Pages

Followers

Monday, October 17, 2011

Mengesan Kamera tersembunyi & Cermin 2 Hala


A. Bagaimana Mengesan Kamera …Tersembunyi di Dalam Bilik Percubaan?
▪ Sebelum masuk ke dalam ‘fitting-room’ pastikan handphone anda mampu untuk membuat PANGGILAN KELUAR dan network coverage cantik. Kemudian setelah masuk ke dalam ‘fitting-room’, cuba buat panggilan keluar (miss call pun tak pe) dan lihat apa hasilnya.
Jika anda TIDAK dapat membuat panggilan, itu bermakna berkemungkinan ada CCTV ataupun kamera tersembunyi berdekatan kerana kabel fiber optik telah menyebabkan gangguan pada network semasa anda cuba untuk membuat panggilan keluar. Jadi, berhati-hatilah.
B. Bagaimana Untuk Mengesan Cermin 2 Hala?
▪ Apabila kita masuk ke tandas, bilik mandi, bilik hotel, bilik persalinan, dan sebagainya, adakah anda benar-benar yakin setiap cermin yang diletakkan disitu untuk melihat wajah anda adalah benar-benar cermin sahaja ataupun cermin 2 hala? Terdapat kes orang memasang cermin 2 hala untuk tujuan mengintai seperti cermin yang terdapat di bilik penyiasatan BALAI POLIS.Ia adalah amat sukar untuk mengenal pasti permukaan dengan hanya melihat. Jadi, bagaimanakah caranya?Mari kita lakukan satu ujian mudah:Letakkan hujung kuku anda terhadap permukaan reflektif dan jika ada RUANG antara kuku anda dan imej kuku, maka ia adalah cermin tulen.
▪ Walau bagaimanapun, jika kuku anda terus menyentuh imej kuku anda, maka berhati-hatilah. Ia adalah cermin 2 hala (mungkin ada seseorang yang sedang melihat anda dari sebalik dinding). Jadi ingat, setiap kali anda melihat cermin, lakukan “Ujian Kuku.” Ia tidak merugikan apa-apa buat anda dan ia juga mudah untuk dilakukan.

3 comments:

[leily.laily] said...

tq 4 sharing info nih..
bahaya, bahaya nih.. kena lebih ati2..

sueada said...

thanz for the info, sis. :)

Juliet_iRa~" said...

nice info..
thanks k.iza..
hee..
ira sll gak pandang ats kalo nak g fitting room..heee..
takut ada org ngintai..;p