Pages

Followers

Monday, January 31, 2011

Kutipan Filem Melayu untuk tahun 2010

SUMBER: Oh Artis


Berikut adalah jumlah kutipan untuk filem-filem melayu/tempatan kita untuk tahun 2010. Ada banyak filem yang kutipannya diluar jangkaan dan ada darinya filem yang terlampau meletakkan jangkaan tinggi sehingga berpuluh-puluh juta, tetapi akhirnya setengah juta pun tidak sampai. Itulah warna-warni dunia hiburan.

1. NGANGKUNG – RM8.18 million
2. HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH – RM8.12 million* (still showing)
3. ADNAN SEMPIT – RM7.66 million
4. KL DRIFT 2 – RM5.67 million
5. LAGENDA BUDAK SETAN – RM4.28 million
6. JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2 – RM4.23 million
7. TIGER WOOHOO – RM4 million
8. V3:SAMSENG JALANAN – RM3.88 million
9. NIYANG RAPIK – RM3.72 million
10. ICE KACANG PUPPY LOVE – RM3.6 million
11. CUTI-CUTI CINTA – RM3.17 million
12. MAGIKA – RM3.14 million
13. MANTRA – RM2.74 million
14. SENARIO ASAM GARAM – RM2.47 million
15. ZOO – RM2.17 million
16. LU PIKIRLAH SENDIRI – RM2.15 million
17. SEMERAH CINTA STILETTO – RM2.13 million
18. AKU MASIH DARA – RM2.05 million
19. KECOH BETUL – RM2.03 million
20. LELIO POPO – RM2 million (estimated)
21. 4 MADU – RM1.82 million
22. DAMPING MALAM – RM1.66 million* (still showing)
23. JANIN – RM1.42 million
24. APPALAM – RM800,000 (estimated)
25. AKU TAK BODOH – RM740,000
26. ANDARTU TERLAMPAU: 21 HARI MENCARI SUAMI – RM560,000
27. 2 ALAM – RM440,000
28. 2 HATI 1 JIWA – RM400,000
29. ESTET – RM350,000
30. BELUKAR – 300,000
31. HOOPERZ – RM290,000
32. KAPOWW!! – RM270,000
33. CRAYON – RM53,000
34. THE KILLER CLOWN – Less than RM50,000

Sunday, January 30, 2011

Nasib Badannnn

Hmmm..mengeluh pagi2 ni..haisshh..tak baik tau..bukan ape..semua BE ummi dah jadi ME...ni lah gara2 malas sangat nak update blog agak nyer..huhuhu sedih sekejap..tinggal ni je BE ummi setakat ni yang rasanya hayatnya pun dah tak lama...tak pe la kan..ni semua rezeki..alhamdulillah setakat rezki yang Allah bagi ni..yang pasti tak leh nak cash out lagi..

Saturday, January 29, 2011

Dapat email dari PM????


Kawan2 dapat tak email macam ni..special dari PM..
betul ke? Ucapan Selamat Tahun Baru Cina tuuu..
masa raya Aidilfitri hari tu tak dapat pulak..
Isi nya kat bawah ni..jom baca...

Salam 1Malaysia!

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun BaruCina buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.

Setiap kali tibanya perayaan ini, saya masih terbayang kemeriahan dan keceriaan yang saya lalui semasa kecil. Sudah pasti saya tidak akan ketinggalan mengikut ibu bapasaya menziarahi rakan-rakan beliau yang berketurunan Cina. Makanan kegemaran semasa musim perayaan ini semestinya kuih kapit, kuih bangkit, tat nanas, kerepek "ngaku" manakala limau Mandarin sering menjadi pilihan utama. Teringat juga, sewaktu kecil adakalanya saya dihampiri oleh rakan-rakan ibu bapa yang menghulurkan angpow. Tetapi sekarang, suasana sudah berbeza. Hidangan sudah berubah, pelbagai juadah seperti sate, ais kacang, mi rebus dan maruku juga disediakan.

Semoga di Tahun Arnab ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!


Ikhlas daripada
Najib Razak & Keluarga



Thursday, January 27, 2011

Wardina Safiyyah balas komen ummi kat FB..terharu nyerrrr


Semalam lepas Ummi komen kat Fbook Wardina yg satu ni terus dia confirmkan Ummi kat Official Page dia ni..Ummi pun tak ingat dah bila ummi add dia..yg pasti agak lama laa..semalam ummi ade komen kat status dia seperti yang tertera di atas..hehe then, Ummi pun konon2 macam nak bagitau la yang nama anak Ummi adalah gabungan nama anak Wardina AMNA NAFEESA n nama dia WARDINA SAFIYYAH..so, nama anak Ummi AMNA SAFIYYAH..maksud pun baik sebab tu ummi decide nak boh nama ni, di samping Ummi peminat Wardina Safiyyah. sungguh tak sangka bila komen ummi tu berbalas seperti dalam kotak OREN tu..selalu kalau Ummi dok komen2 kat FB Wardina yang 1 lagi tu memang mimpi la nak dapat balasan komen dari dia...so, tu yang terharu sangat bila dia balas komen...Time kasih Wardina...i Love UUUUU....

Wardina dan Anaknya Amna...Amna sangat berkebolehan seperti Ummi nya..semoga Amna Ummi juga menjadi sepertinya..

Sedap rupanya...


Ingat tak hari tu ummi ade buat entry pasal ummi menang Lucky Draw Frozen Resolles anjuran Asma? Haaa... ni lah rupanya Resolles ni...Sampai pagi semalam lebih kurang pukul 10 pagi. Dah buka terus ummi masukkan dalam fridge sbb nmpk cam dah lembik.. petang dalam pukul 3 ptg camtu, ummi goreng.. cam ni rupa dia...


Yang terbuka tu sebab kuali ummi melekat.. sepatutnya cam yang sebelah tu..setelah di potong, rasa...hmmm sedapppp..intinya ubi kentang, carrot, minced chicken n daun sup..wangi...kulit nya tepung la kot...salut serbuk roti kalau tak silap...so..kalau sesape nak cube boleh la oder kat Asma..oppss..yang 3 ketol tu nugget, Asma buat special untuk pemenang lucky draw nye hari tu..Terima Kasih banyak ye Asma..

Wednesday, January 26, 2011

3 SOALAN YANG PATUT ANDA BACA


Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanya an saya?
Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan
kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan
ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.
Sebab merekamemiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah
berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi
dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah>>
kepada saya?
Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya..
Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda :Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita
semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan
menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan
untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan
neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka
neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Sumber: BLOGGERMAN

Tergamak Kau

Tikam bayi baru lahir

SHAH ALAM: Kejam apabila seorang ibu muda tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini, semalam.

Mayat bayi cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah.

Hasil siasatan polis mendapati, suspek berusia 23 tahun yang juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dari Myanmar melahirkan bayi itu kira-kira jam 9 pagi sebelum membunuhnya dipercayai dengan menikam berulang kali menggunakan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah.

Menurutnya, siasatan mendapati, ketika kejadian wanita itu berseorangan di rumah dan rumah sewa berkenaan dihuni tiga orang.

“Turut ditemui di tempat kejadian satu senjata tajam dan ia dirampas untuk siasatan lanjut.

“Wanita itu juga sihat dan dia bersama mayat bayi itu dibawa ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu.

Difahamkan, suami wanita itu meringkuk dalam penjara sejak tiga tahun lalu dan ketika kejadian, ibu wanita terbabit berada di Thailand atas urusan peribadi. Wanita itu turut mempunyai seorang anak berusia tiga setengah tahun.

Sementara itu, adik wanita terbabit, Jumilah Salim, 17, yang tinggal berdekatan mendakwa, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen dan tidak sedar apa yang berlaku di rumah kakaknya.

“Rumah saya dan kakak selang satu pintu saja dan saya hanya tahu kejadian itu selepas polis tiba dan orang mula datang serta ketuk pintu rumah kakak.

“Ketika kejadian anaknya bermain di rumah saya,” katanya yang menyewa di situ sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, mendakwa, sempat melihat wanita terbabit dan ketika itu kain dipakainya dipenuhi darah.

“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, kawan saya menghubungi polis,” katanya yang bekerja sebagai pencari besi buruk.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Sumber :- Hmetro.com.my

Tuesday, January 25, 2011

Bakat terDendam..hehe


Hmmm..dah lama dok tengok budak ni nyanyi..bakat terDendam ni...nak masuk Idola kecil tak cukup pakej pulak..hehehe dapat nyanyi dalam kampung pun jadilah kann?? boleh tahan sore dia..penuh semangat dia nyanyi..

Kecoh mahu terjun

CEMAS...kombinasi gambar menunjukkan saat-saat genting pelajar cuba terjun, semalam.
CEMAS...kombinasi gambar menunjukkan saat-saat genting pelajar cuba terjun, semalam.

TEMERLOH: Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar, dekat sini, yang dipercayai diserang histeria bertindak luar dugaan apabila berdiri di koridor bangunan sekolah itu sebelum cuba untuk terjun, semalam.

Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu mengakibatkan hampir 1,000 pelajar sekolah itu terpaksa berhenti memberi tumpuan dalam kelas selepas melihat aksi menakutkan pelajar terbabit yang turut berlari atas koridor sambil mendepakan tangan seperti mahu terjun.

Lebih mencemaskan, pelajar terbabit yang dikatakan tiba-tiba menjerit kelihatan seperti hilang akal turut mencabut sekeping cermin tingkap kelas sebelum membaling ke bawah hingga menyebabkan tangannya cedera.

Rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali, berkata dia yang melihat kejadian itu tergamam apabila rakannya itu menjilat darah yang mengalir di tangannya akibat tercedera ketika membaling cermin berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, dia turut bertindak agresif dengan membuka tudung lalu melemparkan ke bawah sambil kedua-dua kaki memijak lantai koridor seperti mahu terjun.

“Kejadian terlalu pantas menyebabkan sesi pembelajaran terganggu, malah saya sendiri tidak menyangka dia akan bertindak sedemikian,” katanya yang masih terkejut dan trauma dengan kejadian itu, semalam.

Menurutnya, dia terpaksa menjauhkan diri kerana bimbang turut diserang histeria selain berdoa semoga terselamat daripada serangan histeria itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, berkata sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Temerloh, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis bergegas ke tempat kejadian dalam usaha menyelamatkan pelajar terbabit.

Menurutnya, pengurusan SMK Abu Bakar turut bertindak meletak beberapa keping tilam bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Katanya, pada masa sama, beberapa ahli keluarga mangsa yang tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan cuba memujuk mangsa, namun gagal sebelum pelajar terbabit diselamatkan pasukan penyelamat.

Beliau berkata, pelajar terbabit kemudian dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hohah) untuk menerima rawatan.

Pegawai Pelajaran Daerah, Mohd Nadzri Ab Wahab, berkata pada masa sama, beberapa pelajar lain turut terkena histeria, tetapi keadaan terkawal dan pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat kerana pantas mengambil tindakan.

sumber: HARIAN METRO

Mungkinkah pelajar sekolah ni terkena serangan histeria atau dia ada masalah lain yang menyebabkan berlaku keadaan demikian...renung2kan..Wallahu a'lam..

Hukum Menghisap Shisha

Satu ketika di tahun 2006..ummi pegi ke Danga Bay..Ummi tgk ade satu kedai di antara kedai2 makan dan minuman. ade sediakan Shisha untuk penggemar2 nya. of coz la berbayar kannnn.. Ummi tgk pun dah rasa tak suka, apa pulak nak cuba. tgk ramai jgk org yang dok bertapa kat kedai tu dok hisap mende alah ni..huhuhu So, cuba kita baca apa kata ulama' tentang SHISHA ni...



Apa hukum menghisap shisha?

Assalamualaikum ustaz,

Apa hukum menghisap shisha? Adakah sama dengan hukum menghisap rokok? Dan adakah kesannya sama dengan rokok? syukran ustaz..

Jawapan:

الحمدلله والصلاة والسلام علي رسول الله وعلي آله وأصحابه أجمعين ، أما بعد

Sebenarnya soalan seperti di atas pernah ditanya kepada bekas mufti Arab Saudi, iaitu Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz. Jadi di sini saya memilih untuk menjawab soalan di atas dengan menterjemah jawapan yang telah diberi oleh bekas mufti Arab Saudi. Terjemahannya adalah seperti berikut:

Soal: Apa hukum menghisap shisha? Adakah hukumnya sama dengan hukum merokok? Adakah shisha dan rokok termasuk dalam dadah yang diharamkan?

Jawab: Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt:

يسئلونك ماذا أُحل لهم قل أُحل لكم الطيبات

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), “Apakah yang dihalalkan bagi mereka”? Katakanlah, “Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)

Dan firmannya lagi:

ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث

Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A’raf: 157)

Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada Allah swt memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar Allah melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon. (tamat jawaban bekas mufti Saudi)

Saya juga sempat bertanya kepada doktor pakar, Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin mengenai kesan buruk menghisap shisha. Adakah kesan menghisap shisha sama dengan kesan menghisap rokok? Jawaban ringkasnya, kesan menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk bergantung kepada bahan perasa atau tambahan yang digunakan semasa menghisap shisha.

Sebagai kesimpulan, menghisap shisha adalah haram sepertimana haramnya menghisap rokok dan kesan mudarat menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk daripada kesan menghisap rokok mengikut bahan perasa atau bahan tambahan yang digunakan.

Sekian والله أعلم

Rujukan:

1) Website: http://muntada.islamtoday.net/t61245.html
2) Soal jawab dengan Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin



Sumber :OMAQ

Khasiat Daun Cemamar

Kalau Ummi balik kampung tak sah kalau Ummi tak kutip ulam ni banyak2, buat buahtangan untuk MIL dan untuk santapan sendiri..walaupun pahit sangat enak di makan sebagai ulam bersama sambal belacan dan nasi putih.. so, macam biasa Ummi cari khasiatnya:





Cemamar

Nama botani : Micromelum minutum(G. Forst.) Wight & Am.



Nama lain : Cemama, cerek-cerek



Sinonim : Micromelum pubescens Blume



Famili : Rutaceae




Habitat



Pokok cemamar hidup liar di kawasan berbukit terutama di kawasan selatan dan barat laut Semenanjung Malaysia.

Ciri morfologi

Cemamar sejenis pokok saka kecil. Ranting dan rakis daunnya berbulu halus. Daun 15-40 cm panjangnya, mempunyai 9-15 anak daun yang tersusun berselang. Anak daun berbentuk bujur dan berhujung tajam. Tepi daun beralun dan pangkal daun menyerong sedikit. Bunga keluar pada jambak.

Warnanya putih kehijauan. Buah cemamar jenis beri dan berbentuk bujur atau bujur panjang.

Kegunaan dan khasiat

Pucuk dan daun yang muda boleh di­buat ulam. Daun dibuat ubat penyakit angin dan untuk menyegarkan badan, terutama bagi wan ita yang baru melahirkan anak. Air rebusan daun digunakan untuk mandi­an wanita selepas bersalin bagi menyegarkan badan dan membuang angin.


Daun yang dilumatkan dibuat ubat pupuk untuk sakit kuIit. Lumatan daun di­campur dengan daun asam jawa serta sedikit garam, dan disapu pada kulit yang gatal akibat terkena ulat bulu. Daun yang ditum­buk bersama-sama se­dikit kapur makan, kapur tohor dan jus limau nipis dijadikan ubat sapu untuk meng­ubati panau.

sumber: SINI

Cinta Pantai Merdeka


Cinta Pantai Merdeka

Artist: Tropika
Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Didalam ingatanku
Masih segar terasa

Terkadang aku sama
Mengancur bunga cinta
Keadaan aku memaksa
Kita terpisah jua

Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangan kita
Kan ku buktikan untukmu
Akan aku buktikan

Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...

Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka

sumber : ilirik

pesal tetibe dok bubuh lirik ni??!! hehe..saje nak imbas kenangan lama.. nak pulak masa balik kampung ritu ummi sempat jalan2 kat Pantai Merdeka..yang pasti dengan hubby , anak2 mak, dan adik2..seronok jugak..dah banyak berubah...

jom tgk antara foto2 yang di snap:





Monday, January 24, 2011

Sessi tayang rumah yang macam tongkang pecah..!!




ni ruang makan




ni family hall/guest pun suke gak lepak cni




ni dapoq ummi..sepah2 atas table top tuh!!


Dah lama simpan gambo nih..ni baru nak published..huhu ni gara2 anak demam hari tu..
2-2 plak tu..rumah dah mcm tongkang pecah..tu belum tunjuk bilik tido lagi..hahah..lagi bilik tempat kitorang melepak..kain tak berlipat melambak, dah macam kedai bundle..
tapi sekarang dah cantik dah..tak bersepah lagi..berkat pertolongan my luvly hubby!!

Rajinnye anak ummi tolong nenek!!

Gambar2 ni sewaktu di kampung..Amna Safiyyah sedang gigih membantu neneknya menyapu minyak di daun pisang..nenek nak masak Lepat Liat..resepi nnt ummi buat entry lain ye...kiter layan jer gambar Amna dan Nenek!!



Hadiah dari areteacar dah sampai!!


Alhamdulillah..ummi dah terima hadiah dari Areteacar..
ummi menang 2nd Prize utk Contest Keluarga Bahagia..
Comel Keychain Cow ni..Amzar Syakir suke..tgk tu tangan dia pegang Cow!!

Thursday, January 20, 2011

citer gempak di Tol Jalan Duta

Wahahah!!! Tak sempat nak snap gambo.. incik hubby,memandu sambil menyembang ngan kawan opis nya di tipon,pakai handfree of coz..kemain gossip2..gelak2..ummi dengar gak la..yang pasti dorang sembang pasal bonus Raya Cina nanti la..ummi tgh jengah2 blog kekwn..nak tinggal jejak tak leh sebab on pakai henpon je..nnt. xkuar link..tak best la kann.. then, sembang pong pang pong pang....sampai kat Tol Jalan Duta..nasib baik tak laju sangat..tetibe Smart Tag punye siren bunyi ting tong,ting tong..gitu ler lebih kurang..incik hubby pun undur balik..tengok2 kat skrin terpapar "Tiada RM"...hahah...kad TnGo tak letak kat SmartTag punyer alat tu..panggil ape ek? Ntahla.. terus ummi gelakkan kuat2... bergebang sampai lupa sekeliling.. ish ish..
Published with Blogger-droid v1.6.5

Balik Kampung!!!

Sekarang ni ummi tengah bersiap sedia nak balik ke kampung halaman...Nak kuar breakfast dulu kejap..Doakan ummi dan family selamat pergi dan pulang ye kawan2. Ada terasa balik dari kampung nanti nak buat Contest @ GA.. so, nantikan keputusan sama ada jadi @ tidak..moga2 ada yang sudi menyertainya..

gambar selingan..cute kan??!!

Wednesday, January 19, 2011

♥ Top Commentator - Lucky Draw By Mama_Balqis ♥


19 Januari 2011 - 31 Januari 2011

Hmm..kene citer sikit pasal diri sendiri ek...

ok..Nama penuh Ummi Arizawati binti Saad. Boleh Panggil Ummi, iza, kak iza dsb..
terpulang pada diri anda nak panggil ape janji ummi senang dengan nama tu.
Dilahirkan di Pulau Pinang, dibesarkan dan bersekolah di Pahang kemudian berpindah kembali ke PP. sekarang mak menetap di Kedah..so, kampung kat kedah la..
Ummi sekarang menetap di Seri Kembangan, Selangor. Ade sorang husband(of coz la kannn..hehe) sepasang cahaya mata Amna Safiyyah dan Amzar Syakir.

Tak de ape yang menarik tentang diri Ummi ni, cuma ape yang nak ummi bagi tau ummi adalah
surirumah sepenuh masa sejak April 2006 sehingga sekarang. Bahagia membesarkan anak2 dengan tangan sendiri dan cukup puas hati melihat anak depan mata setiap hari..Alhamdulillah..

Ummi juga seorang yang mudah mesra, peramah... sudah pasti kerana ummi bertahi lalat di atas bibir sebelah kanan.

cube perhatikan betol2..nampakkan?..hehe

ini pulak family ummi:
ummi sangat kecik kan?? hmm..incik hubby yg sgt tinggi sebenarnya..
wawa..xngaku dia kecik..hehehe

Entry Lucky Draw yang di post di blog personal..selalunya kalau lucky draw, Ga dan contest ummi akan buat entry di blog contest la kannn...tapi ini semata2 menyertai
♥ Top Commentator - Lucky Draw By Mama_Balqis ♥ yang memerlukan Ummi memperkenalkan diri Ummi...so, kalau Mama Balqis rajin dia akan teroka lah ape yang ade dalam blog ni..(mcm la byk sgt entry yang dah dibuat dlm blog ni..) anyway..ANJE..kalau nak tau ape2 lagi tentang diri Ummi tanye jer ea..InsyaAllah Ummi akan jawab.

Dulu & Sekarang


Ni la wajah Amna Safiyyah dulu dan sekarang..gambar ni baru snap pagi tadi masa dah siap nak ke sekolah. Dalam gambar tu wajah Amna ketika umur 6 bulan..tembammm...sekarang?? tidak lagiii...tudung tu adalah tudung yang sama dr umo 5 bulan sampai 4 tahun lebih masih boleh pakai tp reben kat tepi2 tu dah tanggal..hehe..haaa..lagi satu gambar masa baby tu hadiah dari Pasaraya Billion masa Amna masuk Pertandingan Baby comel Billion..dapat conso tempat ke 5 jer..

Tuesday, January 18, 2011

Cantik gak bergambar time mendung kannn..

Suasana mendung di petang hari sabtu 15/1/2011..
ummi bawak anak2 ke taman..waktu tu suasana mendung..
yang pasti nya lepas tu hujan...ape ummi nak gtau sebenarnye nih..
ye la kan org selalu cakap mendung tak bererti hujan..
tapi haritu mendung, terus jer hujannn..
jom layan gambar..




Amzar Syakir asyik pandang atas je...masa tu banyak sangat burung
gagak berterbangan...tu yang dia sangat excited...
drun..drun..bahasa Amzar kalau bgtau ape2..hehehe..
pastu kalau nampak kucing sebut nya..nya..nya..sambil tangan buat gaya mcm panggil kucing tu...kelakar tengok gelagat dia...
dah semakin bijak!!!

BE dah jadi ME

hmm..belum sempat nak kumpul2 RM dari Angel War..dah jadi ME..huhu tapi digantikan dengan BE Lens.. time kasih pada Nuffnang yang sayang kat Ummi..sayang ke??!! ullpp..

Monday, January 17, 2011

Spaghetti Blognaise

gambar ehsan incik google

Spaghetti Blognaise


Hari ni Ummi anak beranak makan Spagetti je..as per request by Amna..ok gak sekali sekala makan western kann?? tapi perut ummi ni lain ckit..selagi tak dapat nasi, makan la banyak mana pun stil berkeriuk2.. so, dengan pantas ummi pun masak nasi, goreng telur mata..dah siap menu ummi..mesti pelik kan? mcm tu pun boleh makan..ummi memang dah biasa sejak zaman anak dara lagi..ye la..orang kampung kann..kadang2 ikan bilis goreng ngn nasik saje pun boleh..janji ade cili api boleh buat ulam..pergghhh terangkatttt..!!

Panduan Jadi Ibu Susuan

Kepada sesiapa yang nak ambik anak angkat @ nak jadi ibu susuan..jom kita sama2 baca info dari majalah Pa&Ma..

Penyusuan anak angkat bukan sesuatu yang mudah. Biarpun begitu ia bukanlah mustahil. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. INTAN JASTINA JAMALUDDIN mengulas lanjut.

Memberikan susu ibu kepada anak angkat bukan semata-mata bertujuan menjadikan anak itu muhrim kepada ibu bapa angkatnya. Ia lebih bertujuan memberikan makanan terbaik untuk bayi. Susu ibu tetap paling baik berbanding susu formula! Itulah yang dinyatakan oleh Dr. Jack Newman di dalam bukunya, The Ultimate Breastfeeding Book of Answers. Menurut beliau, susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu. Sebaliknya, ia adalah pilihan keempat selepas susu perahan ibu dan susu ibu daripada ibu susuan.

Langkah pertama yang perlu anda dan suami lakukan ialah menjalani proses kaunseling penyusuan sebelum mengambil anak angkat. Tujuan kaunseling ini adalah untuk menyediakan anda berdua daripada segi mental dan fizikal sebelum menerima tanggung jawab besar memelihara anak angkat. Persediaan mental amat penting kerana proses penyusuan yang bakal dilalui bukanlah sesuatu yang biasa tetapi memerlukan proses adaptasi.

Setelah bersedia daripada segi mental, seterusnya anda berdua perlu melakukan persediaan fizikal termasuk memulakan rangsangan dengan kaedah yang betul. Anda juga perlu menyediakan peruntukan kewangan yang cukup bagi menyara kehidupan bayi termasuklah perbelanjaan rawatan penghasilan susu.

Selanjutnya, bagi anda yang sudah bersedia mencetuskan susu ibu, adalah lebih baik melakukannya seawal yang boleh. Disarankan untuk mula melakukannya seawal 6 bulan sebaik sahaja keinginan anda untuk mengambil anak angkat dimuktamadkan. Walau bagaimanapun, jika kesuntukan masa, anda masih boleh melakukannya asalkan mempunyai keazaman yang tinggi untuk terus berusaha menghasilkan susu untuk diberi kepada anak angkat yang bakal diterima.

Persediaan dalam masa 6 bulan
1. 6 bulan sebelum jangkaan menerima bayi angkat, makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari bersama 10 mg Domperidone, 4 kali sehari selama 1 minggu. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini bertujuan merencatkan penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku di awal kehamilan.
2. Selepas seminggu, tingkatkan dos Domperidone kepada 20 mg 4 kali sehari. Payu dara akan mengalami sedikit perubahan saiz namun hal ini adalah normal.
3. Teruskan kekalkan dos yang sama sehingga 6 minggu sebelum tarikh jangkaan menerima kehadiran bayi.
4. 6 minggu sebelum mahu mengambil bayi, hentikan pengambilan pil perancang tetapi teruskan dos 20 mg Domperidone 4 kali sehari. Menghentikan pil perancang pada peringkat ini akan mengurangkan aras progesteron dan meningkatkan penghasilan prolaktin sebagai persediaan mencetuskan susu ibu.
5. 2 minggu selanjutnya, anda boleh mula mengepam setiap 3 jam. Sebaik-baiknya gunakan pam elektrik berganda. Apabila mula mengepam, anda boleh mengamalkan memakan makanan penggalak susu ibu seperti halba dan oat. Anda juga perlu minum banyak air tetapi kurangkan pengambilan minuman berkafein. Hal ini kerana kafein boleh mengurangkan kandungan air dalam tubuh.
6. Pada peringkat ini susu ibu sepatutnya sudah hadir tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan warnanya putih jernih. Selepas beberapa hari atau minggu, susu sebenar akan terhasil.

Persediaan kurang daripada 6 bulan
1. Makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari selama 30 hingga 60 hari bersama 20 mg Domperidone 4 kali sehari. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini adalah bertujuan merencat penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku di awal kehamilan.
2. Selepas 30 hari, jika berlaku perubahan pada payu dara (saiz bertambah, tegang dan penuh) hentikan pengambilan pil perancang tetapi kekalkan dos Domperidone 20 mg 4 kali sehari.
3. Seterusnya anda boleh mula mengepam. Gunakan pam elektrik berganda. Makan makanan penggalak susu ibu seperti halba, oat da minum banyak air.

INFO
Syarat Menjadi Ibu Susuan Mengikut Lunas Islam

1. Wanita yang menyusukan. Disyaratkan wanita tersebut telah mencapai usia sembilan tahun.
2. Anak yang disusukan. Disyaratkan umur anak angkat tidak melebihi dua tahun.
3. Susu ibu. Disyaratkan susu ibu yang diberi kepada bayi membantu pertumbuhannya.

Had penyusuan perlulah tidak kurang daripada 5 kali (dalam waktu berasingan dengan kadar penyusuan mengikut kebiasaan). Maksud penyusuan mengikut kebiasaan ialah anda menyusukan anak angkat sehingga kenyang. Proses sedemikian dikira sebagai 1 kali susuan.

Jika proses penyusuan itu diselangi dengan keadaan tertentu yang tidak lama seperti anak berhenti menyusu kerana bernafas, keletihan, termengah-mengah atau tersedak dan kemudian kembali menyusu, maka penyusuan itu masih dikira sebagai 1 kali susuan. Sama juga halnya apabila anak itu dipindahkan daripada payu dara kanan ke sebelah kiri.


Sumber: Pa&Ma

Saguhati GLCE GA



Alhamdulillah..Rezqi ummi lagi..menang saguhati GA Cik Puan Gaban..(<-----klik sini nak tau result penuh) hadiah nyer tuala sulam..sulam tu kita boleh pilih nak tulis ape...
time kasih banyak2 ye cik Puan Gaban!!

BE dah jadi ME

hmm..belum sempat nak kumpul2 RM dari Angel War..dah jadi ME..huhu tapi digantikan dengan BE Lens.. time kasih pada Nuffnang yang sayang kat Ummi..sayang ke??!! ullpp..

Saturday, January 15, 2011

Ummi dalam list Top 5 Areteacar 1st Contest : Keluarga Bahagia

Yeay!! ummi dah masuk Top 5 Areteacar 1st Contest : Keluarga Bahagia..time kasih TIKA
seronok banget dah walaupun baru masuk Top 5..heeee ye la..sekali sekala
jer terpilih dalam list top-top ni..mudah mudahan ummi terpilih dalam Top 3..
lagi best kalau dapat juara!! yeeehaa!!!
nak tengok peserta Top 5 yg lain klik kat link tu ye..
nak tengok entry contest klik gambar..

Friday, January 14, 2011

Aku bersyukur mendapat suami sepertinya...


Jam menunjukkan pukul 4.00 pagi. Doorbell berdering. hmmm..sape la ni..di awal2 pagi mcm ni tekan doorbell. ummi kejutkan hubby. hubby terus bangun dan mengintai kat sliding door. hmm ternampak kelibat seseorang yang dah pun berlalu pergi. ummi n hubby pun masuk bilik semula, baru nak terlelap..doorbell berbunyi lagi berkali2...terus bangun intai kat sliding door lagi..lokasi paling strategik untuk mengintai.. nampak seseorang berlalu pergi ke arah berlawanan pulak. then, tetibe dia berpatah balik dan menekan doorbell lagi..masa tu ummi dan hubby still kat sliding door..memang nmpk jelas sapa gerangannya. hmm..ni india belakang rumah kita ni..ummi pun perasan..Sekar namanya. Sekar ni menyewa rumah belakang rumah ummi masa rumah ummi dalam pembinaan setahun yang lalu. sekarang dia dah berpindah ke rumah lain kerana katanya sewa dah naik.

berbalik pada cerita tadi..setelah berbincang, ummi cakap..abang pasang la lampu porch dulu. then buka sliding tanya dulu ape dia nak pagi2 buta ni..so, hubby pun buat la ape yg ummi cadangkan...risau jugak kan..sekarang ni mcm2 boleh jadi..bila hubby tanye dia, dia panggil hubby keluar, dia nak cakap ckit katanya...ummi dah naik cuak gak..tp hubby terus je keluar, maybe hubby dah kenal dia macam mana kan..ummi kat dalam dah bersedia pegang telefon dan kunci rumah..if ape2 hal senang ummi nak buat call. kejap je lepas tu hubby masuk balik dan ambik rm50 dari wallet nya. hubby bagi pada Sekar tadi. bila dia dah berlalu hubby pun cakap..isteri dia sakit. dia takde duit nak pegi hospital..tambang teksi pun tak cukup.menngis2 dia citer kat abang tadi.. hmm..hubby ade citer ngn ummi haritu dia hanya ada sebuah basikal kalau pegi keje ke mana2..tapi ummi banyak tengok dia jalan kaki la kat kawasan kampung ni.isteri dia pulak memang ade penyakit dalaman, tengah pregnant lagi.. sebab tu hubby tak berfikir panjang terus je hulurkan dia rm50. dalam hati ummi...Sungguh mulia hati suamiku, Ya Allah..

Masa hantar Amna ke sekolah tadi, hubby cakap ngn ummi..kesian plak dia..abang bagi rm50 je..patut bagi la lebih sikit..Begitu lah kisah pada hari ni.. Pengajarannya..bantulah orang yang lebih susah tanpa mengira bangsa dan agama. tapi org yang kite kenal dan tau salasilah hidup dia je tau..jangan tertipu pulak..

Semoga Allah memberkati rezqi kami sekeluarga, Memurahkan kami lagi dengan Rezqi yang HALAL..Amin.

Thursday, January 13, 2011

Selamat Ulangtahun Sayangggg


Selamat Hari Lahir Sayang..Amzar Syakir bin Shahizan..

Nak kongsi sikit pengalaman bersalin buah hati ummi ni..

Pada tarikh ini 13 Januari di tahun 2010..Ummi sedang bersantai di wad 5A Hospital Serdang.
Pagi 12 Januari,2010.. ummi ade check up terakhir di Klinik Kesihatan Seri Kembangan. Ummi ade bgtau nurse yang Ummi dah ade rasa contraction tanpa rasa sakit dalam 10-15 minit malam tadi..then, berterusan sampai waktu di klinik. Nurse pun check timing contraction..dah pasti dia nasihatkan jumpa doktor..ummi pun masukkan kad dalam box untuk jumpa doktor..tetibe dalam 15 min lepas tu nama ummi dipanggil..nurse yang bertugas dibilik doktor bagi balik kad ummi dan bgtau kata awak tak payah jumpa doktor..tak de masalah. ummi pun refer balik kat nurse tadi..dia pun ade la berleter2 ckit kat doktor..ummi senyum jer..nasib baik waktu tu ummi tak sakit.. nurse tadi nasihatkan ummi terus ke hospital..but, ummi tak terus pergi..ummi balik rehat2 dulu kat rumah suruh incik hubby g keje dulu..tak kisah sangat sebab kat rumah ade MIL n SIL. kalau ape2 dorang ade. rilex2 sampai pukul 2 ptg contraction still same jer tanpa rasa sakit. actually mmg 12 Januari,2010 tarikh due. sebab tu nurse tadi sangat bg perhatian kat ummi but not the doctor. huh!

pukul 2.20 ptg ummi call incik hubby suruh bawak ummi ke spital. sampai spital terus buat VE. Alhamdulillah, setiap VE ummi rasa biasa je..takde rasa sakit sebab dah tau cara kannn..Masa anak sulung haritu mmg sgt tidak selesa kalau doc buat VE. hmmm..Doc pelatih yg check, 2 org perempuan. Doc tu kata lambat lagi nih..baru 1cm. awak boleh balik dulu. bu, ade sorang doc senior cakap nnt dulu , saya tunggu senior (super senior dia) scan dulu. bila dah siap scan(sekejap je) tak sampai seminit senior doc tu cakap air ketuban kurang..hantar wad dia bagi arahan kat nurse. so, dengan melenggang kangkung nye ummi ikut nurse naik ke wad..contraction still macam biasa sampai la esok pagi 13 Januari, 2010.

Pagi tu, doc pakar buat lawatan..Dr Jamali nama dia..then ade 8 orang doktor pelatih dan student U ikut dia..luckily dia tak buat VE. kalau tak..ooooo tidak malu i youuuu..heee dia just tgk perut dan rasa baby kat mana..oohhh petang @ mlm ni u mesti bersalin. baby u around 3.1kg. hmmm

lepas solat zohor, ummi sempat baca yaasin kat katil sambil tahan sakit yg sikit dan dtg sekejap2..pukul 3 ptg contraction dah makin kuat ade rasa sakit ckit2 but still boleh jalan2 katil sebelah lawat jiran katil yang dah bersalin. siap dokong2 baby lagi..geram tgk baby org..lepas tu jiran depan katil yg tak bersalin lagi tu ajak minum, dia bancuhkan milo cicah biskut pingpong..sedappp..pukul 4 doc buat VE lagi..3 cm lebih doc cakap..awak tak sakit ni sebab tu lambat bukak..saya kacau baby ckit ye, maybe baby tido tu...masa doc kacau baby tu terasa la sakit nye..tp still boleh tahan. doc Aishah..mude lagi..cantikk!! hehe sempat lagi..

lepas setengah jam babyku diganggu tidurnya..sakit yang kuat datang menyerang..pukul 4.30 ptg masa tu. air mata dah mula mengalir tanpa diundang. tepon incik hubby gtau dah sakit sangat. jiran katil depan nmpk ummi dah keluar airmata..dia datang tanye sakit ke kak?? a'ah..tu je ummi jawab..dia pun gosok2 pinggang ummi..time kasih sgt pada dia walaupun bukannye kurang rasa sakit tp dia sangat prihatin..kitorang berkawan sampai hari ni..

tak lama hubby sampai, kebetulan waktu melawat petang..terus je masuk dan dtg kat ummi..jiran pun bergegas panggil doc. Doc dtg buat VE..oooo dah 5cm..doc masukkan ubat untuk qada hajat.. habis je ubat tu terus bergegas masuk toilet..hehe

doc suruh siapkan brg2 baby dan terus hantar masuk labor room. kat LR dah pasang semua n incik hubby masuk nurse tinggalkan ummi..tetibe masuk sorang nurse cina inject ummi dengan paint killer..tak tanye pun tetibe jer..huhu masa tu pukul 5.30ptg. pukul 9 saya dtg balik..huhu xkan lama cam tu kot..lepas jer nurse keluar 10 min..ummi suruh hubby tekan loceng sbb dah terasa mcm baby nak keluar sangat2..bergegas dorang dtg..2 org nurse..check VE dah buka 8cm nurse suruh teran pelan2..hah..lega rasanya dapat teran..hehe

pukul 6.20 ptg ummi start meneran, pukul 6.46 ptg baby keluar..Alhamdulillah..lega 1 bab.
ummi sempat cuit hubby suruh tgk jantina baby. sangat Surprise!! "laki laaa"..hubby cakap..macam tak percaya sebab dok scan berkali2 doc cakap baby girl..Alhamdulillah sangat2..

Nurse pun angkat baby tunjuk jantina, awak dapat baby ape?! boy..ummi jawab masa tu ummi dah lalok sebab paint killer baru jalan agaknye..actually paint killer bukan untuk hilang kan rasa sakit tapi nak melalaikan kita dari terasa sakit..tapi bg ummi paint killer tak membantu pun..sebab masa anak sulung ummi mintak paint killer tapi nothing.. tidak seperti epidural ye kawan2..heee

dah siap jahit, ckit je..xsampai 10 minit siap, termasuk ngn cuci2 sekali la..dorang bg minum milo dan suruh rehat..masa tu ummi dah mengantuk giler sebab paint killer tu. masa dorang bwk baby kat ummi suruh susukan ummi dh mamai2 tapi dah ade experience so, kacang je la kannn...baby pun pandai menyusu...lepas 10 minit lagi dorang tolak ummi n baby ke wad...ummi telefon mak kat kampung gtau dah selamat wpun sblm tu hubby dah gtau, tak lupa gegurl ummi kat rumah ummi tipon bgtau dia dah dpt baby boy..Yeay!! katanya..bila ummi nak bwk adik balik? esok ummi balik ye..

esoknya ummi dibenarkan balik..gembira rasa hati..pengalaman bersalin anak ke 2 agak mudah...dan sekarang mcm seronok nak pregnant lagi..huhu!!!!

kepada my birthday boy! Selamat hari lahir sayang..jadi anak yang soleh, taat perintah Allah dan Rasul..dengar cakap Ummi dan Ayah..jadi orang berguna bila besar nanti...Amin....


(ape yang anda dengar adalah perbualan ummi dan Anak sulung ummi di telefon..ms ummi call bgtau dia dah dapat adik..hehe)



Wednesday, January 12, 2011

Akhirnya!




Alhamdulillah...akhirnya ada gak Tuah UMMI AMNA AMZAR ni..
dapat la ummi merasa Frozen Resolles yang memang xpernah ummi jumpa @ dengar...time kasih banyak2 pada ASMA-Frozen Resolles ye!!!
nnt ummi buat review pada entry akan datang bila dah rasa Resolles ni.

Bindi Irwin

Tadi ummi tertengok TV1..mmg selalu gak tgk tp biasanya pagi2 ummi buat keje rumah dulu...but hari ni sebelum pujuk2 Amzar tido ummi buka tv..then, tertengok rancangan Bindi Irwin kat TV1..sebelum ni ade gak pernah tengok tapi tak pasti Tv berapa... comel dia kan? kendalikan rancangan binatang2..lupe plak ummi ape nama rancangan tu..hehe

meneruskan usaha ayahnya Steve Irwin mengenali dan menelusuri haiwan jinak dan liar dari dekat... mana tumpahnye kuah kalau tak ke nasi..sedih jugak bila kenangkan pada usia macam ni dia dah kehilangan kasih sayang ayah yang meninggal dunia ketika sedang buat penggambaran dengan seekor pari liar di dasar laut..tapi ummi tengok betapa cekal nya dia mengendalikan rancangan tu, macam mana ayah dia buat macam tu lah dia..tapi tak dela sampai tangkap2 binatang dengan selamber mcm ayah dia tu..yang bertemu ajal dengan Ikan Pari dalam laut...
ape pun semoga Bindi terus berjaya!!



Steve and Terri
Steve and Bindi

menitis airmata tengok gambar nih!

Steve and Bob

masa baby lagi Bob(adik Bindi) dah didedahkan dengan haiwan

Steve's Crocodile Demonstration
aksi Steve Irwin dan buaya semasa hayatnya

Tuesday, January 11, 2011

CONTEST CST PRODUCTION

Hmm..ummi teragak2 nak join contest nih..anjuran CST Production..
Hadiah yg sangat menarik..tapi memerlukan vote dari facebook friends..
huhu malunya...sebab FB friends ummi kawan2 sekolej dan adik beradik..
Ohh Tidakkk!! tapi isi semua dah ade iaitu Cerita Cinta Kami Part 1,2,3...
mintak pendapat ye kawan2..
please tau..

CST PRODUCTION