Pages

Followers

Friday, December 17, 2010

Jenguk kebun orang..haha


Upppsss...dah 2 hari tak hapdet my beloved blog..huhu
busy betol(ha!ha1..busy yang ntah ape2) ..bukan ape..
buat masa ni adik ummi yang baru abis sepiem tu datang rumah...
punya lah syok melayan , bergebang ngan dia pok pek pok pek...
sampai hampir2 lupa ade tanggungjawab sampingan..hahaha...sian my blog..

laa..dah cam nak lari tajuk plak..ekcelli, malam ni
just nak share gambar2 kebun sedare ummi..
p belek2 album kat facebook dia tadi..then jumpe la gambo2 yang menarik perhatian ummi..geram betol tgk kebun dia yang menjadi tuh! jom tengok pics:-

ni pokok hape?! cube teka? kalau betol dpt tepukan dari ummi...

tengok..kemain rajin hubby dia haaa...semangat dia menuai..
anak2 dia si Daniel n Athen pun tolonggg...tengok!!

haaa..dah tau kan? itu kentang/potatoes..heee syoknya..


tengok tu..semangat ayah turun ke anak2nyer..


hah!! hambik ko!! gumuks2 kentang nya..
ni kalau dapat sebijik je boleh seperiuk sup nih!

epal pun ade

ni plak beetroot..ummi pun tak penah rasa nih..
tp rasanya spesis lobak kot..


tapi...ada tapinya...semua ni kebun belakang rumah sedare ummi kat falmouth, UK
hahaha..mimpi je ummi nak dpt merasa @ nak tanam semua nih..huhuhu

Wednesday, December 15, 2010

SENDA PETANG

Ternampak kat facebook tadi..then terus copy masuk sini..hehe jangan la kiter jadi camni..mudah mudahan akan kekal bahagia selamanya..aminn







Tuesday, December 14, 2010

JANGAN BIARKAN ANAK ANDA MENANGIS!!!

Kepada kawan2 yang ade anak..please baca ni yer!..maybe ade yang dah tau, tapi ummi nak maklumkan pada yang belum tau..lagi2 sape2 yang tinggalkan anak kat nursery @ pengasuh...sila maklumkan pada dorang, jangan biarkan anak2 anda menangis berpanjangan tanpa dipujuk.. ummi terjumpa ni dalam inbox email ummi...dalam spam..tujuan dorang nak jual buku RAHSIA TANGISAN BAYI..yg pasti ade gak pengajaran buat kita...sharing is caring!

Gambar hiasan..amzar syakir yang sedang menangis!

Berikut Adalah Sebahagian Daripada Petikan Kata-kata Pakar Tentang Kesan-kesan Negatif Daripada Tangisan Bayi Yang Tidak Ditenteramkan:

--------------------------------------------------------

"Leaving babies to cry for longer and longer periods at night, in order to train them to sleep through the night, can actually lead to harmful levels of the stress hormone cortisol in the baby’s system. Cortisol can stay in the brain at high levels for hours, and over a prolonged period “can cause damage to key structures and systems in a developing brain”.

(Margot Sutherland, in ‘The Science of Parenting’ [Dorling Kindersley Ltd, 2006])

-------------------------------------------------------


"Parents should recognize that having their babies cry unnecessarily harms the baby permanently. It changes the nervous system so they're sensitive to future trauma."

(Dr. Michael Commons, Dept of Psychiatry, Harvard)

--------------------------------------------------------

"Parents who leave their babies to cry themselves to sleep too often may unwittingly cause their infants to suffer from brain damage, which will adversely affect a child's learning ability later on in life"

(Penelope Leach; The Essential First Year-What Babies Need Parents to Know (DK Publishing, April 19, 2010))

--------------------------------------------------------


"If this [kind of crying] is the way it is for baby day after day, it takes a toll on the body. It creates a state of stress, raising blood pressure and pulse rate. Eventually it compromises oxygen level"

(William Sears, Pediatrician Constance Keefer of the Brazelton Touchpoints Center at Children's Hospital)

--------------------------------------------------------


"Tangisan yang berpanjangan mungkin boleh dikaitkan dengan masalah yang lebih serius misalnya meningitis (jangkitan pada selaput otak)"

(Dr Noor Aziah Mohd Saari

Pakar Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC),

TERSENTUH BILA BACA NIH..

Bayi rupanya

KOTA TINGGI: Seorang kaki pancing menangis teresak-esak apabila objek disangka sampah terlekat pada tayar depan keretanya ketika hendak menurunkan bot di pelantar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di tebing Sungai Johor, di sini, pagi semalam, rupa-rupanya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Lim Kin Chee, 58, mengundurkan kereta Datsun Wagon miliknya ke gigi air apabila tayar depan kenderaannya tersekat.

“Saya ingatkan sampah dan turun untuk membuangnya, tetapi terkejut apabila mendapati objek yang menyekat pergerakan kereta saya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat.

“Mayat itu tersembul keluar dari beg plastik hitam di bawah tayar kereta. Hampir separuh tubuh bayi itu terhimpit di bawah tayar dan saya menangis kerana kesedihan melihat keadaan itu.

“Saya sedih, marah dan kecewa sikap individu yang tidak berperikemanusiaan kerana membuang zuriat sendiri,” katanya.

Ketua Balai Polis Kota Tinggi, Cif Inspektor Mohd Azizi Abd Razak bersama pegawai dan anggotanya bergegas ke lokasi penemuan bayi itu sebaik menerima panggilan telefon daripada Lim.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot mengesahkan penemuan mayat bayi lelaki berkenaan.

“Kami meminta bantuan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk membantu siasatan dan mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

“Setakat ini, siasatan masih berjalan dan tiada tangkapan dibuat. Keterangan Lim juga sudah diambil dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi 07- 8837222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber :- Hmetro.com.my

Monday, December 13, 2010

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya...


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Sama tapi tak serupa..heeee

tadi ummi on fb kejap...then nampak gambar ni...
adik Ummi buat gambar ni then tag ummi...heeeeee..
ummi sangat lah suke...comeeeeeellll sangat...
gambar Amna Safiyyah masa umo lebih kurang 2 tahun
ngn gambar Mia Sara Nasuha..

Saturday, December 11, 2010

Dah dekat pukul 12 tgh mlm ni dik oiii..

Adoiyaiii...anak2 ummi tak nak tido lagiii..huhu...ummi dah ngantuk ni..ayah dok buat form D (ummi pun tak tau ape mende tu)... mcm2 keje boleh buat gelap2 nih..lampu dah tutup semua..tp still boleh panjat memanjat lagi...si kakak sibuk melayan Ipod dia..tak reti2 ngantok la anak2 ummi nih..tapi ok gak kan,ade gak bahan ummi nak buat rencah di blog ummi tgh2 mlm ni..hehe jadi gak keje...
Published with Blogger-droid v1.6.5

Friday, December 10, 2010

Ummi dapat ni

Hmmm..posmen ni malas buat keje ke...ummi dapat slip ni, selalunya kalau pos daftar @ pos msia yg laju tu hantar brg kite xde rumah baru dia tinggalkan slip ni..tapi ni depan mata ummi posmen tu letak dalam posbox..ummi baca tgk "...kerana anda tiada di rumah(smthing like that laa..mls nak g tgk balik..hehe).. dah jadi keje pulak esok nak kene pegi pos opis..hishhh... tak tau pulak bungkusan dari sape nih...maybe hadiah contest anak Ummi kot..tak sabar pulak nak tau..
Published with Blogger-droid v1.6.5

Dah 5 Tahun Perjalanan Cinta Kami

Alhamdulillah…hari ini…

genaplah 5 tahun usia perkahwinan Ummi & Ayah…

sepanjang usia 5 tahun ni..pelbagai dugaan jugak yg kami lalui…InsyaAllah kami Berjaya lalui dengan tabah…

Sudah pun dikurniakan Allah 2 orang cahaya mata iaitu

CITRA CINTA ummi dan ayah…

Ummi sangat2 bersyukur atas pemberian Allah yang tidak ternilai ini…Semoga perjalanan CINTA Ummi dan Ayah kekal bahagia hingga ke Syurga Allah..juga semoga Allah memberkati hubungan ini, menambah rezki yg halal buat kami sekeluarga, juga semoga

Allah mengeratkan dan mengukuhkan lagi ikatan

cinta dan kasih sayang kami sekeluarga…

AMIN..



Thursday, December 9, 2010

TQ ibu batrisya

Alhamdulillah hadiah dah selamat sampai...dari ibu batrisya..ni hadiah contest baby raya baby bergaya hari tu..amna menang 1st Prize...time kasih sgt2 ye ibu batrisya..amna sangat suke..
Published with Blogger-droid v1.6.5

Wednesday, December 8, 2010

SELIPAR RM9.90 SAMPAI KE MELAKA

Purposely beli this slippers untuk holiday ke Melaka hari tu...

iye la..kan kene berjalan banyak kalau ke sana…

dengan selamber badak nyer Ummi pakai this silippers

go everytime & everywhere..

huhu…


Tuesday, December 7, 2010

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!!



PUTERIKU SAYANG AMNA SAFIYYAH


7 December, 2006..saat Amna Safiyyah melihat dunia...
5 jam selepas dilahirkan

7 December 2010...
Ulangtahun kelahiran Amna Safiyyah yang ke-4

Selamat Hari Lahir Buat anak Ummi yang tercinta…

hadirMU dalam hidup Ummi & Ayah merupakan saat paling berharga

dan istimewa..tiada ternilai…doa Ummi semoga Anak ummi

menjadi anak yang solehah, taat pada perintah Allah,

bijak, pintar, cerdik, pandai dan yang seangkatan dengannya..

tahun depan anak Ummi akan melalui dunia baru di sekolah, belajar dan berinteraksi dengan cikgu dan kawan2…

semoga anak ummi bersedia..Ummi juga mendoakan

anak ummi Berjaya dunia dan akhirat…

AMINNN..

Ummi dedikasikan lagu nasyid ini khas buatmu sayang ….

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Monday, December 6, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432


1 Muharram

Satu Muharram detik permulaann
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan nabi dan ummat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban
Harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercintaaa...

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah.. aaaa
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam

Untuk Sepanjang Zaman..

Alhamdulillah...Syukur pada allah kerana dipanjangkan usia untuk bertemulagi dengan Tahun baru Hijrah ini..Semoga di tahun baru ini ummi dapat memperbaiki kelemahan diri kepada yang lebih baik lagi di tahun baru ini…InsyaAllah..amin

MAKAN, MAKAN DAN MAKAN!!


Suke Makan tapi tak nak naik plak berat badan tuh!!…mana taknyer…

tersangat lah lasak macam bulldozer!! Haha..betol ke?

Nape ummi cakap mcm tu?? Ye lah…semua bende dia nak tenggalong

(bahasa KEDAH rasanya,kalau tak betol bagitau eh).. kalau ngn walker merempit plak dia..kemain laju berlari.huhu

HEhe..ni lah dia RAGAM anak teruna Ummi yang semakin membesar dengan

gelagatnyerr…

jom kite layan picas gelagat bile anak Ummi makan!


makan satay!!..jgn buang lidi...nantiiii...


nanti saya mengamuk dan menangis camni tau!!


Makan jagung.. nyum..nyum..


Makan ayam goreng, nugget dan kentang goreng...
sgt gelojoh dan tamak..wakaka!


Nak buang tulang ayam tu, dia tak kasi..sedap agaknye..


Friday, December 3, 2010

MELAKA...WELCOME US!


Hati agak berbunga riang hari nih..sebab esok kami akan

bercuti ke MELAKA!! Seronok sekali sekala dapat makan angin..actually sekarang, Ummi tengah packing baju, belum siap lagi..asyik tertangguh jer dek perangai anak teruna Ummi sorang yang sangat manje.. i like!!

Alhamdulillah..

Program bersama rakan2 sekolah hubby. 4-6 Disember, 2010..




Diantara perancangan yang telah di blacklistkan black n white kan..:

cekidaut!!

Kami akan bermalam di Holiday Inn..


Nak cuba menggayatkan diri kat Menara Tamingsari..

yeeehhhaaa!!


Juga menelusuri River Cruise..yezza..!


Bawak Anak2 mengenali haiwan di Zoo Melaka..


Menjamu selera di restoran ikan bakar Umbai


Shopping di Jonker Street

(tak tau ape yang dorang nak shopping sini…nanti je kite tengok k!)


Anyway..kawan2 doakan perjalan kami ke sana,
di sana dan kembali dengan selamat ye! dan
MAYBE
Ummi akan ade saguhati tambahan untuk follower bertuah Ummi...
jeng..jeng...jeng!!!!

WHAT THE.....?????

Buweeeekekkkk!!!!

Saaaaangaaaatttt.....

GERAM ok!!

dengan logo di atas tu...ntah ape ke$%^&* nyer hari nih!!!

nak log in ok...nak komen, nak post status tak boleh,

nak chat pun tak boleh...

sungguh menguji kesabaran ummi hari nih..

Sabar...sabar...sejukkan hati..nasib baik ada gak penyejuk hati Ummi,agak ok hari ni, laju je..senang ckit hati ni..ada penawar gak..

Alhamdulillah..



Thursday, December 2, 2010

TOUCHING! MAK, I LOVE YOU!!!!!


3yrs old:"Mummy, I love you"..

10yrs old:"Mum whatever!"..

16yrs old:"My Mum is so annoying!"..

18yrs old:"I wanna leave this house."..

25yrs old:"Mum, you were right." ...

30yrs old:"I wanna go back to my Mum's house."..(NI MCM KENE SANGAT NGN UMMI..HUHU)

50yrs old:"I dont wanna lose ...my....Mum."..

70yrs old:"I would give up EVERYTHING for my Mum to be ...here...with me..."

Wednesday, December 1, 2010

1ST LUCKY DRAW


Assalamualaikum semua...jom meriahkan Lucky Draw Ummi yang pertama nih ye!..
kalau dapat sambutan maybe Ummi akan buat Ga dan seterusnya contest plak, dan pastinya hadiah lebih lumayan...

PRINCESS SWEETY-AMNA SAFIYYAH WON 3RD PRIZE

Ini gambar yang ummi pertaruhkan...
Alhamdulillah Princess Ummi won 3rd Prize..
thanks so much to Mamaraisya , para juri dan Beautiful Girl..
penaja hadiah 3rd prize dah siap tanye umo dan kaler
yang diminati oleh my princess..ape lah hadiah agaknyer ye...
tak sabar nak tengok..mesti best...terima kasih sangat2...