Pages

Followers

Tuesday, March 6, 2012

Mengidam Lagi | SE Xperia Arc S


Hari tu g jenjalan ngn incik hubby kat Mines.. adoiiii tertengok plak gadget nih.. terus jatuh CINTA PANDANG PERTAMA.. 
kawan2 ade tak yang pakai henpon ni?? boleh bg review ckit tak? 

Monday, March 5, 2012

Apa Celop!!!


Korang2 ade nengok tak drama nih?
Episod pertama mmg Ummi tinggal terus tak rasa nak tengok.. but bile sembang2 ngn 
adik ipar Ummi, katanya boleh layan la, kelakar ceritanya.. so episod 2 Ummi pun 
tunggu la Apa Celop!! nih..
Betol la..menarikkkk...
sesiapa yang belum tonton boleh la layan di TV3
ditayangkan pada setiap hari isnin pukul 9.00 malam
episod yg ketinggalan tengok la kat Tonton.com.my

Jom baca sinopsis nya:

Mengisahkan tentang Aman (Kamal Adli) dan Sawi (Taiyuddin Bakar) bercadang untuk berlumba kali terakhir supaya memenangi duit dengan harapan mengadakan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama kekasih mereka, Julia (Amanda Misbun) dan Munirah (Ika Nabella). Namun, niat baik mereka sering terhalang dek pelbagai masalah yang timbul selepas itu. 
Aman telah berlumba dengan Mako (Azad Jasmin), seorang Raja Rempit yang juga ketua samseng dimana seorang gadis kampung, Marsha (Wan Sharmila) dijadikan habuan kepada pemenang. Bagi menyelamatkan Marsha daripada menjadi habuan, Aman bertekad untuk menang perlumbaan tersebut. Kemenangan Aman telah mencalar maruah Mako yang tidak pernah kalah.
Aman dan Sawi terpaksa berbohong kepada Julia dan Munirah bagi menyembunyikan Marsha. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Marsha telah hilang ingatan selepas kemalangan jalanraya yang turut melibatkan Aman. Mako juga berang dengan Aman kerana gagal menyerahkan kembali Marsha dan mengugut akan mengambil Julia sebagai pengganti. 
Kebaikan Marsha telah menyebabkan Aman menganggapnya sebagai adik angkat. Sebenarnya, Marsha sangat berdendam dengan Aman yang menjadi punca kematian tunangnya di dalam satu perlumbaan haram yang lepas dan telah berpakat dengan Mako untuk memusnahkan hidup Aman. Pada waktu yang sama, Mako mempunyai perasaan terhadap adik perempuan Aman, Sofia (Shenthy Feliziana).
Hubungan Aman dan Julia serta Sawi dan Munirah dilanda konflik selepas mengetahui kehadiran Marsha. Julia mula rapat dengan seorang ahli perniagaan, Zahid (Zed Zaidi) untuk menyakitkan hati Aman. Zahid yang dibebani hutang sanggup menjual Julia. Bagi menyelamatkan Julia, akhirnya Aman bersetuju untuk berlumba dengan Mako. Satu perlumbaan yang akan menentukan nasib Aman dan Julia terletak dalam genggaman tangan Mako. Apakah yang akan berlaku seterusnya? 
Ni antara pelakon2 drama tersebut
Nampak menarik ceritanya kan.. drama Apa Celop ni  merupakan kesinambungan/adaptasi dari filem Hantu Bonceng..ade ubah ckit2 jalan ceritanya..

dan yang paling menarik lokasi penggambarannya ada di sekitar kawasan perumahan Ummi tinggal ni je.. hehehe

Entry Tertangguh | Hepi Befday AMs


Majlis Hari Lahir anak2 Ummi Amna & Amzar
Pada : 15 January, 2012
(Amna Bday: 7/12 , Amzar Bday : 13/1)
Tempat : Baiti Jannati

Bacaan Doa Selamat 


Upacara potong kek

Kek Amna paling mendapat perhatian sbb mermaid cekci..hehe

Kek Amzar Angry Bird








antara tetamu dengan hidangan jamuan... Laksa utara, mihun goreng kuih muih dan buah2an.. 

Thursday, March 1, 2012

ANAK MAWI + EKIN


Subhanallah.. tu je yang terkeluar dari mulut Ummi... cute sangattttt kannn???
CAHAYA MALAIKA BINTI ASMAWI