhan

semarakkan belaian.

Monday, December 27, 2010

TIME KASIH ANJE aka MAMA BALQIS


ini entry khas ditujukan pada ANJE aka MAMA BALQIS..
dah lama ummi tunggu ni...hehe terharu sangat bile senior blogger aka OTAI
melawat n sempat komen kat blog ummi...rasa mcm..oh!! indahnya...
time kasih sangat2 Anje..lenkali datang lagi ye...folo sekali tau!! bonus la kan...
Ummi mmg selalu lawat blog Anje n komen2 kat entry beliau..
bukan ape, baca entry2 dan jenguk2 anak dara Anje yg comel lote tu...

Mengidam ABALONE

Pehal plak ummi ni tetibe jer mengidam Abalone??!! pregnant kah?! haha bukan itu sebab nyer ye kawang2 sekaliang..

Alkisahnyer sebab suke sangat tengok rancangan Ho Chak! kat TV8 ..


maka, berlaku lah rembesan air liur ummi nih..kwang..kwang..kwang...
nak pulak nampak ca ya nun alif tu makan kemain selera lagi..
ape lagi tekak ni mula la verangan mak jenin nak rasa Abalone..







then, semalam g jalan2 cari makan kat Johnny..restoran steamboat..


then tgk menu ade la nmpk abalone...mak datok!!!! sekor je RM 168.00 huhu....
tak jadi ummi meng"oder"..kang kempis poket incik hubyy...huhu
hubby xkisah, but dia kata kang kite oder sekali xsedap camana..huhu
hmmm betol jgk kannn....so nak tanye la kengkawan yang dah penah rasa abalone ni...
ape rasanya ek?? gtau ummi ye..

Thursday, December 23, 2010

Anak anakku..bangun makan ubat sayang...

Hmm...kalau anak demam mulalah ummi tak lelap tido..kejap2 bangun cek suhu badan dorang..si kakak agak kuat demamnya banding adik...alhamdulillah tak banyak ragam,suruh bangun makan ubat,bangun jer..semoga anak2 ummi cepat sembuh,psssst...mcm mana nak g outing kalau demam,rajin2 makan ubat ye..hehe
Published with Blogger-droid v1.6.5

Wednesday, December 22, 2010

Bisakah Aku menjadi fotografer???!!






Sleeping beauty

Haaa..kalau nak tau ni lah gaya princesses tido..haha yo lah tu.. princess ummi je yg tido rupe ni..kalau dah kecapek an..gini lah jadinya..tgh elok2 tengok katun kiteretsu..boleh terlolap plak..ih..ih..gano mu nih..kokye pun nak tidoq, habaq la kat ummi dulu... sebenarnye ni tengah tunggu ayah nye balik dr keje,then nak g makan satay..sambil2 tu layan katun dulu..penat sangat main..terlentok atas sofa..heeeeeeee
Published with Blogger-droid v1.6.5

Saturday, December 18, 2010

Satay Mas, Kajang



Entry tertangguh** semalam pergi dinner kat Satay Mas, Kajang.
Satay dia memang sangat mabeles di Eropah...ape ummi melalut sampai ke Eropah plak nih...tapi memang the BEST satay yang Ummi penah mkn laaa...
sape yang dok kajang mesti tau kan? mcm2 jenis satay ade..
satay, ayam, lembu, kambing, rusa, ostrich,arnab dan mcm2 lagi lah..
ummi tersangat lah lupa nak snap gambar...just beberapa jer yang di ambil..
but gambar satay langsung takde sebab sangat asyik makan dah tak ingat nak bergambar..huhu..len kali kita snap banyak2 yer!..






KHASIAT KANGKUNG


Ummi nak masak bubur untuk anak2, then jenguk dalam peti hanya ade carrot ngan kangkung jer..huhu boleh ke anak2 ummi makan kangkung ni..hmmm...then ape lagi tanye incik google la about the khasiat.Alhamdulillah, ade gak khasiat nye...jom kita baca sama2:-

Jangan tahu makan sahaja… Begitu pesan orang tua-tua. Kalau di kampung penulis, kangkung boleh didapati percuma sahaja. Sesiapa yang mahu, boleh dikutip dipinggir sawah dan tali air. Memang sedap kalau dimasak sebagai sayur lebih-lebih lagi jika digoreng bersama belacan dan cili. Kangkung juga banyak dicampur bersama pelbagai jenis menu masakan, malah boleh dicelur dan dimakan bersama sos tiram atau pencicah.

Nama saintifiknya ialah Ipomoea Aquatica (nak sebut pun susah). Bahasa Inggerisnya ialah Water Spinach, tumbuh liar di negara-negara Asia Tenggara – Wikipedia.
Di kalangan orang tua-tua, kangkung masyhur sebagai tumbuhan penawar racun. Kangkung juga mempunyai pelbagai khasiat perubatan yang lain. Antaranya:
1.Penawar busung, lemah badan dan keputihan pada faraj.
Caranya, masukkan sayur kangkung kedalam masakan bubur, kemudian dimakan. Amalkan selalu, insya-Allah afiat.
2. Penawar batuk.
Rebus airnya kemudian diminum.
3. Penawar gelisah, tidur tidak lena serta sakit kepala .
Banyakkan memakan sayur kangkung untuk menenangkan perasaan gelisah.
4. Rawatan diabetes.
Terdapat juga kangkung yang berwarna ungu yang mempunyai khasiat sebagai ubat herba untuk merawat diabetes.
5. Merawat bisul, jangkitan kulit, terseliuh dan bengkak-bengkak.
Tumbuk halus atau kisarkan kemudian ditampalkan pada tempat yang sakit sebagai ubat luaran.
6. Rawatan buasir.
Rebus akarnya dan amalkan selalu, insya-Allah afiat.