Pages

Followers

Monday, February 28, 2011

Ce citer...ce citerr..


Hmm...ada filem baru...dah 2-3 minggu tayang kat panggung, tapi ummi tak pegi tengok lagi pun...ummi ni bukan kaki panggung, penah masuk panggung skali jer..tu pun dalam 10 minit, pastu ummi keluar..hehe anak buat perangai..ms tu tgk citer Narnia. ok lah tak mo citer panjang..jom baca ulasan filem ni yang ummi dapat dari MURAI

FILEM: Sini Ada Hantu
PENGARAH: James Lee
PELAKON: Alvin Wong, Baki Zainal, Ramasundran, Fasha Sandha,Qhaud AF, Eira Syazira, Sufian Mohamed, Beto Khushairi, Pete Teo, Chen Puie Heng, Chen Puie Kong, Taiyuddin Bakar, Chommat Samad
PENERBIT: Tayangan Unggul dan Double Vission
GENRE: Komedi Seram
Klasifikasi: PG13
Mula Tayangan: 10 FEBRUARI 2011
Sekali Imbas
Melihat sahaja pada tajuk filem ini kedengaran seperti sepenuhnya mengisahkan filem seram, tetapi apa yang berlaku dalam filem ini adalah sebaliknya. Biarpun unsur seram diterapkan, namun filem ini lebih menonjolkan unsur komedi serta menerapkan aksi-aksi kejutan yang ringan kepada penonton.
Ulasan Penuh
Filem bergenre komedi seram yang diarahkan oleh pengarah, James Lee telah menggabung tiga cerita hantu Malaysia dari kisah-kisah hantu yang biasa didengar dalam setiap kaum di Malaysia. Tiga cerita hantu itu adalah Hantu Pokok Pisang (Hantu Melayu), Hantu Nombor Ekor (Hantu Cina) dan Hantu Asrama (Hantu Tentera Jepun).
Selain menerapkan konsep 1 Malaysia dalam kisah-kisah hantunya, James juga menerapkan unsur perpaduan kaum menerusi barisan pelakon-pelakonnya. Pada permulaan babak filem seram kedua garapan pengarah, James ini sahaja sudah menunjukkan penyatuan kaum antara Melayu, Cina dan India apabila menampilkan tiga pelakon yang dibintangi oleh Baki Zainal, Alvin Wong dan Ramasundran yang bekerja dalam satu tempat.
Tidak banyak kejutan yang berlaku dalam filem komedi seram ini tetapi apa yang membuatkan ia seperti filem seram lain adalah teknik bunyi atau Dolby Sound yang digunakan. Sedikit sebanyak kesan sistem bunyi itu memberi impak seram kepada penonton.
Biarpun impak seramnya tidak mendalam namun pengarah cuba juga menonjolkan kesan seram itu dalam filem ini menerusi jalan ceritanya yang suspen ditambah dengan teknik CGI (computer generated imagery) menerusi ketiga-tiga kisah siri hantu berkenaan supaya ia nampak lebih menggerunkan. Namun, bagi penulis tahap seram yang ditonjolkan dalam filem ini agak terlalu ringan dan ia mungkin kurang memberikan kepuasan kepada mereka yang benar-benar meminati filem berbentuk horror.
Malah, penonton lebih banyak ketawa daripada menjerit oleh gelagat dan aksi lucu yang ditampilkan ketiga-tiga pelakon utamanya iaitu Alvin, Baki, dan Ramasundran. Wajah Alvin yang selamber itu mudah buat penonton ketawa, begitu juga dengan Baki yang lebih menonjolkan idea yang fresh untuk melawak dengan cara yang berbeza dengan pelawak lain yang sedia ada.
Biarpun filem ini banyak menampilkan pelakon-pelakon Melayu dan Cina yang tidak begitu popular dan tidak pernah beraksi di layar perak, namun bakat lakonan mereka nyata sama hebat dengan pelakon-pelakon filem yang sudah established. Malah mesej dan lawak yang hendak disampaikan juga mudah diterima penonton.
Apa yang pasti, penampilan istimewa pelakon penuh kontroversi, Fasha Sandha sebagai Hantu Pokok Pisang telah mencantikkan filem ini. Fasha yang hanya muncul dalam beberapa minit itu tampil dengan gaya yang sangat menggoda.
Namun mungkin penonton agak sedikit hampa kerana dia dibiarkan tanpa berbicara apa-apa dialog dalam filem ini. Malah kemunculannya hanya sebagai penyeri filem ini. Selain tampil cantik, Fasha juga akan berubah menjadi sangat hodoh dengan mekap dan teknik CGI yang ketara ketika dia menyerang mangsanya.
Selain itu, filem ini juga banyak menerapkan unsur pengajaran yang sangat jelas terutama dalam kisah Hantu Nombor Ekor. Kisah ini mengisahkan mengenai kaum Cina yang hidup susah dan bergantung pada nombor ekor untuk hidup senang. Namun ia menjadi pengajaran selepas mereka semua yang meminta pertolongan roh untuk mendapatkan nombor ekor itu telah mati seorang demi seorang.
Secara ringkas, filem kelima Astro Shaw Sdn Bhd yang dihasilkan dengan usahasama Double Vision Sdn Bhd ini mengisahkan tentang dua rakan sekerja yang dikehendaki menghantar sebuah keranda secara mengejut ke sebuah kampung.
Dalam perjalanan menghantar keranda tersebut, mereka bercerita dan membuat perbandingan tentang kepercayaan hantu masing-masing. Tanpa disedari cerita mereka telah didengari oleh makhluk halus sepanjang perjalanan tersebut.

sape penah tgk citer ni?? ape ulasan anda pulak?

Nak Tahu?? DEMYUH!!

Nak tahu? Masa aku pergi Tesco bersama suami dan anak, aku singgah masuk ke satu gerai manakala suami dan anak cuma tunggu di luar saja. Bila aku keluar dari gerai, terus aku paut pinggang suami. Mamat tu terkejut sakan. Sekali silap orang. Baju saja yang sama macam suami aku. Suami aku siap gelak besar pada aku yang malu ni. DEMYUH
Nak tahu? Hari tu aku main futsal dgn mber2 aku. Aku pjam sportshoes mbe aku. longgar seyy.. disebabkan nk main, aku pakai je. Sampai 1 time aku nk tunjukkan yg aku ni pro n nk sumbatkan gol, tetibe yang gol bkn bola, tp kasut 2 yg msuk gol. bola xgerak pun. DEMYUH
Nak tahu? Aku tgh jalan kaki dgn memember. Masa tu pakai sport shoes. Tiba2 tali kasut terbukak. Sebab tgh penat gila babeng, malas nk berhenti tunduk ikat balik. Tiba2 dgr bunyi BAM!!! kuat gila. Blur kejap. Aku angkat kepala, rupanya aku terhantuk papan tanda bongok. Kawan2 aku gelak sampai terduduk. DEMYUH

Nak tahu? Baru-baru ni aku pergi jumpa pengarah satu jabatan tu untuk minta kerja. Aku difahamkan pengarah ni sangat garang orangnya. Selepas aku duduk, dia pun mula la bertanya sesuatu. Aku yang kurang dengar apa dia cakap tu terus memberitahu tujuan aku datang. Dia terus tengok aku dengan pandangan yg pelik. Rupa-rupanya dia bercakap dengan interkom la tadi. DEMYUH
Nak tahu? Hubby aku pergi bayar di kaunter dan aku tunggu dalam kereta di stesen mimyak. Tak sampai 5 minit hubby aku masuk dan terus drive. PELIK! Dia kata nak isi full tank tadi. aku buat bodoh aja. Baru sampai kat trafik light depan, hubby aku maki-maki kata meter tank dah biol. Baru isi minyak dah klip merah lagi. Aku tanya dia, "sebenarnya you ade isi ke tak?" Dia tepuk dahi. Katanya dia bayar tapi lupa nak isi minyak. DEMYUH
Nak tahu? Masa saya dan rakan saya dalam lif, tiba-tiba saya terperasan yang zip seluar saya terbuka. Saya pun meminta tolong rakan saya untuk menutup zip saya kerana tangan saya sudah penuh dengan barang-barang kereta. Elok sahaja rakan saya sedang menutup zip seluar saya, pintu lif terbuka dan ada sekeluarga yang sedang menunggu lif memandang kami dengan penuh terkejut. DEMYUH

Saturday, February 26, 2011

Zizan Teruja Dipilih Menjadi Hos Melodi Bersama Dira




KUALA LUMPUR, 23 FEB 2011: Bagai bintang jatuh ke riba. Begitulah perumpamaannya bila pelawak dan pengacara popular, Zizan ditawarkan oleh pihak Media Prima untuk mengendalikan program hiburan paling sensasi di TV3 iaitu Melodi.
Pemilihannya dalam Melodi adalah bagi menggantikan tempat pengara asal lelaki rancangan tersebut iaitu Wahid Senario. Manakala tempat Fara Fauzana pula bakal digantikan dengan pelakon Dira Abu Zahar.
Teruja dengan pemilhannya, bintang kelahiran program realiti Raja Lawak musim pertama ini menganggap ianya sebagai peluang terbaik buat dirinya kerana program tersebut telah berjaya menaikkan beberapa nama besar dalam bidang pengacaraan tanah air sebelum ini.
"Pada awalnya saya terkejut dan tak percaya juga dengan tawaran yang diberikan. Mana tidaknya, seperti yang kita tahu, rancangan hiburan itu pun sebelum ini pernah dikendalikan oleh personaliti yang hebat-hebat seperti Aznil Hj Nawawi, Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Saiful Azmi(Apek).
"Apatah lagi, Melodi juga merupakan sebuah program hiburan yang sudah melewati hampir 20 tahun usianya, mempunyai reputasi yang cukup baik di kalangan peminat serta selebriti tempatan serta mampu bertahan sehingga kini," katanya kepada murai.com.my
Bakal menggalas tugasnya secara rasmi bersama Dira bermula pada 3 April 2011 ini, Zizan memberitahu pemilihannya sebagai pengacara berkemungkinan berdasarkan kriteria serta ciri-ciri yang ada padanya sebagai seorang pengacara.
"Terus-terang saya sendiri tidak tahu apakah kriteria terperinci yang ada pada diri saya yang membuatkan saya ini dipilih, tetapi saya diberitahu oleh mereka (pihak penerbit) bahawa saya memiliki kriteria sebagai pengacara yang mereka cari.
"Saya tak mahu pemilihan saya ini dilakukan tanpa bersebab. Tapi nyata, kesungguhan mereka untuk saya menerima tawaran ini telah membuatka saya rasa lebih berbesar hati untuk menerimanya," kata Zizan sewaktu ditemui di majlis sidang media Maharaja Lawak di Sungai Penchala, petang semalam.
Bagaimanapun, Zizan yang telah pun mengikat kontrak selama satu tahun bersama Melodi itu mengakui agak gementar untuk berdepan dengan reaksi penonton dalam program tersebut yang sememangnya diakui telah pun mempunyai pengikutnya yang tersendiri.
"Untuk mengambil alih sebuah program besar seperti ini bukabnlah satu tugas yang mudah. Sudah tentu saya rasa sedikit gementar. Malah, saya juga takut untuk berdepan dengan expectation yang cukup tinggi yang bakal diberikan oleh penonton nanti.
"Namun bagi mengatasinya saya perlu memperbanyakkan homework dan kajian serta mengambil tahu banyak benda tentang apa yang berlaku dalam dunai hiburan semasa kita. Jika masih ada pihak yang mahu membandingkan kebolehan saya dengan pengacara sebelum ini, saya anggap ianya dalah satu hal lumrah," ujar anak kelahiran Terengganu ini lagi.
Ditanya tentang gandingannya bersama Dira pula, Zizan memberitahu dia cuba akan mencari keserasian dengan pasangan pengacarannya itu dengan sebaik mungkin.
"Biarpun saya belum berpeluang untuk bekerjasama dengan Dira sebelum ini tapi saya percaya keserasian itu akan timbul jika masing-masing ikhlas serta mahu membantu antara satu sama lain dalam mengendalikan program ini," katanya yang pernah mengacarakan rancangan Idola Kecil pada 2008.
Sementara itu, Wahid dan Fara akan mengendalikan program Melodi buat kali yang terakhir di lokasi Karnival Jom Heboh Batu Kawan, Pulau Pinang pada 27 Mac ini, manakala Zizan dan Dira akan mula mengambil alih tempat mereka pada minggu berikutnya.
Kedua-dua mereka akan ditampilkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 yang akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 3 April 2011 nanti.

sumber: http://www.murai.com.my/

Friday, February 25, 2011

Rindu bertandang lagi...

Hmmm...hatiku sudah rindu sama kamu2..
setiap hari rindu makin mencengkam..mendalam..
tika hati diulit resah, gelisah, merajuk menjeruk, aku rindu pada kamu2 lagi..
tempat untukku meluah rasa, membangkit ceria, menghilang duka...
RINDU..
mengapa kau bertandang
kerana darah yang mengalir di tubuhku
adalah sama yang mengalir ditubuhmu..
tiada yang boleh menghalang kerinduan ini
kecuali Takdir Ilahi
bilakah kita kan bersua kembali
MAK, DIKZAN n AMI..
Kaklang RINDU kamu semua...


Pelakon Aliah Lee Reda Setelah Dua Kali Alami Keguguran



Alhamdulillah..Vee kembali bertudung..
KUALA LUMPUR 23 FEB 2011: Sama seperti pasangan yang lain, pelakon dan penerbit drama jelita Aliah Lee turut mendambakan cahaya mata menerusi perkahwinan keduanya, bersama ahli perniagaan yang bernama Mohamed Zekri Ibrahim.
Telah pun melayari bahtera kehidupan lebih setahun bersama, Aliah mengakui ingin memiliki zuriat bersama Zekri meskipun kedua-dua mereka sudah pun mempunyai cahaya mata sendiri menerusi perkahwinan yang lalu.
Namun setelah dua kali mengalami keguguran sekitar tahun lalu, Aliah atau lebih mesra dengan panggilan Vee memberitahu, mereka kini lebih reda untuk menerima keadaan itu dengan hati yang lebih terbuka.
Bahkan mereka tidak lagi bercadang untuk memiliki cahaya mata memandangkan usia kedua-duanya telah pun meningkat namun dalam waktu yang sama, mereka tidak menolak seandainya ianya dikurniakan Ilahi.
"Saya dan suami memang nak anak sangat tapi sayangnya tahun lalu, saya mengalami dua kali keguguran. Mungkin tak ada rezeki lagi kot. Jadi mahu tak mahu, kami terpaksa terima keadaan itu dengan seadanya. Lagipun, usia kami pun dan meningkat. Jadi, rasanya tak sesuai kot memiliki anak pada usia yang macam ni.
"Apapun, kami bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Tuhan terhadap kami sebelum ini. Saya ada lima anak hasil perkahwinan lalu dan suami juga ada dua orang anak. Jadi biarlah tumpuan kami kini hanya pada anak-anak yang sedang membesar ini," katanya membuka bicara mengenai mahligai yang baru dibinanya itu.
Bahagia dengan apa yang dimiliki hari ini, Aliah menganggap segala yang singgah dalam diari kehidupannya yang lalu merupakan satu ujian buatnya untuk terus cekal sebagai individu di muka bumi ini.
Mengulas mengenai imej dirinya yang kembali bertudung selepas bergelar isteri, kata wanita berusia 38 tahun ini, semuanya dilakukan bersebab.
"Saya memakai semula tudung tahun lalu selepas berkahwin. Bukannya disuruh oleh suami atau sesiapa tapi dengan kerelaan saya sendiri. Saya mengaku selepas bercerai dengan bekas suami pertama, saya memberontak.
"Jadi saya tak bertudung tapi akibatnya saya yang rugi malah saya tahu impaknya. Sekarang saya dah kembali tenang. Saya juga turut berbincang dengan suami tentang perkara itu dan akhirnya dengan rela hati saya memakai semula," katanya yang baru sahaja menerbitkan drama bersiri seram, Mantera Anjasmoro yang akan ditayangkan di slot Seram TV3 mulai Mac ini.


Sumber:http://www.murai.com.my/

Thursday, February 24, 2011

Raja Azura, Shiera & Zizan Raja Lawak Hos ABPBH2010

Bahang kehangatan Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2010 kian terasa dengan pengumuman pengacara, penyampai trofi dan barisan artis yang akan buat persembahan di malam kemuncak ABPBH 2010 nanti.
Yang pasti, hos untuk ABPBH 2010 adalah terdiri daripada pelawak komedi terkenal tanahair yang pernah mengacara anugerah berprestij ini.
Tahniah kepada Raja Azura, Shiera dan Zizan Raja Lawak yang telah dilantik untuk menjadi pengacara Anugerah Bintang Popular 2010. Semoga dengan lawak spontan dari mereka akan menghiburkan hadirin dan penonton sekaligus menjadikan anugerah ini lancar dan menghiburkan.
Raja Azura
Raja Azura
Zizan Raja Lawak
Zizan Raja Lawak
Shiera
Shiera
Raja Azura dan Shera pernah menjadi pengacara ABH tahun lepas. Cuma pada tahun ini, Zizan diserap masuk untuk menjadikan ABP lebih ceria. Lagi pun, dari kajian yang dibuat oleh ABP, majlis nampak suram kalau takde hos lelaki dan kurang ‘remaja’. Jadi dengan adanya Zizan, ABP lebih gempak dan happening. Lawak Zizan kan power.

Anugerah Bintang Popular 2010 akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highland pada 3 April 2011. Anugerah tahunan ini bertemakan Moden Klasik, tema yang akan memperagakan fesyen yang moden dan klasik dengan fabrik anggun dibawa oleh Euro Moda Gulati’s dan 5 pereka muda iaitu Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Zery Zamry, Hazwani Osman dan Nik Erwan Roseli.

Pertunjukan fesyen ini diiringi persembahan nyanyian oleh juara BIBH2008, Nazatul, Naib Juara, Syazwani selain dua bakat baru, Wana dan Nashrin.

Pengumuman hos, penyampai anugerah dan barisan artis yang buat persembahan telah berlangsung pada jam 3 petang hari ini di Holiday Villa, Hotel & Suite yang turut dihadiri oleh Encik Mahfar Ali, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian merangkap penasihat 1 ABPBH2010, Hanizam Abdullah, Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABHBH2010, Zainuri Misfar, Pengarang HIburan Berita Harian merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH2010, rakan penaja, media dan artis yang bakal buat persembahan pada malam anugerah itu nanti.

Pada majlis itu juga penyerahan tajaan daripada Naza Bike dan SimplySiti sebagai rakan penaja dan penyertaan Celcom Axiata Berhad sebagai penaja utama yang akan bersama menjayakan ABPBH tahun ini turut diadakan.

Penyerahan tajaan dilakukan oleh wakil penaja kepada Encik Mahfar Ali, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian merangkap Penasihat 1 ABPBH2010.

Teguran Membina dari Eyriqazz..

Semua ni di copy paste dari Eyriqazz.com...kata beliau:


Segmen tegur menegur kembali. Seperti dijanjikan di entry Last Day Give Away RM300+ Haven Restaurant Voucher|Siapa Mahu Ditegur? dan cabutan dibuat di random.org, inilah dia yang berjaya ditegur oleh eyriqazz :


Teguran :

1) Header cantik, tapi rasanya template blog perlu ditukar. Nampak agak murang templatenya.
2) Widget Follower rasanya kurang sesuai berada di bawah header. Cadangan, alihkannya di ruang Sidebar.
3) 3 Column, ruangan main entry nampak sempit dan kurang menarik .
4) Font. Agak besar ,warna putih, membuatkan kurang selesa bila membaca. First impression is important especially buat new readers like me.eyriqazz.com

Alhamdulillah..ummi sangat nantikan komen dari blogger berpengalaman seperti beliau. tak disangka ummi bertuah mendapat teguran ini...InsyaAllah ummi akan buat correction tentang apa yang disuarakan...terima kasih Eyriqazz.

Gathering di Bangku Kosong


Gathering di Bangku Kosong

end 26 Feb,2011

Hadiah dari penaja dah sampai...




Alhamdulillah...penantian yang dah berakhir dan sangat2 berbaloi...Hadiah Contest baby raya baby bergaya dah sampai...cantik sangat baju ni...terima kasih banyak kepada penaja Maisyz Collection dan penganjur contest Ibu Batrisya..

Hadiah dari Qaseh



Alhamdulillah..dah selamat sampai hadiah dari Qaseh..memang sebelum ni tak tau pun ape hadiahnyer. bila buka2 jer tengok...wow!!! sangat suka..cantikkk!!
time kasih sangat2 pada Qaseh ye..len kali buat contest lagi...heeee

Wednesday, February 23, 2011

Anak Ayah Pin antara pelajar cemerlang STPM Terengganu

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Anak Arifin Mohamad atau 'Ayah Pin' adalah antara 12 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Terengganu.
Mohd Khairul Adhar Arifin, 20, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut, memperolehi 4A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Seni Visual, Bahasa Melayu dan Sastera.
Anak keempat daripada enam adik beradik itu tidak menjadikan kontroversi yang berkisar mengenai ayahnya sebagai halangan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
"Apa yang berlaku ke atas ayah saya, saya tidak ambil kisah dan ia tidak mengganggu pelajaran saya. Sudah enam tahun saya tidak jumpa ayah dan ibu yang banyak memberikan saya semangat untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan supaya dapatmengubah nasib kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di sekolahnya hari ini.
Mohd Khairul Adhar memperuntukkan masa selama lima jam setiap hari untuk mengulang kaji pelajaran selain menyertai diskusi kumpulan dengan rakan sekelas. - Bernama

Make Up Ur Entry Contest:

end 28/2/2011


hmmm...Ummi ni tak kreatif macam orang lain. 
Tapi disebabkan Ummi suka PINK, ummi nak join contest yang PINK ni...
tengoklah kat atas ni..takat ni jer yang ummi mampu buat
(ye ke??..lebih lagi kalau tak kesuntukan masa..hehe) 
Anak ummi juga suka PINK, kalau beli baju nak warna PINK, 
asal warna PINK semua cantik, tak kira lah ape bende pun, janji warna PINK.. 
gambar2 kat atas tu gambar kitorang g jalan2 ke lain2 tempat..pakainya PINK,
 nampak tak puan penganjur??? hehe itu sajer yang Ummi nak share ngn puan penganjur contest...
tak menang pun tak per janji ummi berjaya meriahkan contest ini!!! 

oppsss..lupa nak show off my netbook kat cni..nak tau kenapa ummi nak showoff netbook ummi kat cni???


sebab warnanya PINK...dark PINK...comel kannnn?

Monday, February 21, 2011

Semalam i pegi haMID VALLEY!!!

Semalam pujuk2 hubby ajak gi jalan mana2...dengan syarat tak nak pegi Mines..bukan ape, hubby ummi ni sgt senang, kalau pegi jalan bawak ummi dan anak2 pegi Mines, alasan dekat dan macam2 ada.Hasilnya, tiap2 minggu kitorang pegi Mines.. Huhu..mmg la Mines tu sgt dekat ngn rumah ummi tapi bagi la pandangan Ummi ni luas sikit, ye tak..sekali sekala langkah bior ler panjang ckit...pujuk2...rayu2...dapat la sampai ke haMID Valley..Alhamdulillah...sekali sekala pujuk dapat gak...Time kasih ye abang sayang!!! kalau bab bejalan mmg ummi sangat suke..mana tak nye hubby keje isnin sampai sabtu..full day..hari ahad je ummi n anak2 nak tengok dunia..kalau tak dalam rumah je la kitorang... tapi keluar agak lewat laaa..lepas asar dalam pukul 5 baru keluar, selesaikan keje2 di rumah dulu.. 

Sampai sana, perut dah lapar..cari makan dulu laaa.. 










pesal ummi tunjuk gambar minum jer nih??!! Masya Allah..baru perasan ms makanan sampai xsempat nak snap2...sebab kelaparan dah masing2...terus zuppppp...habis licin...habis makan g jalan2 sat, pastu dah maghrib...lepas maghrib sempat la ummi tgk2 handbag kat Sembonia... ish..ish...tak sangka incik hubbby suruh pilih nak yang mana..terharu youuuuu...dalam hati melonjak kegembiraan, macam tau2 je isteri beliau yang kecik comei ni teringin handbag baru...wakakaka!!! harga boleh tahan..

cantik ke? ummi ni xpandai sgt memilih barang, tapi hubby cakap cantik, ummi ambik je laa

anak2..dapat kasut sorang sepasang


dan ade lagi beberapa helai baju untuk anak2..so, kitorang left Mid Valley pukul 9.30 mlm.



kata2 ummi: ummi jarang2 sekali ke Mid valley, thats why keterujaan ummi lebih semalam..heeeeeeeeeee




Pahang tanggung tiket ke Mesir

Pahang tanggung tiket ke Mesir
TEMERLOH – Kerajaan negeri Pahang akan menanggung sepenuhnya kos tiket kapal terbang 400 pelajar negeri itu yang bakal pulang menyambung pengajian di Mesir selepas krisis politik negara berkenaan kembali pulih.
Selain itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri turut menyumbang wang tunai RM500 kepada para pelajar terbabit sebagai perbelanjaan mereka.
Beliau berkata, bantuan tersebut diberikan kepada semua pelajar terbabit walaupun kerajaan negeri hanya menaja 200 penuntut di bawah Yayasan Pahang manakala selebihnya pelajar persendirian.
Katanya, pemberian tersebut tiada kena-mengena dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.
“Kerajaan negeri prihatin dengan masalah yang dihadapi pelajar dan akan membiayai sepenuhnya tambang balik pelajar terbabit ke Mesir bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian apabila keadaan di negara itu kembali stabil,” katanya di sini semalam.
Sebanyak 8,341 pelajar Malaysia di Mesir dibawa pulang ke tanah air menerusi Ops Piramid ketika negara tersebut mengalami pergolakan politik baru-baru ini.
Kosmo! difahamkan, harga tiket sehala bagi penerbangan Gulf Air dari Kuala Lumpur ke Kaherah, Mesir ialah RM2,158, Emirates sebanyak RM3,058 manakala Egypt Air sebanyak RM2,014.

Mayat bayi dalam plastik

Mayat bayi dalam plastik
PETALING JAYA: Seorang pemancing yang mengambil dan membuka satu bungkusan beg plastik yang ditemui di tebing Sungai Kayu Ara, di sini untuk dijadikan bekas mengisi hasil tangkapannya terkejut apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat serta sudah berbau busuk, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, bayi lelaki cukup sifat ditemui dalam beg plastik berwarna putih yang disimpul rapi dan dipercayai dibuang di tebing sungai itu dalam tempoh 24 jam lalu.
Mohd Rizal Ramli yang sering memancing di sungai berhampiran Sri Pentas TV3, Bandar Utama itu tidak mengesyaki bungkusan berkenaan mengandungi mayat bayi walaupun ia berbau busuk dan dikerumuni lalat.
“Bayi berkenaan dibungkus dengan empat beg plastik. Tiga lapisan pertama beg plastik putih dan ketika membuka lapisan terakhir plastik berwarna hitam saya terperanjat melihat ada bayi didalamnya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed yang turut meninjau lokasi penemuan mayat bayi itu berkata, bayi terbabit dipercayai sudah mati agak lama kerana sudah berbau, namun dipercayai dibuang dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui.
Menurutnya, tiada kecederaan ditemui pada tubuh bayi malang yang berkulit agak cerah itu dan ia dilahirkan cukup sifat.
“Kita percaya bayi itu sudah mati terlebih dulu sebelum dimasukkan ke dalam plastik berkenaan dan dibuang ke tebing sungai. Mayat bayi itu akan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat,” katanya.
Arjunaidi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sementara itu dalam kejadian berasingan kelmarin, seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di hadapan rumah seorang penduduk di Kampung Labohan Dagang, Banting, awal pagi kelmarin.
Ketika ditemui kira-kira jam 6.45 pagi itu, bayi itu dipercayai baru dilahirkan.
Bayi itu dibawa pemilik rumah berkenaan ke Hospital Banting untuk rawatan.

Friday, February 18, 2011

Rendang Daging

Hmmm..hari ni ummi bercita2 nak masak rendang daging. Sebelum ni ummi 
dah penah masak rendang ayam. So, nak cuba rendang daging plak. 
Agak renyah masak daging ni sebab nak kena rebus dulu sampai aga2 empuk/lembut. 
Masakan ape pun nak kene rebus dulu daging ni kalau tak gigi palsu korang sure tertanggal punyer lahhhh...kekekkekekek. Sekarang Ummi tengah merebus daging, rasa2 dah 
sejam lebih daging direneh atas api tu. hmmm...maybe dalam sejam setengah lagi 
lembut la tu kot. so, petang nanti boleh la ummi masak rendang 
dinner untuk my beloved hubby!! harap2 menjadi dan sedap la yer....
Amin


Sumber: Sajian Kaseh

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

1kg daging- potong kecik-kecik
2 peket kecik rempah kurma
1/4 cawan kerisik
1 biji kelapa-ambik santannya
garam
gula melaka / gula
sedikit air asam jawa
Bahan-Bahan di kisar
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1-1/2cm halia
1-1/2cm lengkua
15-20 biji cili kering
Bahan-Bahan di mayang
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Cara membuatnya
Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.

Perhatian : Pastikan anda memasak dengan api perlahan